Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, January 17, 2012

KEK PISANG DUA CARA: CARA 1


Assallamualalikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah masih lagi dan diberikan peluang oleh Allah SWT untuk meneruskan catatan di dalam blog ni. Harap semua pengunjung dan kawan-kawan sentiasa sihat walafiat dan ceria hendaknya.

Ha..ha..ha.. Macam pelik je kan tajuk entry kali ni? Kenapa pula kek pisang 2 cara ye? Sebabnya dengan resepi yang sama ni, ada dua cara berbeza dalam penyediaannya yang menghasilkan dua kek pisang yang berbeza hasilnya. 

Jadi untuk kali ini, Naz masukkan resepi kek pisang ini dengan cara pertama. Cara ke 2 pula akan Naz masukkan postingnya kemudian.


Kek pisang ni, Naz deco menggunakan coklat ganache dan ditaburkan dengan badam cincang di sekeliling bawah kek. Deko simple je. Di bahagian tengah kek pula, Naz sapukan dengan krim mentega perisa kapucino. Ermm...memang sedap gandingan rasa pisang dan coklat serta sedikit mocca ini.

KEK PISANG DUA CARA: CARA 1

Bahan-bahan :
  • 125 gm butter
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul butter dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu per satu sambil memukul rata dan sebati. 
  3. Masukkan ovalette dan terus pukul lagi hingga sebati (updated 14/5/2013, tertinggal langkah ke3 ni).
  4. Masukkan pisang lenyek dan juga asen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana hingga sebati.
  5. Masukkan 1/2 bahan ayak dan gaul rata. Masukkan selebihnya dan gaul hingga sebati.
  6. Masukkan ke dalam loyang yang dialas dengan kertas minyak dan ratakan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 C selama 40 minit - 1 jam bergantung kepada oven masing-masing.
Untuk cara ke 2, akan dimasukkan entrynya kemudian. Jadi, tungguuuuu......

Updated : Cara ke 2 untuk kek pisang ini telah dimasukkan entrynya. Klik pada "Kek Pisang Dua Cara : Cara 2" untuk resepinya.

SELAMAT MENCUBA!

23 comments:

Mamasya said...

Naz,baru habis jamu mata dg ais krim goreng.....dah muncul kek pisang.kek pisang dg topping choc dan badam...tak tahan nengok ....nampak sedappp...

mawar merah said...

sedapnya Naz..kek ni ada bau ovellete tak Naz? Ltk ovellete kek jd lbh lembut tp kdg2 ada bau pelik..sbb tu kdg2 akk takut nk ltk benda tu.

Yatie said...

Assalamualaikum Naz,
meh tukar2 dngn kek pisang akak..nak rasa gak kek yg Naz buat tu..leh kan..

tun_telani said...

kak naz.. tun pun memisang jugak ni. tp tun buat roti.. suka makan kek pisang, tp hasben tun kurang sket kek pisang, nnti xde org nk habiskan.

lina_pg said...

Naz..nmpk sungguh sedap tu..rajennya siap wat topping bagai..uish terliuq sungguh ni

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Anything with Mocha and coffee kak ros suka la Naz.

Melly Octaviana said...

Kami suka makan banana cake, cantik cake nya, di tunggu yah cara yg ke dua.. ;)

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Naz,k.atie tgk gambar kek pisang ni pon dah trgoda sgt!.
Mesti sangat sedap ngan gandingan pisang & coklatkan.Ada lg tak?k.atie nak tapau nie....

HomeKreation said...

Aslmkm Naz. Wah, cantik nya deco kek pisang ni...terasa nak ngap jer.

Kak Sam said...

Mak ai nampak sedap sangatttt

quinnie said...

akak nampak sedap betul kek nya...geram tengok..huhuhu

Yat Maria said...

Nazzzz...what a yummilicious looking banana cake! COmbo of choc ganache & nuts lagi! Was just thinking of buying some pisang..and then I saw this! Sweet!

CT Delima said...

As'salam Naz

Wahhh... so yummyy! kek pisang fav k.ct okey. Tak kisah pisang apa asal pisang gerenti laju masuk mulut..hihihi

suspen tau baca entri Naz ni, lagi suspen nak tunggu resipi kedua tu..k.ct tunggu tau...jangan lama2 kang merana badan..hahaha

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Nazzz,, kek pisang ngan coklat uish sedap tul.. ada lagi tak? kalu x de K1 dtg lagi tunggu kek pisang part 2 hee hee :)

EmbunRosaliza said...

assalam naz, cantik juga kek pisang bila di deco sebegini, nmpk pun menarik

Cik Ecah said...

uihhhh kek pisang 2 cara....

ada kacang2 tu sedapppnya...

Ayu said...

Assalam Naz,
waduh tak sabar nak tunggu cara 2 pula macam mana..meanwhile tengok cara 1 aje dah macam bekenan gitu..pisang pun ada ni..aduiiii..rasa nak sepotong aje Naz..

mawar merah said...

Naz, suami akk suka mkn kek pisang, la ni dia msh di sana. Sedihlah nk buat sbb nnti terfingat kt dia..Tp kan jengah blog kwn2..n baca komen Naz pun terubat juga rasa hati ni.Tq Naz.

Chik Mimi said...

nazzzzz nampak sangat sedappppp sihat ke Naz?

nOOrsha said...

salam k nasz..ala sy dtg lmbat mesti da abih ni..huhu..x kisahla cara 1 atau 2, klo 2-2 ni dpn mate sy da lame sy ngappp..aumm..nyamnyam..hehe..suke kek p9sang..bessss :)

Ummi Alesya Sofea said...

bestnyer dtg cni..ada mcm2 gmbr mknan,hihi.Liza dah follow blog ni..nnt jmput ler ke blog liza blk n liza dah pun add blog ni ke list blog fav liza.. :D

Mrs Hakim said...

Salam Kak Naz, nak tanye mcm mane kak Naz boleh hias badam keliling kek tu sama tingi?? Akak pakai pembaris ke masa nak letak tu...hehehhehe?

Naz / Nadz COSK said...

To Mrs Hakim,

Hahahaaa...ada ker guna pembaris..sabor jer.. Tak lah.. Just try and error jer tu. Tak sangka lak lurus jer bila dah lekat badam tu..hehehee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...