Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 24 October 2012

APAM MENTEGA KE APAM MAJERIN???


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Aik?? Sampai dua entry dimasukkan hari ni?? Terlebih rajin nampaknya tuan rumah ni..hehehe.. Kalau orang lain tu, satu hari sampai 3 atau 4 entry dimasukkan dalam blog.. Bukan apa, tiba-tiba ada mood lebih pula nak mengentry.. Baru mengentry 2 post sehari pun dah bising kan..huhuhuuuu...

Okey, resepi yang nak dikongsi petang ni ialah resepi Apam Mentega dari kak Fiza di My Resipi. Ramai sangat yang dah mencubanya kan. Boleh je google di internet kalau nak tengok hasil apam ni dari blog-blog masakan yang berlainan. 

Apa yang pasti, apam ni sungguh montok, gebu, lembut, sedap, menyelerakan dan mudah disediakan. Satu adunan ni pun boleh menghasilkan apam yang banyak juga. Naz cuma buat 1/2 adunan je. 1/2 adunan ni pun dapat Naz kongsikan sikit dengan jiran sebelah rumah.

Tajuk tu jadi "APAM MENTEGA KE APAM MAJERIN" tu sebab Naz tukarkan penggunaan mentega di dalam resepi kepada majerin. Hehehe... Tapi hasilnya memang kelas! Bolehlah dibuat selalu sebab anak-anak pun suka makan apam ni. 

APAM MENTEGA
Recipe by: Kak Fiza @myresipi

Bahan-bahan ( +-50 biji ):
(A) Bahan-bahan utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega (Naz gantikan kepada majerin)
(B) Bahan-bahan lain:
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair (Naz campur 1/2 susu cair dan 1/2 santan kotak)
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara:
  1. Cara buat gula hangus: masukkan gula dlm periuk,masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang. Padamkan api dan masukkan air.nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  2. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  3. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  4. Perap selama 1/2 jam.
  5. Panaskan pengukus dan acuan lompang.tuangkan adunan ke dlm acuan.adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  6. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min.tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.

NOTA NAZ (for myself reminder):
  • Kuantiti gula tu boleh kurangkan 1/2 cawan sebab rasa apam ni macam manis sangat di tekak Naz. Boleh kurangkan gula dari adunan gula halus atau adunan batter.
SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

Rohah said...

salam Naz...
montok kebeboomm...sedapnya ngunyah ni,..dapat kat saya mmg takleh sekat ni, guaranty punya..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Naz., gebu-gebuzzzz....nya

JaSSNaNi said...

Selamat malam naz...
dah dinner? makan apa gamaknye tu.. heheheh... sure masak meletOOp punya sedap kan.. nani tak wat apa2.. skrg asben baru dok nak goreng ayam.. tadi anak no.2 buat meggi tomyam.. nani tumpang sekaki.. skrg still kenyang.. hehehehe.. :) rasa macam angin sebu melanda ni.. tak sedap je.. dlm ulu hati pun rasa panas2 je...
>>> wow .. apam mentega ni nampak mudah nak wat ye... tapi wat masa skrg ni apa aktiviti masak memasak semua nani tak wat.. dah jadi malas tahap gaban & power rangers... mmg pemalas kaw kaw.. hihi.. nampak sedap.. rose tu yg sweet sangat.. cute je dok atas tu.. nak gigit leh..

tun_telani said...

Salam kak naz.. mmg ni antara apam feveret tun. tun pun biasa wat guna marjerin, sbb jarang2 ada stok butter kt umah. sekali buat, mkn pagi petang sampai ke malam sbb byk sgt. hihi

Qasey Honey said...

slm kak Nadz...

wah kemain montok n gebuss apam@kek ni...tgk pon dh tau sedap...muai jugakkn resepi ni...kalau blk kg bleh buat ni..xpon kalau mak buat kduri ker ok sgt kan...tq kak...nk amik resepi ni...

Marsita Yahya said...

tgk pun nmpk edap..

Uda said...

gebunye.....siap ada bunge lagi!!!!

Uda said...

gebunye.....siap ada bunge lagi!!!!

zila norazila said...

naz cyg selamat aidil adha..dh lama keep resepi nie..tunggu turn nak di cuba ..nampak sedapp naz:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduhh.. nampak sedap! lama sungguh akak tak godek kuih..

Chik Mimi said...

Naz sedap apam ni ,akak baru ni dapat dari kak fiza heheheh best tuan empunya resepi yg buatkan heheh plan nak buat malam ni

Amie said...

Apam ni memang sedap! Buat satu adunan memang tak habis dimakan sekeluarga, boleh kongsi dengan jiran kiri kanan... biasanya kita buat guna mentega, tapi nanti nak juga cuba guna marjerin pulak!

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum.. naz...
lama tak apdet... apa cerita ni? sihat ke? harap2 naz sihat ye.. :)
bizi dengan daging korban ke ni.. hehehehe.. :) ape pun take care ye naz... :) tata

IdaShazana said...

sedapnya apam ni

dah lama tak mengapam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...