Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Thursday, January 12, 2012

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN CENDAWAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Harap semuanya sihat sejahtera dan sentiasa dilindungi dan diberkati oleh Allah SWT hendaknya..
Amin..

Lauk atau gulai yang always menjadi kegemaran dan kepantangan Naz. Gemar sebab memang suka sangat masak lemak cili padi. Lebih-lebih lagi kalau pedasnya menyengat. Tapi jadi kepantangan tu sebab pantang jumpa, habis rosak dietku....huhuhuhu.. 

Sudahlah masa makan lauk ni, Naz gandingkan dengan fresh tempoyak yang digaul dengan cili padi tumbuk. Memang tak boleh control menambah nasi. Lagi pedas, lagi meleleh air hidung, lagi laju menambah nasi...hehehe.. Tolong!!! Tolong!!! Siapa nak ikut pergi berjoging???? Sape? Sape? Tak pelah. I jogging sorang-sorang jer.. Gumuks biar beramai-ramai tapi slim biar sorang-sorang..hahaha... Boleh gitu?? hahaha.. Tak..tak..tak.. Marilah kita bersenam beramai-ramai agar kesihatan terjaga..hehehe..
Anyway, gulai ni agak pucat sikit warna kuningnya sebab kunyit hidup yang Naz guna tu, macam tak berapa kuning je. Patutnya tambah sikit serbuk kunyit biar kalernya lebih cantik.

Udang.
MASAK LEMAK CILI PADI UDANG DENGAN CENDAWAN

Bahan-bahan :
  • 500 gm udang sederhana besar - dibersihkan dan dibasuh
  • 400 gm cendawan tiram - dibersihkan dan disiat-siat 
  • 20 biji cili padi (adjust ikut kepedasan sendiri)
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 2 batang serai - dititik
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa
Cendawan tiram.
Cara-cara :
  1. Tumbuk cili padi bersama kunyit hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama santan cair dan serai. Kacau-kacau hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan cendawan tiram serta daun kunyit. Biar seketika sambil sesekali mengacau hingga cendawan dan udang masak.
  3. Masukkan garam dan santan pekat. Kecilkan api dan biar hingga mendidih sambil mengacau agar tidak pecah minyak. Tutup api dan boleh dihidangkan.
 SELAMAT MENCUBA!

17 comments:

quinnie said...

kak naz..alamak...sedapnya kak gulai lemak...tergolek2 je cendawan tu..minggu lepas lagi dah teringin nak beli tapi still tahan lagik..tengok akak lak menggulai...tergugat iman..hehehe..kena beli jugak ni esok kalau gi pasar malam...saya pun suka gulai lemak tak letak bawang ni..:)

Cute Oven said...

amboii COSK baunya sampai sini...

anymz said...

naz,co try gulai cendawan ni dgn korang lak..sodap wo..buek podeh2 sampai monyonggau...hehehe..(mu pahe dok tu)...

cik cek said...

Lauk ni confirm sedap...lapo...lapo...nak tumpang makan boleh ke...:)

nOOrsha said...

salam k naz..sedapnye tgk udang beso2 ni..naaak sket, suke2 mkn camni..berpeluh2 dahi..hihi

nuwairani ismail said...

nani tengah on diet skrg...dinner hanya makan sebijik epal n segelai milo.tapi bila tengok gulai kak naz ni....nani rasa mcm.....aduh..... gaya mcm org kebulur pon ada...

Melly Octaviana said...

sedap nya.. slurrp

K.Nor said...

bestnyer naz :)

tun_telani said...

adoiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!! mmg x sah kalau x menambah nasi ni..

Nieza said...

wahh sedapnya kak...nieza suka podasx2 msk lomak ni:)

izahdaut said...

aduhhh sedapnya lauk gini kak naz. manis udang n cendawan tu mmg gabungan y best!!

Kakwan (K1) - citarasawan said...

Salam Naz,, pepagi ni dh kecur air liur negok masakan udang cendawan nehh hiss x leh tahan.. :)

Ayu said...

Assalam naz, sungguhlah menyelerakan lauk naz ni..suka part udang punya janggut tu..nyonyot air udang tu..uish kecur dah ni....

dZana said...

aslmkum naz.. apa kbr.. sedapnya udang masak pedas2 camni.. tak yah lauk lain pun tak pe..

Kama Kimin said...

Naz...
semalam saya ayam masak lemak cili api. Hari Naz dah goda dgn masak masak lemak udang dgn cendawan...
nampak gaya kena postpone lagi lerr diet saya...huaaaa

Mamasya said...

Aslmkum Naz. rasa lama tak sembang dg Naz...Naz apa kabar? akak sekeluarga sihat.masak lemak udang mmg favorit akak tp belum pernah digandingkan dg cendawan tiram.cendawan tiram tak da kat sini...kalau tidak boleh cuba juga masak gini.

+kasih+ said...

Assalamualaikum.. saya mohon copy resepi yer.. esok nk cuba masak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...