Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 28 April 2011

YOGURT CHOCOLATE MUFFIN WITH CHOCOLATE CHIPS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buat muffin ni untuk bekalan anakanda Maizatul Husna ke sekolah. Buat beberapa hari lepas masa hari pertama anakanda Maisarah Hani demam. Rujuk resepi dari blog Izah Muffin Lover. Cara membuatnya cukup mudah. Tak perlu menggunakan mixer/pengadun dan sukatan bahannya tak perlu ditimbang-timbang. Cuma guna sukatan cawan penyukat dan sudu penyukat saja. I like it!


Sebenarnya ada satu cerita di sebalik kejadian muffin ni. Belek-belek resepi Izah, pilih resepi, salin dan terus ke dapur. Sukat, campur-campurkan, gaul-gaulkan bahan-bahannya dan terus sudukan ke dalam bekas muffin. Terus masukkan ke dalam oven. Buat dengan cepat dan pantas sekali. Maklumlah, anakanda tu dah mula merengek nakkan ummi dia. 

Baru je muffin tu 2 minit di dalam oven, terus Naz terlompat dari tempat duduk. ALAMAKKKKK!!! Rasanya macam terlupa masukkan butter cair ke dalam adunan.. Apa lagi.. Cepat-cepat keluarkan semula muffin-muffin tu dari oven, curahkan semula ke dalam mangkuk dan gaulkan dengan butter. Jadi ke tidak muffin aku ni?? Tawakkal je lah. 

Sebab tu lah muffin ni bewarna coklat sikit sebab chocolate chips dan strawberry chocolate chips yang Naz campurkan ke dalam adunan telah mencair sikit semasa digaul semula dengan butter tadi. Lepas tu sudukan semula ke dalam acuan dan bakar mengikut resepi. Memang pasrah je dah masa ni. Jadi ke tidak muffin aku ni?

Bila selesai saja masa pembakaran, cepat-cepat keluarkan dari oven. Tengok muffin cantik jer naiknya. Bahagian dalam muffin tak tau lagi macam mana kejadiannya. Bila dah sejuk, dengan bacaan Bismillah..ngap masuk ke mulut. YAHOOOOO....YABEDAAAABEDOOOOOO... Jadi juga muffin kesilapan teknikalku ini..(Izah, yang ni kita dua jer faham tau..heheheheeee..).

Sukanya hati....berbunga-bunga dengan keriangan.. Alhamdulillah... Tidak la membazir. Memang betullah seperti kata Izah, campuran yogurt tu membuatkan muffin lebih moist, gebu dan lembut. Anak-anak pun kata sedap. 

Esok harinya Naz buat satu lagi adunan yang diubah suai resepinya dari resepi asal supaya hasilnya sama seperti yang dibuat dengan kesilapan teknikal tadi. Minta maaf ye Izah. Akak terpaksa ubahsuai resepi tu agar bersesuaian dengan rupa muffin akak ni. Sesiapa yang nak lihat resepi asal dan nak tengok kejadian asal muffin ni boleh klik pada nama Izah ni. Mesti tengok tau sebab rupa asal muffin ni lain.


YOGURT CHOCO MUFFIN WITH CHOCO CHIPS

Bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/3 cawan gula 
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 3/4 tsp baking powder
  • 1/4 tsp garam halus
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan yogurt natural (lagi bagus kalau guna low fat yogurt)
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • 2 Tbsp butter cair
  • 1/4 cawan coklat chips
  • 1/4 cawan strawberry coklat chips

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan gula dan ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk lain, campurkan yogurt dan telur. Sebatikan hingga licin(Naz guna balloon whisk). Kemudian masukkan susu, butter cair dan asen vanilla.
  4. Ambil 1/2 dari coklat chips dan strawberry coklat chips dan cairkan di atas api. Jangan sampai hangit!! Masukkan ke dalam adunan telur dan yogurt.
  5. Masukkan lebihan coklat chips dan strawberry coklat chips ke dalam mangkuk tepung. Gaul rata.
  6. Masukkan pula adunan campuran telur dan yogurt ke dalam mangkuk tepung dan gaul rata. Jangan over mix. Nanti muffin menjadi padat. Tak apa kalau nampak ada sikit-sikit lump dalam adunan.
  7. Masukkan ke dalam acuan muffin dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 180 C selama 25 minit.


NOTA :
  • Langkah nombor 4 tu, boleh juga dibuat begini tapi sebelum buat langkah nombor 3 : Panaskan seketika susu di atas api, agak-agak suam jer. Campurkan 1/2 coklat chips dan 1/2 strawberry coklat chips dengan susu tu. Kacau-kacau sikit. Nak bagi warna tu ada jer. Tak apa kalau tak cair sepenuhnya coklat-coklat chips tu. Kemudian teruskan membuat muffin seperti resepi di atas.
SELAMAT MENCUBA!
  

14 comments:

Unknown said...

assalam kak? dah sihat ke? cantin muffin tu...kira jadilah tu kak...sedapnya..ada choc chip lagi tu.

Nazrah said...

dah sihat ke Naz...mesti sedap kan mufin ni..

Sheila Shafeareen said...

salammjum tukar suka same suka dgn muffin coklat pisang akk heheh
ada masa nak try jugak

Chik Mimi said...

Naz lawonya muffin dier 4 segi lagi

Kak Rose said...

Naz, siap silap teknik pun masih menjadi dengan elok... tera betul lah. nak rasa seketu seketul dua.

ilahjy said...

hahaha dah berjangkit penyakit luper dgn akak kamu ni... mcm2 raga masa masak jika kita terluper.. satu lagi kes derhaka resepi.. lagi takut nak tengok apa kesudahannya.. apa pun tahniah naz..

izahdaut said...

kak nazz... hak hak... ampoonn ye kak. wahh lawo la mapin tu.. tengah duk cari cup 4 segi ni. cantik mcm kenny roger tu kan... apa apa pun tahniah sebab akak dah cipta muffin yg lagi best ni. sebab mencairkan dulu cok tu kan...

Nadz Nazharzan said...

>Nieza,
Akak dah ok nieza..w/pun gusi still bengkak skit lagi..
Nasib baik jadi muffin tu Nieza...hahahaaa..

Nadz Nazharzan said...

> Nazrah Bakery,
Alhamdulillah dah ok kak..
Mmg sedap muffin ni kak..

Nadz Nazharzan said...

> Sheila,
Kak sheila, jom..jom..kita tukar..heheheee..

Nadz Nazharzan said...

> Chik Mimi,
Kak, memang dah lama idamkan nak buat muffin bentuk 4 segi cam kenny rogers tu heheheee...

Nadz Nazharzan said...

> Kak Rose,
Tu la kak.. sib baik jadi..hehehee..

Nadz Nazharzan said...

> Ilahjy,
Cam ne tak lupa kak... Sibuk gak nak buat kerja di dapur time anak tecik merengek2..hehehe..

Nadz Nazharzan said...

Izahdaud,
Thanks to you to dear sebab kongsi resepi muffin yogurt ni.. Nanti akak nak selongkar lagi dapur muffin awak tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...