Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 18 August 2011

SEMPERIT PANDAN


 Assallamualaikum dan salam sejahtera semua.

Emm.. lebih dari seminggu juga Naz tak masukkan entry. Maaf la ye pada yang mengunjungi blog ini dan terima kasih juga sebab masih sudi berkunjung walaupun tak ada entry terkini.

Masak memanglah masak. Setiap hari memasak. Tapi memang sedikit kesibukan kebelakangan ni. Ditambah pula dengan sedikit (ye ke sikit???^_^) kemalasan, bersawanglah dapur cyberku ini. Kerja rumah seperti biasalah tak pernahnya habis.



Okey, dipendekkan cerita. Ini salah satu biskut raya yang Naz dah buat. Sedikit kelainan dari semperit biasa. Resepi Naz ambil dari dapur cyber maklang azie yang memang dah fames tu. Suka masuk dapur maklang ni semenjak dulu lagi sebelum Naz ada blog sendiri dan masa tu maklang guna fotopages. Maklang Azie ni disamping berkongsi resepi-resepi di blognya, beliau juga buat business jualan home made food. Macam-macam ada.



Sedap biskut semperit pandan ni. Resepi ini asalnya dari Chef Zubaidah dan dipanjangkan oleh Maklang Azie. Jadi Naz kongsi di sini pula. Sedappp.. Cubalah.. Memang tak rugi. Makan satu, nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi... Hahaha..jangan habis sebelum hari raya sudah...


SEMPERIT PANDAN

Bahan A :
  • 200 gm mentega
  • 100 gm gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 1/4 tsp pes pandan (Naz letak 1 tsp pandan emulco)
  • 1/2 tsp pewarna hijau
Bahan B :
  • 250 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 30 gm tepung kastad
Hiasan :
  • Coklat masakan putih dan gula manik 

Cara-cara :
  1. Sebatikan bahan-bahan A.
  2. Masukkan B dan uli rata.
  3. Gunakan acuan dan paipkan adunan. (Naz paip dan potong adunan kepada 1.5 inci setiap satu).
  4. Bakar selama 15 minit dengan suhu 160C.
  5. Sejukkan biskut dan celup hujung biskut dengan coklat putih dan tabur dengan gula manik.
NOTA :
  • Naz tak celupkan ke dalam coklat putih tapi cuma taburkan gula manik sebelum membakar biskut supaya manik-manik tu melekat pada biskut.

SELAMAT MENCUBA! 

23 comments:

dZana said...

wah naz.. mcm bersmgt pulak akk nk mgkukis bila tgok kukis naz ni.. hohoho.. bila la tu agaknya nk memanaskan enjin tu..

intan morsalin said...

cantiknya kaler semprit naz....terliur plak

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam naz..
sana sini kawan2 dah tayang sekuk raya.. akak juga yg tiap2 tahun ketinggalan.. hehehe..

mawar merah said...

akk x start pun lg buat semekut ni..mood raya x de la kt sini..tp semperit ni insyaallah masuk list.

zarin said...

my aunty slalu buat semperit pandan ni.. i tukang makan ajek ;-)

tun_telani said...

waahh.. kemas betul akak wat keje ye.. tersusun je tgk biskut tu.. tun kalau dh stat wat biskut raya ngan adik2, mmg mcm kapal pecah kt dapur tu.. haha...

Yatie said...

Assalamualaikum Naz,
waduh tergoda akak melihat kejelitaan kuih semperit pandan ni...cantik dan kemas je...tak sabar plk nak mencubanya...

ijayuji said...

Salam kak naz!! wahhhhhh! santekkkkk!!! nak cuba jugaklah resepi niii :D asyik cuba sana sini kita ni kan kak :D tak thu dah nak pilih yg mana satu :D

Nurul Atiqah said...

boleh tak kalau samperit ni di buat seperti samperit bunga tu?

Gee® said...

baru berhajat nk buat samperit resipi mertua...tgk yg hijau ni terguda pulak...

Nadz Nazharzan said...

Kak Zana,
Hehehe kak..Naz pun baru jer ni panaskan enjin utk mengukis.. Tapi kekadang enjin Naz tu sejuk balik.. Tak panas lelama sangat pun..hihihi..

Nadz Nazharzan said...

Intan Morsalin:
Ha sebab berkenan dgn keayuaan kaler tu lah Naz cuba semperit ni..

Nadz Nazharzan said...

Kak Madiha:
Hai kak Ratna.. Alaaa..akak tu dalam kata ketinggalan tu..tup..tup kuar sampai berjenis2 sekut raya kang..:))

Nadz Nazharzan said...

Mawar Merah:
Kak, lom ada mood yer.. Tak pe.. Nanti bila dah dekat nak raya pasti datang mood tu.. Silalah kak cuba semperit ni.. Sedap rasanya.

Nadz Nazharzan said...

Zarin:
Hahaha..zarin.. Naz suka jugak sebenarnya kalau jadi yg tukang makan ajek tu..hehehe..

Nadz Nazharzan said...

Tun telani:
Wah tunnnn.. Best arr kalau buat sekut raya bnyk assistant.. Walaupun mcm kapal pecah di dapur, kerja mesti cepat siap kan..

Nadz Nazharzan said...

Kak Yatie:
Waalaikumussalam kak. Naz pun dek kerana tergod dgn kejelitaan semperit ni la dok mencuba ni. Tapi memang sedap. Bagi penggemar biskut semperit memang tak rugi mencubanya..

Nadz Nazharzan said...

ijayuji:
Waalaikumussalam Ika.. Tq..tq.. Mmg pun ika. Dok tgk sekut org lain, rasa semua jenis nak cuba tp akak buat bergantung kpd bahan2 yg mmg dah ada di rumah jer. Nak abis2 kan stok barang di dapur. Kalau boleh, malaslah nak beli2 lagi bahan2 tambahan utk buat kuih raya.

Nadz Nazharzan said...

Nurul Atiqah:
Boleh Atiqah.. Boleh buat seperti semperit bunga tu. Sama jer mcm semperit biasa cuma ada rasa pandan dan kaler pun hijau.

Nadz Nazharzan said...

Gee:
Hahaha.. tulah kan Gee.. Kalau tgk org punya kuih raya, semua kita rasa nak buat.. Asyik tergoda jer. Tapi pandai2lah pilih.. Tak kan nak buat semua jenis biskut lak kan.. Haiiii..kang penuh pula satu meja dgn hidangan biskut raya nanti:))

Yat Maria said...

Naz

cantek sgt biskut nih..ai dah plan nak wat this weekend , insyaAllah..tapi dalam majalah kok lain namanya..tapi serupa bentuk.. :)

anyways, very nice!!

.:fadilah:. said...

kak, apa tips akak utk elak biskut jadi hangit?? saya pakai oven Faber yang muat 24liter, ada turbo fan lagi.... masa membakar cookies, akak pakai tray atas ke tengah??

Unknown said...

assalam puan..saya cuba resepi puan ni..sy mntak halal ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...