Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday, 22 April 2011

PUDING ROTI KARAMEL PANDAN


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Lepas maghrib malam tadi, kami sekeluarga menghadiri satu jemputan makan malam di rumah seorang rakan berbangsa Iran. Jadi puding ini Naz sediakan petang semalam untuk dibawa ke rumahnya. Resepi yang sama seperti Puding roti karamel yang pernah Naz buat dulu. Cuma kali ini, Naz variasikan dengan rasa pandan.  Suka dengan rasa dan bau daun pandan yang wangi tu. 

Pasangan Iran ni datang ke Malaysia tak sampai pun setahun lagi. Mereka datang kerana si suami sambung belajar di sini. Di negara mereka sendiri, si suami merupakan salah seorang pensyarah di sebuah universiti di sana. Mereka datang berdua sahaja kerana anak-anak mereka semuanya sudah besar panjang. Yang paling bongsu pun sedang menuntut di universiti di sana. 

Apa yang menjadi sedikit masalah ialah mereka ni tak tau berbahasa inggeris. Yang suaminya bolehlah juga bercakap bahasa inggeris sebab dah belajar di sini kan walaupun mengambil masa sedikit untuk menyudahkan sebaris ayat. Yang isterinya pula memang tak tau langsung berbahasa inggeris. Rupanya barulah Naz tau, di Iran mereka memang tidak belajar bahasa inggeris di sekolah. Mereka lebih mengagungkan bahasa ibunda mereka sendiri.


Selain Naz satu keluarga, mereka menjemput satu lagi pasangan (kawan baik kita orang jugak..) untuk makan malam ni. Bila dihidangkan dengan makan malam tu, teruja nak tanya resepi sebab hidangannya memang sedap cuma tiada yang pedaslah. Ada nasi yang menggunakan basmati. Ada lauk ayam yang bila dipandang macam ayam masak merah tapi bukan. Ada lauk bebola daging cincang yang bila dilihat seperti lauk masak kurma tapi juga bukan. Sayurnya adalah hidangan coloslow dan ada satu lagi hidangan seperti sup(tak perasan yang ini sebab tak makan). 

Keseluruhannya, memang sedap hidangan makan malam tadi. Yang paling best, lauk ayamnya yang sungguh lembut isinya.. Rupa ayamnya tidak terjejas dengan isinya yang sungguh..sungguh..sungguhhhhhh..lembut. Kami yang teruja dengan masakan mereka, apa lagi terus jer bertanya.. Tapi susah juga nak faham. Yelah kami gunakan encik Iran ni untuk terjemahkan apa yang kami tanya kepada puan Iran. Lepas tu encik Iran juga kena terjemahkan apa yang puan Iran ni cakap. Sampai puan Iran ni cakap, kalau nak belajar masakannya, dia dengan senang hati nak mengajarkan kepada kami. Hahaha.. memang nak kena cari masa untuk menghadiri kelas masakan di rumah mereka ni.. Puan Iran cakap lagi kalau nak suruh dia masakkan di rumah kami untuk tetamu kami yang bertandang pun dia sanggup. Tapi tergamak ker kita???? Sungguh baik dan bersopan santun sangat mereka ni. Sampaikan sebelum menghidangkan makanan, siap tanya dan minta izin dari kami yang tetamu-tetamu mereka ni dulu. Nantilah. Memang dah pasang niat nak belajar masakannya satu hari nanti. Cuma nak kena tunggu masa yang sesuai jer. Kalau dah dapat belajar, Naz tepek resepi di sini ok!

Inilah puding roti karamel pandan yang Naz bawa ke rumah mereka sebagai buah tangan..


PUDING ROTI KARAMEL PANDAN

Bahan-bahan puding :
  • 700 ml susu cair @ susu segar @ kombinasi kedua-duanya
  • 100 ml jus pandan
  • 2 biji telur saiz B
  • 2 Tbsp gula pasir
  • 6 keping roti
  • 2 Tbsp tepung kastad
  • Beberapa titis pewarna hijau
Bahan-bahan caramel pandan :
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 - 1/2 cawan air panas mendidih
  • Beberapa titis pewarna hijau

Cara-cara :
  1. Bancuh tepung kastad dengan sedikit susu dari 700 ml susu. 
  2. Koyak-koyakkan roti dan rendamkan dengan lebihan susu di atas. Biar 5 minit agar roti lembut.
  3. Masukkan semua bahan puding termasuk bancuhan tepung kastad dan juga roti yang direndam di dalam susu tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Ketepikan.
  4. Titiskan beberapa titis pewarna hijau kepada gula pasir dan gaul rata-rata. Masak gula di dalam kuali atau periuk hingga gula cair dan masukkan air panas (macam buat caramel biasa). Hati-hati! Akan berlaku sedikit letupan-letupan kecil pada caramel apabila air dimasukkan. Apabila gula telah cair semuanya(tiada lagi ketulan-ketulan), tutup api.
  5. Panaskan kukusan.
  6. Tuang caramel pandan ke dalam loyang diikuti dengan bancuhan puding. Apabila air kukusan telah mendidih, kukus puding selama 20-30 minit di atas api sederhana.
  7. Apabila telah masak, sejukkan pada suhu bilik sebelum disejukkan di dalam peti ais.
  8. Setelah sejuk, terbalikkan loyang ke dalam pinggan yang berlekuk dan hiaslah menikut kreativiti anda atau boleh dinikmati begitu sahaja.
Puding roti karamel pandan yang ada di rumah untuk anak-anak. 

SELAMAT MENCUBA!

26 comments:

ilahjy said...

salam naz cantek nye resepi baru ni.. minta izin kak print hehehe .. nak g joging dok melekat kat lappy lagi niii apa nak jadi ni huhuuu

Anna Qawina said...

cantiknyerrr..kaler ijo nyaman mata i..hihi

izahdaut said...

cantiknya warne pandan..sah sah wangii kan.tapi wangi karemel tu tak de la ye kak.ke bergabung..ish ish..tak dapat nak bayang la. tetamu pun makan suke hati ek..
kak naz, mapin tu memang moist sampai esoknya.saya tak letak dalam bekas kedap udara pun stil moist seharian. muffin biasanya disimpan dlm bekas elok2 tahan dan makin moist hingga 3 hari suhu bilik

Mas said...

cantiknya warna...ijauuuuuuu
lawa jerk puding tu..
terliur mas tengok......

Wattie said...

Assalamualaikum Naz,
Cantik dan sedap nampak puding tu, rasa macam teringin pulak nak buat, tp bila ya.

Bestkan sekali sekala ada tetamu cam gini datang, leh kenal kenalan walaupun cakap mcm ayam ngan itik. Suka juga masakan ala arab, ni dah dok teruja nak tengok Naz letak resepi Iran ni.......jgn lupa khabarkan nanti ya......

LiNa_Pg said...

ada kelainan ni versi pandan mesti wangi satu umah..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

beruntungnya jadi jiran org Iran tu...

EJHarraz said...

assalam naz,
ada kelainan la naz..biasa jumpa puding roti karamel yg warna kuning tu..tp yg ini warna ijo rasa pandan lagik..resepi wajib cuba nih..akak copy ya naz..tq

EmbunRosaliza said...

assalam naz..mesti harum je puding ni

Unknown said...

wahhh cun melecun dgn colour ijau yg menawan kalbu puding akak ni...sedapnya..bawalah buah tgn kerumah saya lak nanti yer...hehe

akak, dulu masa kat klinik pun nieza ada pt warga iran yg tak tau ckp omputih susah tul nk soal jwb ..dia senyum dan angguk jer bila tanya dia...hehe

Nadz Nazharzan said...

Kak Ilah..
Sila la kak Ilah.. Mmg tujuan letak dlm blog selain untuk rujukan sendiri dan rujukan anak2, untuk dikongsi bersama..
Bagus akak mengamalkan gaya hidup sihat.. Tiap2 hari gi jogging ye kak..

Nadz Nazharzan said...

Anna Qawina..
MMg cantik kaler ijo ni.. Kalau makan sejuk2 time musim panas2 ni lagi nyaman..

Nadz Nazharzan said...

Izahdaut..
Sedap jugak zah.. Rasa karamel tu ada gak sikit2 sbb cara buatnya sama mcm karamel biasa tu cuma kaler dah ijo le pulak.. Aah kan, len kali buat cam karamel biasa jerk pun mesti best..sbb kat gula tu x letak perisa pandan pun. Dalam puding dah ada rasa pandan.. Nanti boleh try lagilah..

Nadz Nazharzan said...

Mas..
Mmg cantik kan warna hijau.. Akak pun suka tgk.hehehe..

Nadz Nazharzan said...

Wattie..
Mmg best ada kawan lain negara.. walaupun cakap cam itik dgn ayam??? Hehehe.. Yg penting mrk baik..
Nanti..dlm proses nak cuba belajar resepi mrk tu..Nanti dah ada, Naz letak di sini..

Nadz Nazharzan said...

Lina_pg..
mmg harum kak dengan bau pandan..

Nadz Nazharzan said...

Sari Yusa Ibrahim..
Mmg beruntung kalau dapat jiran yg baik cam gini kan.. Eh yus, meh la berjiran dgn Naz.. Naz pun baik gak heheheheeee....(perasan sendiri)...

Nadz Nazharzan said...

Iza Akma..
Kak, mmg saja cuba cipta kelainan dari resepi yg biasa buat.. Nak variasikan.. Cubalah kak..

Nadz Nazharzan said...

Kak Rosaliza..
Mmg harum bau puding ni kak..Maklumlah bau daun pandan..

Nadz Nazharzan said...

Nieza..
Mmg cun jer puding tu kan Nieza.. Nanti akak buat lagi dan bawa kat nieza lak dalam mimpi kay...

Nieza rasa kelakar pun ada masa berinteraksi tu.. Akak tak faham dia, dia pun tak faham akak.. Pas tu guna bahasa isyarat.. Bahasa isyarat pun ntah apa2 sbb bukan bahasa isyarat yg standard.. Tersengih2 kitaorg masa tu heheheheeee..

CT Delima said...

Assalamulaikum Naz :D

salam perkenalan juga dari kak ct. semoga silaturahim ni akan kekal sampai bila2 bukan setakat di blog jer ya... hihihi.

Kak ct suka pada puding roti ni. ada juga resipi yang k.ct buat mengunakan roti perisa pandan juga. tu resipi istimewa dari ibu mertua kak ct. Bole lah kak ct mencuba juga resipi ni satu hari nanti..insyaAllah :D

kha said...

cantiknya puding tu naz..ternyata naz hebat orgnya..:)
btw..klu nk bljr nasi nge pn iran tu pastikan naz bljr bhsa dia dlu xlah jd mcm itik bercakap dgn ayam..hehe

geraugebang said...

tak pernah tengok puding roti kaler cam ni...nampak macam best jer...tapi ayam dalam entry kat bawah tu...boleh buat kak gerau pengsan.

Nadz Nazharzan said...

Kak Ct Delima,
Waalaikumussalam kak..
Yelah kak..Naz pun harap kita boleh berkawan bukan setakat di blog sahaja kan..tentu lebih bermakna..

Betul gak cakap akak.. Len kali boleh gak cuba buat puding roti pandan guna roti pandan mcm akak cakap tu kan..Tq kak..

Nadz Nazharzan said...

Kha..

Tak hebat mana pun Kha.. bnyk lagi perlu diperbaiki..

Betul juga cakap Kha tu kan.. Nanti jadi mcm ayam ngan itik lak bercakap..hehehe..

Nadz Nazharzan said...

geraugebang..

Hai kak gerau.. Salam perkenalan.. Naz mmg suka lauk2 yg bersambal ni.. Tu yg cuba variasikan dgn rasa yg lain2... Tq kak sudi singgah sini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...