Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 1 February 2011

HARUM MANIS


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Harum manis, resepi yang telah lama tersimpan di dalam folder ni baru saja dicuba. Resepi harum manis ini Naz perolehi dari blog Diana. Tapi lama terperap jer resepi ni tak buat-buat.

Resepi asal menggunakan pisang raja tapi Naz bantai jer guna pisang berangan sebab tak jumpa pisang raja. 


Resepi di bawah ini Naz copy n paste dari blog Diana..


HARUM MANIS
Sumber: Lina

Bahan-bahannya
300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir

Ayak bersama
350 gm tepong gandum
1/2 tsp baking powder
1 tsp bicarbonate soda

1/4 tsp garam
1 tbsp vanilla essence
50 gm mentega dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis (Naz guna pisang berangan)

Cara-caranya
1. Masak gula melaka dengan air hingga larut (utk jadikan sirap). Tapis dan sejukkan.
2. Pukul telur dan gula hingga naik.
3. Masuk tepong sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
4. Masukkan vanilla essence dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati.
5. Sapukan acuan kecil2 dengan mentega. Tuangkan ¾ penuh sahaja dalam acuan lalu letakkan hirisan pisang keatas adunan.
6. Kukus selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.

NOTA :
  • Naz isikan 1/2 penuh adunan dalam setiap acuan sebab adunan ini akan naik semasa dikukus.  Jadi naiknya pun cantik jer taklah membuak sangat..
  • Satu adunan ni dapat menghasilkan banyak kuih ni.. Dapatlah beri pada jiran sikit dan encik hubby bawa pergi ofis jamu kawan-kawan :)  Next time kalau buat, kena buat 1/2 adunan jerlah sebab jenuh jugak mengukus sampai 3 round.. Acuan kecil-kecil tu ada sikit jer..
OK, KEPADA YANG INGIN MENCUBA, SELAMAT MENCUBA!

8 comments:

Anna Qawina said...

cantik...tp pisang kt umah ni jarang sempat nk kuihkan..asyik2 ank2 dok layan mkn gitu jer..

Mas said...

cantiknya...rasanya macam apam ke....

Cute Oven said...

wahhh...cantiknye...

Cendana Kasih said...

amboi lawanyer..terbau haruman pisang sampai umah kita tawww... meh sebijik :)

mamawana said...

sedapnyer..... macam tart pisang jer...I like...

Ida,Japan said...

slm kenal juga naz....nice blog!!
harum manis ni mesti dah habis ni...nmpk cute dan sedapp...bunga tu boleh mkn tak? he.he Ida follow too

Deliah's Deli said...

assalamualaikum naz..cun si comel2 ni..ada sepit bunga pink plak tu..mmg manis la cik adik :))) teringin bt tp entah bila2 la..masuk draft dah berbakul2..:)

Unknown said...

nampak menarik kuih ni kak naz...nieza lum pernah buat lagi harus cuba ni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...