Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, 29 June 2010

PUDING ROTI CARAMEL


PUDING ROTI CARAMEL
Bahan-bahan :

Bahan Puding

800 ml susu segar @ susu cair @ kombinasi keduanya
2 biji telur
2 TBSP gula pasir
1 tsp asen vanilla
6 keping roti
2 TBSP tepung kastad

Bahan caramel
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan air panas

Bahan hiasan(optional)
Buahan dalam tin atau fruit cocktail



Cara-cara :
1. Bancuh tepung kastad dengan sedikit susu dari 800 ml susu. Kemudian masukkan semua bahan puding termasuk bancuhan tepung kastad tadi ke dalam pengisar(blender) dan kisar hingga sebati. Ketepikan.

2. Masak gula di dalam kuali di atas api perlahan hingga gula bertukar warna dan masukkan air panas. Hati-hati! Sebab bila air dimasukkan, akan berlaku sedikit letupan-letupan pada caramel. Apabila gula telah cair semuanya, tutup api.

3. Panaskan kukusan.

4. Tuang caramel ke dalam loyang diikuti dengan bancuhan puding. Kukus selama 30 minit di atas api sederhana.

5. Apabila masak, sejukkan pada suhu bilik sebelum disejukkan ke dalam peti ais.

6. Setelah sejuk di dalam peti ais, terbalikkan loyang ke dalam pinggan yang berlekuk dan hiaslah dengan buah kegemaran anda..

Jemput makan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...