Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday, 20 May 2011

YOGURT STEAMED CUPCAKE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Salam pagi Jumaat untuk semua. Yogurt steamed cupcake atau nama melayunya Kek cawan yogurt kukus. Resepi yang dikira mendapat sambutan baik di kalangan surirumah-surirumah yang suka mencuba resepi-resepi baru.


 
 Macam-macam kaler..

 Hijau dan merah..

 Merah dan putih, merah dan hijau..

Naz buat kek cawan yogurt ini semalam. Seperti yang diwar-warkan, memang sedap dan gebu serta lembut kek cawan ini. Naz cuma buat setengah adunan saja. Husna suka sangat kek ni. Dah request suruh buat untuk bawa bekal ke sekolah minggu depan. Tapi memang betul. Sedap! Naz suka teksturenya yang gebu dan lembut tu walaupun kek ni dah tak panas mahupun suam-suam kuku.


Baca komen dari Anna Qawina dan juga kak Nor(Secubit Garam) yang telah mencuba membuat kek cawan ini, yang menurut mereka amat manis walau pun telah dikurangkan sukatan gulanya. Jadi Naz pun kurangkan juga sukatan gulanya sebab tak boleh tolerate makanan yang terlalu manis sangat. Naz kurangkan 1/2 daripada sukatan gula yang asal. Hasilnya...ada rasa macam manis-manis buah je. Tidak tawar dan tidak juga terlalu manis. Maaf ye Rima. Pandai-pandai je ubah resepi orang :)) Tapi bagi sesiapa yang memang gemarkan makanan yang extra manis, bolehlah adjust sendiri ikut resepi asal ye.

Yang original..

Naz terjemah resepi asal ke dalam bahasa melayu. Untuk resepi asal, bolek klik pada nama Rima di bawah.

KEK CAWAN YOGURT KUKUS
Oleh : Naz's COSK
Resepi Asal Oleh : Rima

Bahan-bahan :
  • 2 cawan gula (Naz kurangkan menjadi 1 cawan)
  • 1 tsp ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli (plain yogurt)
  • 2 biji telur
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 1 tsp serbuk koko
  • 1 tsp pes coklat 

Sebelum..

Selepas..

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko dan pes coklat ke dalam mangkuk pengadun.
  3. Dengan menggunakan high speed, putar adunan hingga menjadi pekat selama beberapa minit. Adunan akan menjadi pucat warnanya.
  4. Asingkan sedikit adunan iaitu lebih kurang 5 Tbsp ke dalam bekas lain dan campurkan dengan serbuk koko dan juga pes coklat. Gaul rata.
  5. Masukkan adunan putih ke dalam piping bag atau boleh guna beg plastik yang bersih dan potong sedikit muncung plastik. Paipkan ke dalam cawan kertas hingga 3/4 penuh. Kalau nak guna sudu untuk sudukan adunan ke dalam cawan kertas pun boleh juga.
  6. Kemudian, sudukan atau paipkan adunan coklat di atas adunan putih tadi. 
  7. Kukus di atas air yang betul-betul sedang mendidih selama 15 minit.
  8. Kek yang telah masak sempurna akan tersenyum mekar macam bunga yang sedang berkembang.
Sebelum..

Selepas..


NOTA :
  • Pastikan meletakkan adunan ke dalam pengukus apabila air kukusan telah betul-betul menggelegak.
  • Kalau menggunakan cawan kertas yang bersaiz kecil, lebih mudah memasukkan adunan menggunakan piping bag. 
  • Warna dan perisa serta kombinasi warna kek ini boleh diubah suai mengikut kreativiti masing-masing.
Ibu kek cawan bersama anak-anaknya...heheheee...


SELAMAT MENCUBA!

40 comments:

izahdaut said...

mmg cantik merekah cc ni ye kak naz.. lawa.

Hani Nabilia said...

warna2 menarik hehehe

Anna Qawina said...

dah mekar tu..tahniah..bak 5 ketol...

Yat Maria said...

very2 beautipul!!kaler maler..ishhh kita kok similar arr...pepagi daku pong mengapam wat sarapan.. :)

tun_telani said...

fuuhhhhhhh... mmg tersengih sengih semua mak2 dan anak2 apam ni ye.. jeles pulak tun nengok.. setakat ni xde lg wat apam jd mekar gini.. huhu

Yatie said...

cantik mekar kek kukus comel ni ni..tentu masa buat kek ni tuannya senang hati...senyum jek..tu yg mekar tul...nak pergi beli yogurt lebihlah..nak wat mcm2 ni....hehehehe..

Wanieyra said...

salam Naz....

wow! warna warni le..rajin betul. Nak masuk list juga le

CT Delima said...

As'Salam naz.. berkaler2 sangat menarik. k.ct tumpang makan kat sini lah. malas nak lunch nanti..kira nak diet boleh..! hahahaha

geez said...

Alahai....menawannya cupcakes tu..... Menggelodak jiwa ragaku untuk mencuba hehehe.....

inahar ali said...

waduh gebussnye cake nih cam apam..terliur akak tgk!!

Ayu said...

wow mekarrrrnya...jeolous akak tau..

Nadz Nazharzan said...

izahdaut,
Aaahh Izah.. cantik merekahnya tu..Hehehe...suka bila jadi..

Nadz Nazharzan said...

Daniela,
Lia, akak saja buat kaler maler lebih2 tuh.. nak tgk hasilnya...

Nadz Nazharzan said...

Anna Qawina,
Tq Anna... Amboi!Sampai 5 ketoi nak.. Ok tak pe la tp amik yg tecik2 jer eh..

Nadz Nazharzan said...

Yat Maria,
Hahaha...kaler maler yg cantik tu Yat.. Ko pun mengapam Yat..

Nadz Nazharzan said...

Tun telani,
Jangan jeles tun.. Cuba buat, mesti tersengih jugak cc tun nanti..

Nadz Nazharzan said...

Kak Yatie,
Masa buat ni kelam kabut gak kak. Dak kecik Hani tak nak duduk lama2 atas high chair dia.. Berpeluh2 gak piping adunan ke dalam cup tu.hehe..
Beli kak..beli..Pas ni boh entry tang yogurt jer..hehehee..

Nadz Nazharzan said...

Wanieyra,

Ok jangan lupa masukkan dlm list tau!

Nadz Nazharzan said...

Kak Ct delima,
Kak boleh jer nak tumpang makan kat sini..Aik! tak kan nak skip lunch kot.. Akak dah slim pong..

Nadz Nazharzan said...

Geez,
Salam Geez.. Cubalah Geez.. Menarik kan hasilnya..

Nadz Nazharzan said...

Inahar Ali,

Mmg pun kak.. cam apam..Tapi kek sebenarnya..

Nadz Nazharzan said...

Kak Ayu,
Jangan jeles kak.. Akak buat pun mesti jadi cam tu punya..hehehee

anumuchan said...

Salam. singgah sini ye~ Nice blog :)
Sudi2 la visit me @ frommetoyou eh..arigatou..(^____^)

btw, semua nampak sedappp~

Mas said...

wahhh..cantiknya ...
mas juga yang tak buat2 lagi....

Bungadamia said...

cantiknya cc tu..nampak sedap..

Chik Mimi said...

naz cantiknya nak pos tak kalau idak nak merajuk ni

Treat and Trick said...

Cantik dan merkah betul cc ni, masuk list dulu ya...

Unknown said...

assalam kak Naz cyng, dtng nk mkn kek cun ni kak..hehe mood msk2 lum ada lagila saya ni...lambat tul nk panas enjin ni bila dah cuti lama btw tertarik tgk kek akak ni nanti nk buat jugalah...:)

fynn said...

amboi naz..punya la merekah2 tuh...tersenyum lawo je...apa rasa dia..ada mcm apam ke naz?

cik cek said...

Cantik mekarnya apam yougrt naz....:)

Nazrah said...

Cantik Naz color color lagi..nanti kita cuba yek...

Nadz Nazharzan said...

frommetoyou,
Tq sudi dtg blog ini.. Will visit you back..

Nadz Nazharzan said...

Mas,
Kejap2 lagi buatlah Mas tu..hehehee..

Nadz Nazharzan said...

fiza damia,
cantik dan sedap fiza.. Lembut dan gebu jer..

Nadz Nazharzan said...

chik mimi,
Chik mi..amboi...nak merajuk pulak...Nah ni ha Naz pos dlm mimpi 5 ketul heheheee..

Nadz Nazharzan said...

Treat and trick..

Masuk..jangn tak masuk list hehehee...

Nadz Nazharzan said...

Nieza cayangggggg...

Wah akak rindu sgtttttt dgn Nieza... Mmglah dah lama tinggal berblogging cam rasa malas nk mengupdate kan...Tak pe slow2..

Nadz Nazharzan said...

Mak Qis,
Aah mak Qis, rasa dia cam apam sikit tp sedap..

Nadz Nazharzan said...

cik cek,
Yg merekah tu buat hati rasa gembira juga heheheee..

Nadz Nazharzan said...

Nazrah Bakery,

Suka main dgn kaler2 kak..Dulu masa sekolah tak puas mewarna gamaknya heheheeee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...