Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 23 May 2011

PUDING LAPIS KOPI MOKKA


Assallamulaikum dan salam sejahtera.

Resepi puding pula kali ini. Terpesona tengok puding kopi mokka ni di dapur Yat Maria. Terus salin resepi dari blog Yat. Yat pula cedok resepi ini dari blog Rima. Jadi inilah hasilnya.


Resepi asal menggunakan sukatan serbuk agar-agar sebanyak 7 gm. Naz ubah suai resepi supaya sesuai dengan penggunaan serbuk agar-agar sebanyak 10 gm. Malas pulaklah nak sukat jadi 7 gm tu sebab biasanya Naz memang beli serbuk agar-agar yang 10 gm sepeket. Jadi kepada sesiapa yang ingin melihat resepi asal boleh klik pada nama Yat Maria atau pada nama Rima di bawah. Bersama resepi ini, ada sekali resepi sosnya/kuahnya. Tapi Naz tak buat sebab puding ini dimakan begitu sahaja pun dah sedap. Rasanya memang marvellous! Kepada penggemar puding, anda harus mencuba puding yang memang best dan meletopzzzz rasanya ini.

 


PUDING LAPIS KOPI MOKKA
Resepi Asal Oleh : Rima
Sumber : Yat Maria
Diolah Resepi Oleh : Naz's COSK

[A] Bahan-bahan Puding Mokka :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 400 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 Tbsp + 1 tsp tepung jagung, larutkan dengan 100 ml air 
  • 600 ml susu segar
  • 2 Tbsp serbuk koko, dilarutkan dengan 60 ml air panas
Cara-cara :
  1. Masukkan air, serbuk agar-agar dan juga gula pasir ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan serbuk agar-agar serta gula larut.
  2. Masukkan larutan tepung jagung, susu segar dan juga larutan koko. Kacau rata. Biarkan di atas api yang paling kecil atau boleh merendam periuk di dalam satu bekas lain yang berisi air panas. Tujuannya untuk mengelakkan larutan agar-agar dari membeku sebelum habis digunakan.

[B] Bahan-bahan Puding Kopi :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 tsp serbuk kopi segera(nescafe)
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih. Biarkan di atas api yang paling kecil atau letakkan periuk ke dalam bekas yang berisi air panas untuk mengelakkan larutan agar-agar membeku sebelum habis digunakan.

Cara Menyediakan Puding Kopi Mokka :

  1. Sedikan loyang atau acuan kegemaran anda. Basahkan bahagian dalamnya dengan air.
  2. Tuang atau sendukkan adunan puding mokka ke dalam acuan. Biarkan ia mengeras.
  3. Kemudian, sendukkan pula adunan puding kopi ke dalam acuan tadi. Biar ia mengeras.
  4. Buat hingga habis semua adunan digunakan. Simpan di dalam peti sejuk. Hidangkan apabila telah keras sepenuhnya.

NOTA :
  • Naz memasukkan acuan ke dalam peti ais selepas setiap kali melapis puding supaya puding cepat mengeras untuk setiap lapisan.
  • Rasa yang sungguh sedap!!!!
SELAMAT MENCUBA!

42 comments:

Sheery Dream Cakes said...

naz...
cantiknya puding lapis kopi nie naz... kalau diana ler kan.. x terbuat ler puding mcm nie... tp diana suka makan... buatnya x reti2 gak... menarik sungguh puding nie.. cantik!

Nazrah said...

Meh tukar ngan puding cendol kita...tapi Naz punya puding tinggi macam flat ...cantik jer

lizahanum said...

assalammualaikum naz.....terliur tengok puding yg cantik terlapis tu.....

anymz said...

nazzzzzzzzzzz

cantiknyaaaaa..gambar yang kat atas sekali tu kan macam pasu bunga di terbalikkan..lawa arr naz.guna acuan apa tu?..pic pun cantik je akak tgk..

akak angkut resepi ya naz..
buek ontah bilo lah ni..angkut yo lah dulu.hehe

tun_telani said...

kak naz. puding ini sgt chantek! tun cukup malas kalau nk melapsi2 nih.. huhu.. bila ntah nk rajin, makan je rajin. hehe

Sheila Shafeareen said...

salam menarik tu mmg suka makan puding boleh lah try nny nak rasa moka heheh masuk list...

izahdaut said...

wah kak naz... terpegun saya tengok.. cantiknyaa.. kemas lapisnya.. waduh kok sedap bangt yee... nk try jugak ler klu dtg mood rajinnya tu

CT Delima said...

As'salam nazrah

cun nya puding tu. kalau dapat makan lagi tambah sedap. k.ct bab2 nak melapis ni kena pikir 2 kali kot.. hahaha.

Nuridah said...

Naz, terguder tengok puding moka ni...cantik kejadian nya...berseri dari jauh...belum lagi rasa ni.

Anna Qawina said...

cantiknya..sejuknya tekak kalo dapat ni..hehe..macam bersantan pulak nampak

Sis Lin said...

cantiknyaaa lapisan diaaaa.....sedap anak tekak klu dpt makan...

Nuwairani said...

memang tabah la org yg buat puding mcm ni...kalau sy surrender dah. tu pasal sampai skrg x penah2 try buat kek lapis s'wak

Nadz Nazharzan said...

Diana @ Melley Mey,
Tq Diana. Sebab tgk cantik tulah tergoda I nak buat.. Lagipun dah agak mesti rasa best sbb kombinasi coklat dgn kopi..

Nadz Nazharzan said...

Kak Nazrah,
Boleh kak, boleh.. Kalau dekat boleh kita tukar2 pinggan kan..
Hehehe tinggi mcm flat ye.. Saja pilih bekas tu nak bagi nampak lapisannya..

Nadz Nazharzan said...

Lizahanum,
Waalaikumussalam Liza.. Naz pun lepas tgk rupa puding tu di rumah Yat lah terguda nak buat..

Nadz Nazharzan said...

kak Anim..
Tq kak Nim..Oooo acuan tu acuan istimewa lah kak Nim..hehehee.. bekas tupperware aiskrim..kihkih..kih..

Nadz Nazharzan said...

Tun telani,
Tak pe tun, Nanti bila balik sini, tun buat rumah sblh rumah akak. Kalau akak buat puding cam ni akak pas sikit kat Tun.

Nadz Nazharzan said...

Kak Sheila Shafeareen,
Masuk list kak..masuk.. Mcm naz ni list dah berjela2.. Buat tak abis2..heheheh.. Tp mmg sedap puding ni..

Nadz Nazharzan said...

Izahdaut,
Tq izah.. Mmg sedap banget izah.. Buat bila rajin nanti tau!

Nadz Nazharzan said...

Kak CT,
Wa'salam kak ct.. Mmg melapis2 ni leceh sikit lah kan kak. tp dok terfikir nak rasa puding tu, Naz gagahkan juga diri melapisnya.. Hasilnya mmg sedap..

Nadz Nazharzan said...

Kak Nurindah,
Kak Nur,tergoda yer..Berseri dan sedap kak...

Nadz Nazharzan said...

Anna Qawina,
Tq ana.. Mmg nampak cam bersanta sbb guna susu dlm lapisan mokka tu..

Nadz Nazharzan said...

Sis Lin,
Tq sis Lin..Sedap sangat bila masuk ke tekak.. Hehehehe..

Nadz Nazharzan said...

Nuwairani Ismail,
Hehehe.. kekadang tu bila nak buat yg lapis2 ni..fikir2 gak nak cari masa yg sesuai dan cari bila mood rajin di tahap maksimum..hehehehe..

cik cek said...

Naz....cantiknya puding lapis ni....tersusun kemas je lapisannya....emmmm....sejuk je rasa masuk kat tekak....nyum...nyum...yummyyyy :)

Sal Saari said...

gerraammmmmnya tengok puding tu, cantik sangat..

Nadz Nazharzan said...

cik cek,
Kak cek...tq kak..memang makan bila dah disejukkan tu rasa nyaman jer tekak..

Nadz Nazharzan said...

Sal Saari,
Hehehe..mmg geram tgk puding nikan.Masa amik gambar tu, rasa cam tak sabar nak makan...Tq visit my blog..

Ca Ezah said...

wah~ baru jer jumpa blog nie...i like! suke cube masak2 nie...wee~ dap2 la tengok!

dZana said...

cantiknya naz..suke rasa2 kopi ni.. rasa nk buat jugak la..

Yat Maria said...

Naz.....

ko dah buat ek??? sedap kan...cam leh terasa lagik kat lidah ni..cantek arrr...pudding ko ni..bekas icecream eh??? kreatip ko :)

apai said...

Naz...terserlah keterroran chef kau yer

ijan said...

Salam kak Naz,
sedappnye puding...kite suka sangat makan puding ni. dessert yg tak heavy... makan time sejuk2 baru kuar peti ais lagi best ni... :)

Nadz Nazharzan said...

Cik Duyung,
Salam kenal yer cik duyung. Naz pun suka cuba masak2 ni w/pun tak teror..

Nadz Nazharzan said...

kak Zana,
Naz pun suka yg rasa kopi2 sikit cam ni.. BUat kak ..hehehe jgn tak buat...

Nadz Nazharzan said...

Yat Maria,

Aaahh yat.. tak tahan I tgk kat blog U tu.. Bila tertengok jer trs aim nak buat.. Hehehe..mmg tak sia2..Bestttttt sangat..

Kreatip ker aku nie? hehehe... saja guna bekas tinggi cam tu.. leh nampak lagi lapisan dier...

Nadz Nazharzan said...

Apai,

Faizzzz...ko niiii..guna nama lain.. Ku fikirkan siapa tadi... Lom boleh panggil chef lagi lah faiz..

Nadz Nazharzan said...

Ijan,

Hai Ijan.. Mmg best makan puding yg baru dikeluarkan dari peti kan..I like..

cikmanggis said...

sejukkan dulu sebelum makan..sedap:)

Ayu said...

kecur betul akak tengok naz!!!.
naakkkkkkkkkk ..gulp...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantiknya puding naz...

mesti mkn pun sedap ni.. perisa kopi & choc... mocha sememangnya best...!

Farizah Shamsudin said...

alahai...cantik dan sedapnya puding tu... nak sikit!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...