Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 27 February 2011

NASI LEMAK SERAI



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak nasi lemak hari ini. Cuma kali ni, tak guna daun pandan sebagai pewangi nasi tapi digantikan dengan serai. Dulu pertama kali masak nasi lemak serai ni sebab di rumah Naz, pokok daun pandan dah habis nyawa..Entah apa silapnya, serumpun mati pokok tu. Jadi Naz tukarlah daun pandan kepada serai. Not bad! 
Mungkin ada juga orang lain yang dah pernah mencuba menggantikan daun pandan kepada serai untuk memasak nasi lemak kan..Wangi jer nasi tu dengan bauan serai.



Naz lawankan nasi lemak serai ni dengan sambal tumis udang. Request dari hubby. Lepas tu potongkan timun dan masak telur rebus. Anak ke 2 Naz, Maizatul Husna makan bertambah-tambah. Jarang dia makan banyak.



NASI LEMAK SERAI
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
2 cawan beras
2 cawan santan
3 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 inci halia (dihiris nipis panjang)
3 batang serai (dititik/ diketuk)
1 tsp halba
1/2 tsp garam

Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak nasi seperti biasa.
  3. Setelah masak hidangkan bersama dengan sambal tumis udang atau sambal tumis sotong, telur rebus atau telur dadar, ikan bilis goreng, timun atau kangkung celur.


SELAMAT MENCUBA!                     

Thursday, 24 February 2011

KUIH PUTERI MANDI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Haiiii...tetiba tekak rasa nak makan kuih puteri mandi pula. Bahan-bahan memang dah ada. Jadi projekkan aja leee.


Seperti biasa, kerana di rumah ni ada kanak-kanak, jadi kuih yang boleh diwarnakan perlulah diwarnakan dengan warna-warna ceria. Kalau malas nak warnakan, buat je satu warna...dan dah tentulah warna hijau iaitu perisa pandan.
Okey seperti biasa, resepi di bawah yer..



KUIH PUTERI MANDI
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan [A] :
1 cawan tepung pulut
1 tsp air kapur
Air daun pandan (boleh juga guna esen pandan + pewarna hijau)
Pewarna merah dan kuning
Garam halus
Air secukupnya
2 helai daun pandan (disimpul)

Cara-cara :

  1. Tepung pulut dibahagi kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan air daun pandan, sedikit garam dan sedikit air kapur. Uli hingga membentuk doh. Lagi dua bahagian masing-masing dicampur dengan air, secubit garam, sedikit air kapur dan pewarna merah untuk satu bahagian dan pewarna kuning untuk satu bahagian lagi. Uli hingga membentuk doh.
  2. Didihkan air di dalam periuk bersama simpulan daun pandan. Kemudian sediakan satu mangkuk berisi air biasa (untuk meletak doh yang telah dimasak agar tidak melekat antara satu sama lain).
  3. Gentel doh-doh yang bewarna tadi menjadi bebola-bebola kecil dan penyekkan sedikit di tengah-tengah bebola itu (menjadi spt bentuk sel darah merah). Masukkan ke dalam air mendidih di dalam periuk dan biarkan bebola-bebola ini timbul. Apabila timbul, angkat bebola-bebola ini dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air biasa tadi. Buat sehingga habis semua doh dimasak.
Bahan-bahan [B] :
1 cawan kelapa parut muda 
1/2 cawan gula perang (brown sugar)
2 Tbsp gula pasir (boleh tambah lagi jika suka lebih manis)
1/2 cawan air
1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
  1. Masukkan air, gula perang dan gula pasir ke dalam periuk bersama simpulan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut dan masak hingga sedikit kering di atas api sederhana. 
  3. Toskan bebola-bebola yang telah dimasak tadi dan masukkan ke dalam adunan kelapa parut. Gaul rata hingga sebati. Tutup api. Tunggu sejuk baru dimakan.
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 23 February 2011

SUP AYAM MUDAH



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Masak Sup Ayam Mudah jer hari ini. Resepi yang semua orang pun tau kan. Tapi nak letak juga lah dalam blog ni. Untuk rujukan anak-anak bila mula memasak nanti. Bila mula-mula cuba memasak tentulah perlukan menu yang senang dan mudah disediakan. Lagipun, ini kan blog Naz..sukahati kitalah nak letak menu apa pun kan..


SUP AYAM MUDAH
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji kentang (kupas kulitnya, dibasuh dan dibelah 4)
3-4 cawan air (boleh tambah ikut banyak kuah yang dikehendaki)
1 ketul kiub pati ayam
1 sup bunjut
Garam secukup rasa
3 Tbsp minyak masak
Daun sup dan daun bawang untuk hiasan

Cara-cara :
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan juga halia. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan ini hingga layu dan naik bau.
  2. Masukkan air, ayam dan juga kentang serta sup bunjut. Biarkan hingga menggelegak dan masukkan kiub pati ayam dan garam. Tunggu hingga kentang empuk.
  3. Rasakan garamnya dan bolehlah ditutup api. Hidangkan bersama taburan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng. Boleh perahkan sedikit asam limau sekiranya suka.

Monday, 21 February 2011

HEAD IN THE BASKET

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni bukan entry masak-masak. Nak tunjuk projek anak dara sorang ni ha..dok main bakul di atas katil. Bakul biru tu sebenarnya bekas untuk Naz isi barang-barang kelengkapan bayi. Ada losyen bayi, bedak bayi, minyak telon untuk bayi, losyen ruam bayi, sikat bayi dan macam-macam lagilah barang dandanan bayi.

Maisarah Hani memang suka sangat main bakul ni. Dikeluarkannya semua barang-barang tu bersepah-sepah di atas katil. Kita masukkan semula barang-barang tu, dikeluarkannya semula. Masukkan balik barang-barang tu, dikeluarkannya semula. Memang selalu macam tu. Bila nak lekakan dia sekejap sementara buat kerja lain, selalunya bakul tulah jadi mangsa tapi selalunya tak adalah sampai naik kepala bakul tu. Entah macam mana bakul tu sampai jadi helmet pula kali ni. Jadi layan gambar je lah ye..



Sedar-sedar dah macam ni keadaannya. Cepat-cepat capai kamera untuk snap gambar.

 ****************************************
******************************
********************
**********
*****
***
*
 Ni sempat lagi berpusing-pusing di atas katil tu dengan bakul di kepala.

****************************************
******************************
********************
**********
*****
***
*
 Tak nampak muka dah ni.

****************************************
******************************
********************
**********
*****
***
*
 Hani...Oooooo..Hani...!

****************************************
******************************
********************
**********
*****
***
*
Menoleh kepala bila dipanggil.

****************************************
******************************
********************
**********
*****
***
*
 Masih kebuntuan di dalam bakul.

****************************************
******************************
********************
**********
*****
***
*
Nampak dua biji mata dia..heheheheee..


************************************************************

MARBLE BANANA MOIST CAKE



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ada projek membaking hari ini. Buat kek pisang marble lembap. Resepi asal sebenarnya "Kek Pisang Lembap" dari dapur CMG. Dulu sebelum ada blog sendiri dah pernah buat kek pisang lembap ni. Memang betul-betul lembap dan lembut jer. Rasa manisnya pun ala-ala manis-manis buah jer.

Saja hari ni tergerak hati nak buat yang ada marble pula. Kalau nak tengok resepi asal "Kek Pisang Lembap" ni, boleh klik di "Dapur Tanpa Sempadan" ni. Resepi di bawah ni, resepi yang sama cuma telah Naz olah menjadi resepi Kek Pisang Marble Lembap.


KEK PISANG MARBLE LEMBAP

Bahan-bahan :
250 gm tepung gandum*
1 tsp soda bicarbonate*
1/2 tsp garam halus*
(* disatukan dan diayak bersama)
15 gm ovallate
150 gm gula kastor
5 biji telur gred A 
125 gm mentega cair
100 gm minyak jagung 
225 gm pisang# 
1 tsp esen vanilla#
(# lenyek halus pisang bersama esen vanilla)
2 Tbsp serbuk koko

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C.
  2. Pukul gula dengan ovallate di dalam mixer. Masukkan kesemua telur dan pukul pada kelajuan maksimum hingga adunan betul-betul kembang dan pekat. 
  3. Perlahankan speed dan masukkan pisang lenyek dan gaul rata. Masukkan pula tepung berselang-seli dengan mentega cair dan minyak jagung hingga habis dan gaul rata.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan serbuk koko pada salah satu bahagian dan gaul sebati dengan spatula. 
  5. Lengser loyang dengan mentega dan tabur rata tepung gandum. Ketuk keluar lebihan tepung. 
  6. Masukkan adunan asal dan adunan koko berselang-seli hingga habis semua adunan.
  7. Bakar di dalam oven selama 50 - 60 minit bergantung pada oven masing-masing. 
Kepada sesiapa yang nak mencuba resepi ini, digalakkan sebab kek ni memang sedap. Lembut sangat. Lebih sedap sekiranya menggunakan pisang emas di dalam adunan.

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 20 February 2011

TAKO MAKER



Assallamulaikum dan salam sejahtera.

Sebenarnya nak post ke entry semalam topic ni tapi tak sempat..Seharian berada di luar rumah. Ada family day dengan staf dan student tempat hubby kerja. Buat di tepi Pantai Irama, Bachok. 

Ni tako maker yang Naz beli dari Chik Mimi. Orang lain pakai tako maker ni buat takoyaki aka bebola sotong aka octopus ball, yang Naz guna acuan ni buat bebola kaya...hahahahaaaa.. Nak buat takoyaki, tapi tak terbuat-buat.. Jadi buat le kaya ball tu nak lepas gian untuk guna tako maker baru tuuuuu... (kaya ball tu entry sebelum entry tako maker ni)


Okey pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tako maker ni bolehlah mengunjungi blog Chik Mimi ni untuk maklumat lanjut. Boleh hubungi beliau di blognya. Ada juga produk-produk lain yang dijual..Kalau nak tau apa produknya, kenalah singgah ke blog Chik Mimi tu.. Kalau tak nak beli pun, pergi je la ke blog Chik Mimi ni cuci-cuci mata.. Amacam Chik Mi, okey tak promote?  Boleh dapat diskaun tak kalau beli barang lain lagi? Kihkih..kih..kih...

Saturday, 19 February 2011

SERIKAYA BALLS



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buat serikaya balls ni hari ni. Resepi ni dah lama diambil dari dapur kak Rinn. Okey resepi di bawah yer.. Nak cepat ni.. Ada hari keluarga nak kena attend. Daaa...

SERIKAYA BALLS
Sumber : Rnet via kak Rinnchan

Bahan-bahan :
250 gm tepung kek/ tepung gandum
1 tsp baking powder
Secubit garam halus
125 gm mentega - Naz guna majerin
75 gm gula kastor
4 biji telur gred A
200 ml susu segar - Naz guna susu cair
1/2 tsp esen vanilla

Serikaya secukupnya - Naz masukkan ke dalam piping bag

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu per satu dan terus putar hingga sebati.
  3. Masukkan 1/4 bahagian susu dan putar lagi.
  4. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu. Lakukan hingga habis dengan tepung sebagai pengakhirnya.
  5. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati.
  6. Panaskan acuan dan lengserkan dengan minyak masak.
  7. Isikan separuh penuh setiap lubang acuan. Picitkan sedikit serikaya di tengah-tengah dan tutup dengan sedikit lagi adunan sehingga memenuhi acuan.
  8. Terbalikkan bebola kaya agar masak di kedua belah bahagian dengan menggunakan lidi satay. Masak hingga bebola menjadi keperangan.
Naz cuma buat 1/2 adunan jer dari resepi di atas. 

SELAMAT MENCUBA! 

Wednesday, 16 February 2011

PUDING KASIH BERTAUT

 

Assallmualaikum dan salam sejahtera.

Buat puding ni hari ini. Gabungan rasa sirap rose, pandan dan juga gula melaka. Hasilnya.. memang menyelerakan terutamanya apabila telah disejukkan di dalam peti ais. Gabungan warna yang ada juga memikat jiwa..

Puding kasih bertaut yang dibekukan di dalam bekas yang besar. Kiub-kiub kecil tadi bertaut rapat 
antara satu sama lain.

Resepi cuba jaya sebenarnya ni. Alhamdulillah menjadi dan dapat mencuri perhatian dan memikat selera orang di rumah ni.

 
Rupa puding yang telah dipotong.


PUDING KASIH BERTAUT (Resepi terkini yang telah diupdate di SINI)
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan 
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 tsp sirap Rose
2 tsp perisa pandan + pewarna hijau

Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut.  Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu.  Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!)  Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan.  Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.  

Bahan-bahan B :
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari peket agar-agar di atas tadi)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka
1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

Boleh dibuat hantaran puding ni kerana rupanya yang cantik menawan..

NOTA :

  • Resepi di atas tu Naz cuma guna sepeket serbuk agar-agar 10 gm yang dibahagi dua untuk bahagian A dan juga bahagian B. Kalau nak senang boleh guna sepeket 10 gm untuk setiap bahagian agar-agar tapi jangan lupa doublekan bahan-bahan lain dalam resepi tau!. 
  • Resepi di atas ni Naz dah update supaya agar-agar bahagian A digunakan sepenuhnya bersama agar-agar bahagian B. Jadi tiada agar-agar bahagian B yang lebih bila menghasilkan puding ini. Boleh rujuk di sini untuk resepi terkini PUDING KASIH BERTAUT TERKINI.


SELAMAT MENCUBA !

Tuesday, 15 February 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SALAM MAULIDUL RASUL 1432 HIJRAH KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAAT.
SEMOGA PENGORBANAN NABI MUHAMMAD SAW INI KITA TELADANI DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARI-HARI..INSYALLAH.

YANG BAIK ITU DATANGNYA DARI ALLAH SWT DAN YANG LEMAH ITU DATANGNYA DARI DIRI KITA SENDIRI.

Sunday, 13 February 2011

BEEF LASAGNA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Dah beberapa hari bertangguh nak buat lasagna ni. Anak-anak pun dah berapa kali bertanya bila ummi nak buat lasagna ni. Siap sport check barang-barang untuk buat lasagna dah ada ke belum di dapur.. Akhirnya masing-masing tersenyum puas bila dapat makan lasagna ni terutamanya Haris anak sulungku.

 
Lasagna setelah keluar dari oven..
Anak-anak selalu request supaya taburkan shreeded cheese tebal-tebal di lapisan atas tu.


Lasagna setelah dipotong..
Nampak tak lapisan-lapisannya.

Resepi lasagna ni dah pernah letak dulu beserta dengan caranya sekali. Boleh rujuk di SINI kepada yang berminat.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 9 February 2011

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Tak boleh celoteh panjang-panjang sekarang. Masa amat terhad. Nak kena layan Maisarah Hani..Nak ajar Maizatul Husna baca buku..Nak memasak & lakukan kerja-kerja rumah..Nak bantu Mohd. Haris buat kerja sekolah..Nak ajar anak-anak mengaji..Nak tengok tv(heheheeee..sempat ker???)..Macam-macam lagi kerja rumah yang tak habis-habis.

Masak gulai lemak cili padi daging salai hari ni. Naz salai danging di dalam oven jer.. Lebih kurang grill leee.. Mano la den nak cari kayu api di rumah ni.. Ranting kayu ada ler.. Kihh..kihh..kih.. kang kalau pakai ranting kayu, pukul berapa pulak la sudahnya memasak.. Mau sampai malam kang tak habis salai lagi..Den yang kono salai ado laaa...

Resepi ni sama je macam lemak cili padi danging cuma dagingnya disalai..

Naz salai dalam oven macam gambar di atas tu pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit dengan api atas sahaja. Naz guna api atas sahaja sebab tempat salai Naz tu, berputar-putar semasa proses pembakaran.

DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI PADI

Bahan-bahan :
1 kg daging lembu
20 batang cili padi (lebih kurang segenggam)
2 inci kunyit hidup
2 batang serai (dititik)
4 biji ubi kentang (dikupas kulit dan dibelah 4)
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
Garam

Cara-cara :
1.  Daging lembu dibasuh dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 1 jam atau lebih. Sesudah masak, sejukkan seketika sebelum dihiris nipis.
2.  Tumbuk lumat cili padi bersama kunyit hidup dan sedikit garam. Masukkan ke dalam kuali bersama hirisan daging salai, santan cair, ubi kentang dan juga serai. Biar mendidih sehingga ubi kentang empuk. Sambil itu, kacau-kacau kuah agar tidak pecah minyak.
3.  Masukkan santan pekat dan rasakan garamnya. Biar mendidih seketika sambil terus dikacau supaya tidak pecah minyak dan berbintil-bintil. Sekiranya terlalu pekat, bolehlah ditambah sedikit air.

SELAMAT MENCUBA!

A GIFT FROM SWEET DELIAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ini award pemberian dari Deliah. Tq Del. Very appreciate it! Ada jugak orang yang sudi menghulur award pada blog Naz yang kurang serba serbi ini, yang masakannya dan menunya tak best dan tak meletop macam orang lain dan for sure lah tak layak untuk dianugerahkan sebarang award kan..

Terima kasih ye Del.. Terharu pulak rasa.
Okey, antara tugasan yang perlu dilaksanakan sempena menghargai award ni adalah seperti di bawah.


- RULES -

Post the link of the person who gave the award.

Share 7 random things about yourself.
1.  Happy go lucky person.
2.  Very simple and easy going person.
3.  Suka baca malay novel.
4. Suka jalan-jalan dan bercuti bersama family.
5. Suka tambah kenalan.
6. A bit sensitif person some times(terutama kalau menonton cerita yang sedih2..waaaa...air mata nak keluar..)
7. Sedia berkorban untuk orang tersayang.

Reward recently discovered 15 blogs
Alamak! Yang ini macam dah ramai yang dah dapat. Anyway ada jugak orang yang Naz nak hadiahkan award ni. Harap sudi menerimanya dan semoga persahabatan kita berkekalan.
Mamasya- http://dapur-mamasya.blogspot.com/

Place them in a list and discuss them.
Hehehe.. yang ni Naz tak tau nak buat cam ner... Nak discuss apa pasal diaorang ni ker?? Emmm..setiap mereka mempunyai keistimewaan tersendiri pada blog masing-masing. Tiada lebih dan tiada yang kurang kerana tiada sesiapa di dunia ini yang sempurna. So, do visit their blog then  you will know what is special about their blog.. Tak kenal maka tak cinta kan..


PESANAN DARI NAZ..
Kepada rakan-rakan yang ditag, dipersilakan ambil award tu ye tapi soalan-soalan dibawah award tu tak perlu jawab. Naz sungguh berbesar hati kalau award tu sudi diambil oleh orang yang Naz tag. 

Tuesday, 8 February 2011

MANGO ICE BLENDED


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Di sini sekarang memang tengah musim mangga. Macam-macam jenis mangga ada. Hubby Naz pula memang rajin buat ice blended. Tak kiralah menggunakan buah apa pun. Di sebabkan sekarang musim buah mangga, jadi, mango ice blended ni memang sering menghiasi meja makan kami..


Buah mangga ni memang manis. Makan macam tu saja pun sedap. Sukanya kalau musim buah mangga. Anak-anak pun gemar makan buah mangga ni. Haiiii...Maisarah Hani pun tak ketinggalan menjamu selera dengan buah mangga yang manis dan enak ini.


MANGO ICE BLENDED
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
1/2 biji mangga saiz besar (dipotong kecil)
2 cawan air
4 Tbsp susu pekat manis
2-3 Tbsp gula (ikut kemanisan yang dikehendaki)
Ais secukupnya (untuk dikisar bersama)

Cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus. Tuangkan ke dalam gelas dan boleh dinikmati dengan ketulan ais tambahan atau dinikmati begitu sahaja.

Monday, 7 February 2011

AYAM MASAK MERAH MADU


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini memang bercadang nak masak ayam masak merah. Oleh kerana stok madu di rumah ni memang banyak kes suami selalu dapat hamper di tempat kerja, jadi buatlah ayam masak merah madu ni.

AYAM MASAK MERAH MADU
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
Serbuk kunyit dan garam (untuk digaul dengan ayam)
11/2 cawan cili kering mesin*
6 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
(* kisar bersama)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1/2 cawan madu
4 Tbsp sos tomato
Garam

Cara-cara :
1.  Gaul ayam dengan kunyit dan garam. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2.  Panaskan minyak secukupnya untuk menumis rempah 4 sekawan bersama bahan kisar hingga garing.
3.  Masukkan bawang besar dan biar seketika.
4.  Masukkan sos tomato dan madu.  Kacau biar sebati.
5.  Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.  Rasakan garamnya dan biar seketika agar ayam mesra bersama sambalnya.  Tutup api dan hidangkan bersama nasi.

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, 6 February 2011

KEK ALUNAN KASIH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Berhasil juga buat kek alunan kasih yang popular ni.. Beberapa kali bertangguh nak membuatnya. Berapa kali juga butter tu dok keluar dan masuk semula ke dalam peti ais..heheheeee.. Akhirnya terhasil juga kek ini di dapur Naz.

Satu adunan kek ini menghasilkan sebiji kek yang besar juga. Naz menggunakan loyang bulat 7" X 3". Memang tebal jadinya kek ini. Puas pulak kalau nak menghabiskannya. Jadi Naz beri sedikit kepada makcik saudara (AIL) dan juga jiran sebelah.




Rasa kek ni seperti kek butter. Kerana inginkan sedikit kelainan, Naz tambahkan perisa yang berlainan bagi setiap satu warna yang Naz guna. Untuk warna oren Naz tambahkan perisa oren, untuk warna hijau Naz tambahkan perisa pandan dan untuk warna merah Naz tambahkan perisa strawberry.
Terima kasih kepada penyumbang resepi yang terangkat ini iaitu Puan Mastura Yasak (FB kongsi resepi) dan juga kepada Kak Am dan blogger-blogger lain yang mengetengahkan resepi ini untuk dikongsi ramai.


KEK ALUNAN KASIH
Dari Puan Mastura Yasak - FB (Kongsi Resepi)
Copy dari kak MaDiHaA
Sumber :  Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

BAHANNYA :


* 5 Biji Telur
*1 ½ cwn Planta atau 250g butter
* 2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
*2 cwn gula halus (Naz guna 1 ½ cwn je)
*1 sudu kecil baking powder 
* ½ cwn susu cair 
*1 sudu kecil esen vanilla (boleh guna perasa lain juga)
* Serbuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:

*Pukul planta dan gula smpai kembang...
*Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
*Masukan esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
*Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pilihan bagi tiap2 bahagian.
*Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan warna yg pertama  ratakan dlm loyang dan
*ayak serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
*Then masukan lapisan kedua....ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
* Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
* Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…(Naz bakar lebih dari 1 jam kerana loyang yang digunakan menjadikan kek Naz tebal. Jadi masa membakar lebih lama)

Tips :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratakan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

Saturday, 5 February 2011

MERAIKAN RAKAN BLOGGER : SUHASNIDA & PASANGANNYA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam Naz & suami menghadiri beberapa jemputan kenduri kahwin. Maklumlah cuti-cuti ni, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan. Salah satu majlis perkahwinan yang Naz hadiri ialah majlis perkahwinan rakan blogger iaitu Suhasnida atau lebih dikenali sebagai McSue atau CikSue. 

Sesiapa yang ingin melihat hasil tangan Sue ni untuk persiapan perkahwinannya, bolehlah melawat blog beliau ni. Kreatif Sue niii... Dalam sibuk-sibuk tengah study buat Master di UPM, masih mencuri-curi masa yang ada untuk melakukan persiapan perkahwinannya. Cantik-cantik hasil tangan Sue. Pelamin pun Sue buat sendiri.. Dapatlah Naz merasa duduk di atas pelamin DIY Sue nie sekejap semasa bergambar dengan pengantin..hehehe.. Hai..untung cik abangggg dierrr.. Dapat memikat si gadis yang sungguh rajin dan kretif ni..

Okey habis sesi mengomel. Jom tengok gambar pulak yer..

Biasa tak tengok gambar ni di blog Sue?? 
Ni kanvas yang tercetak gambar Sue & pasangannya.  Art stand untuk kanvas tu, darling Sue yang buatkan.. Diletakkan berdekatan dengan pintu masuk ke rumah Sue.. Cayalah Sue..


Pasangan bahagia Suhasnida & suami..
Semoga bahagia dan berkekalan selamanya..
Semoga cinta suci mereka diberkati Illahi.. 

SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK SUHASNIDA DAN BUKHARI!

Thursday, 3 February 2011

GONG XI FAT CHAI


HAPPY CHINESE NEW YEAR TO ALL MY CHINESE FRIENDS & HAPPY HOLIDAY!

SODA GEMBIRA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Soda gembira ni, kali pertama minum dulu di restoran Warong Nasi Ayam Penyet. Anak-anak suka sangat air ni. Bila rasa air ni, laaaa..kalau air macam ni, ummi pun boleh buat..  Buat je di rumah. Haaa..amik..boleh minum banyak-banyak. Ummi gembira buat soda gembira ni di rumah. Anak-anak pun gembira minum air soda gembira yang dibuat dengan gembira oleh ummi dia di rumah..(berapa banyak punya gembira daaaaa....)

SODA GEMBIRA
Sumber :  Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :
1 1/2 cawan aiskrim soda
3/4 cawan susu segar/ susu cair
1 Tbsp sirap rose
Air gula (ikut kemanisan yang dikehendaki)
1 cawan air batu kiub

Cara-cara :
Campurkan semua bahan bersama kecuali kiub ais dan kacau sebati.  Kemudian masukkan air batu kiub dan biarkan seketika untuk menyejukkan air.  Hidangkan dan nikmatilah soda gembira anda.

SELAMAT MENCUBA DAN SEMOGA ANDA JUGA GEMBIRA!

Wednesday, 2 February 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni haaa.. HaSue nie, buat giveaway khas untuk pengunjung blog beliau, "HaSue: I Love My Life" yang melahirkan bayi pada tahun 2010 sama seperti beliau yang melahirkan anak bongsunya(bongsu buat masa ni lee..) pada tahun tersebut.  Syarat penyertaan ni mudah saja tapi bukan semua orang dapat penuhi tau!  Syaratnya ialah : Anda telah melahirkan bayi pada tahun 2010 (1/01/2010-31/12/2010). Jadi pada sesiapa yang bertuah boleh menyertai GA ni, sudi-sudikanlah menyertainya untuk memeriahkan lagi GA Sue ini.


THIS IS MY YOUNGER PRINCESS
Jom berkenalan dengan Maisarah Hani
 Hai! Nama saya Maisarah Hani.  Ummi kata maksudnya "Ketenangan kegembiraan".
Saya lahir pada 10 Mei 2010 di Pusat Perubatan An-Nisa'.
Ummi lahirkan saya pada pukul 6.35 pm. Huhuuhuuu cian ummi..sakit..
Sekarang umur saya 8 bulan lebih dah.. 8 hari lagi umur saya masuk 9 bulan.
Tengok! Saya dah ada gigi.. Boleh makan macam-macam. Sama macam abang dan kakaklah..(macamlah ummi bagi..Makanan baby jugak yang masuk mulut nie)
 Saya pandai tepuk tangan. Kalau ummi atau abang atau kakak saya nyanyi lagu "Tepuk amai-amai", saya akan tepuk tangan. Lepas tu, dia orang tu pun gelak-gelak. Entah apa yang kelakar ntah..
Kalau ummi nyanyikan lagu "Cak cekup udang gamit", saya akan genggam dan buka tangan saya berulang kali. Tau ker lagu tu???

 Aktiviti yang paling saya suka ialah mandi. Bestnyerrrrr dapat berendam dalam air. Gambar ni masa umur saya 7 bulan. Tapi ummi selalu angkat saya masa saya tengah syok mandi-manda. Apa lagi, saya pun menangislah dan keraskan badan tanda protes tindakan ummi tu.

 Ha..tengok ni. Baring-baring lagi dalam bath tub..Heheheee.. bestnyer..bestnyer.. Oppssss..nasib baik ummi dah tutup 'tutttt' saya. Kalau tidak, malu saya. Tq ummiii... :)

 
Ini pula gambar saya ketika berumur 4 bulan. Saya ni memang suka tersengih. Ummi kata senang nak snap gambar saya.  

 
Saya kalau tidur, memang suka mengiring. Macam dalam gambar tu..

Kadang-kadang saya menelangkup pula. 
Tapi ummi selalu risau kalau saya tidur macam ni. Ummi takut saya lemas kalau muka saya tertangkup ke bawah..

Haaaaa...ini gambar saya lepas dilahirkan. Nyenyak tidur tuu.. Lain ker sama je muka saya ek?

Okeylah sampai sini je dululah. Ummi nak guna komputer tu..Heheheeee..Babaiii...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...