Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, January 19, 2012

KEK PISANG DUA CARA : CARA 2

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang dijanjikan, maka entry kali ini, Naz masukkan resepi kek pisang dengan cara yang ke 2. Cuma kali ni, kek pisangnya tak berhias dan berdeko pun. Togel je..hehehe...


Penggunaan kuantiti bahan-bahan dalam kedua-dua resepi ini adalah sama. Cuma dalam resepi ke 2 ini butter dicairkan dahulu dan cara menyediakannya juga berbeza. Bagi yang terlepas entry sebelum ini, boleh klik pada "Kek Pisang Dua Cara: Cara 1".


Ok, sekarang mari kita lihat resepi kek pisang dengan bahan-bahan yang sama tapi cara yang bebeza dalam penyediaannya.

KEK PISANG DUA CARA : CARA 2
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :
  • 125 gm butter 
  • 2 biji telur gred A @ B
  • 3/4 cawan gula perang/ gula kastor
  • 3/4 cawan pisang yang dilecek halus
  • 2/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)*
  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1 tsp soda bikarbonat* (* ayak bersama)
  • 1 tsp ovallate
  • 1 tsp asen vanilla

Cara-cara :
  1. Cairkan butter dan ketepikan. 
  2. Masukkan gula, ovallate dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Putar pada kelajuan tinggi hingga adunan likat dan berkrim selama lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan asen vanilla dan pisang lenyek. Putar lagi hingga rata.
  4. Masukkan bahan ayak berselang seli dengan butter cair. Gaul rata dan sebati.
  5. Panaskan oven pada suhu 175C menggunakan api atas dan bawah. Lapik loyang dengan kertas kalis minyak.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit - 1 jam atau sehingga kek masak.
  7. Setelah masak, keluarkan loyang kek dari oven dan terus terbalikkan kek bersama loyangnya ke atas redai. Ini untuk mengelakkan permukaan kek menjadi mendap. Biarkan loyang kek kekal pada kek.
  8. Setelah 10 minit, keluarkan kek dari loyangnya dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dihias atau dimakan.
  9. Pukul telur, ovallate dan gula hingga jadi macam ni.  Kelihatan soft peak terbentuk.
Terbalikkan loyang bersama keknya sejurus selepas kek masak. Hati-hati! Loyang kek sangat
panas masa ni. Jangan melecur pula jari tu!!
NOTA :
  • Kek pisang cara ke 2 ini menghasilkan kek yang lebih gebu dan lembut serta ringan.
  • Adunan kek juga lebih banyak terhasil dan selepas pembakaran dah tentulah keknya lebih besar.
  • JADI, CUBA... JANGAN TAK CUBA UNTUK MELIHAT DAN MERASA SENDIRI PERBEZAAN KEDUA-DUA RESEPI...
SELAMAT MENCUBA!

18 comments:

izahdaut said...

alaa.. baru nak buat. sebab mmg ada pisang pebam kat dapur.tapi tengok guna ovelete terus angan2 ku musnah. ovelet tak de. huhu..

kek 1st tu cantik betul deco nya

EmbunRosaliza said...

Assalam naz cantik kaler kek pisang ni, mesti gebuss

Kama Kimin said...

Pasti akan ku cuba...hanya mood dan tekak saja yang akan menentukan..cewahhh...xpe skg ni ada pokok pisang tengah kluar jantung...bila dah berbuah..akan ku godek kek nie...pastiiiii

Melly Octaviana said...

memang mesti buat kedua cara nya yah biar bisa tau perbedaan nya.. hmmm..kapan kapan melly coba recipe nya.. thanks for sharing yahy.. ;)

quinnie said...

wahh..geram tengok kek nya kak..kena tunggu ada pisang baru leh projek...kekekek

mawar merah said...

antara cara 1 dgn cara 2..mana satu lbh best?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rajinnyer Nadz buat kek pisang.. baru ni ada abg beli pisang .. tak dan buat apa2.. sekejap jer dah tinggal 3,4 biji jer.. hehe.. sbb pisangnya comel2 sgt.. anak akak yg kecik pun sekali balun 4 biji!

Chah said...

All time feberet... Mmg mabeles!

Liza said...

alamak aaiii...nmpk gaya kena buat jugak la kek pisang ni nnt...hantu pisang katakan...hihihihi

tun_telani said...

wah.. langsir baru!! sempena tahun baru cina ye? patut pasang langsir merah seminggu. kui kui.. sedap nmpk kek pisang!! tp pisang dh habis wat roti pisang 2 hari lepas.. huhu..

cik cek said...

Tak tahan godaan...tebau tak kek pisang sampai dapo Nadz....tgk resepi ni tadi...terus jatuh cinta...tgk dalam frezzer..masih ada yang pisang yang kak cek simpan...terus godeh2 dan bako...tq ya Nadz...share resepi ni...tak sabo nak rasa...baru je kuar dari oven...harum semerbak bau pisang...emmm...best...:)

nOOrsha said...

salam kak..tergudaaa!! nmpak gebu n lembut je kek pisang ni :)

Nieza said...

assalam kak nadz, wahhh silau mata masuk umah baru akak ni warna catnya yg ceria.sedapnya kek pisang dah berthn tak buat kek pisang.nanti boleh try ni:)

ijan said...

Salam Kak Naz,
Gebu nya kek pisang akak. Lama saya tak buat kek pisang terliur pulak. Hmm, lagi terliur tengok ais krim goreng akak kat bawah tu. Sedapppnye! :)

a'in fajar said...

salam, sy pun lm x lepak kat cni..jrg on9 sjk akhir2 ni..klu on9 pun kejap2 jer...
kek pisang ni nmpk sedap je..ain mesti cb ni, en. abg suke sgt mkn kek pisang...ain copy yer..tq

Mama2Q said...

buat juga kek pisang kukus last week, mula2 tu lembut dan gebu gile, bila dah masuk peti ais makin keras jadinya...tp masih sedap dimakan utk beberapa hari...

mira said...

Kak Nadz tq bg kek yg sedap itu....suak lah sbb ada cream capucino...sdp sgt...dah la lawa plak tu..sayang rasa nye nak potong...nnt blh la tempah tuk besday faiz...

Lyza said...

Salam Naz..Salam perkenalan ye. Lyza nk minta izin resipi kek pisang ni..insyallah hari ni jugak nk cuba..tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...