Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 16 February 2011

PUDING KASIH BERTAUT

 

Assallmualaikum dan salam sejahtera.

Buat puding ni hari ini. Gabungan rasa sirap rose, pandan dan juga gula melaka. Hasilnya.. memang menyelerakan terutamanya apabila telah disejukkan di dalam peti ais. Gabungan warna yang ada juga memikat jiwa..

Puding kasih bertaut yang dibekukan di dalam bekas yang besar. Kiub-kiub kecil tadi bertaut rapat 
antara satu sama lain.

Resepi cuba jaya sebenarnya ni. Alhamdulillah menjadi dan dapat mencuri perhatian dan memikat selera orang di rumah ni.

 
Rupa puding yang telah dipotong.


PUDING KASIH BERTAUT (Resepi terkini yang telah diupdate di SINI)
Sumber : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan A :
1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
300 ml air
200 ml santan 
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 tsp sirap Rose
2 tsp perisa pandan + pewarna hijau

Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut.  Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocak sikit dengan garfu.  Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware!! atas api perlahan tau!)  Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian dan masukkan ke dalam bekas yang berlainan.  Masukkan sirap rose pada satu bahagian dan perisa pandan pada satu bahagian lagi. Kacau sebati dan biarkan ia mengeras. Kalau nak puding cepat mengeras, masukkan ke dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan kesemua potongan itu ke dalam satu bekas lain yang lebih besar.  

Bahan-bahan B :
1/2 paket serbuk agar-agar (lebihan dari peket agar-agar di atas tadi)
500 ml air
1/4 cawan gula
50 gm gula melaka
1 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan daun pandan ke dalam periuk bersama serbuk agar-agar, gula melaka, gula pasir dan air ke dalam periuk. Masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.

Boleh dibuat hantaran puding ni kerana rupanya yang cantik menawan..

NOTA :

  • Resepi di atas tu Naz cuma guna sepeket serbuk agar-agar 10 gm yang dibahagi dua untuk bahagian A dan juga bahagian B. Kalau nak senang boleh guna sepeket 10 gm untuk setiap bahagian agar-agar tapi jangan lupa doublekan bahan-bahan lain dalam resepi tau!. 
  • Resepi di atas ni Naz dah update supaya agar-agar bahagian A digunakan sepenuhnya bersama agar-agar bahagian B. Jadi tiada agar-agar bahagian B yang lebih bila menghasilkan puding ini. Boleh rujuk di sini untuk resepi terkini PUDING KASIH BERTAUT TERKINI.


SELAMAT MENCUBA !

23 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

amboiii... rajinnya Naz mewarna-warnikan agar-agar ni..

Hani Nabilia said...

alamak tercabarnya.. (tercabar nak makan) heheheh...

Nazrah said...

salam Naz...rajinnya warna warni 1 Malaysia..

izahdaut said...

Memang cantikkkk.. Uiisshhh dah tertawan sangt ni.. Kt sini dah mula panas memang sedap la mkn jelly cam ni.. Uisshhh kena godeh jugak esok ni

HaSue said...

aaa..cantik2,mcm puding puteri dalam kaca nih kak..tp sy lom penah buat lg laa..resepi lama.haha...leh try puding akak nih.bila nak rajin nih..jap nak cek agar2 ader x dlm stok.hihi

LiNa_Pg said...

alahai cute mute puding naz ni..cantik n nmpk sedap..msti naz ni teliti orgnya..

Unknown said...

Assalam kak Naz..cantiknya puding ni kak..berkenan sungguh tapi kat sini tgh sejuk beku ni tak best lak nk mkn jelly ni...tapi kalau ada dpn mata tu belasah juga..hehe

Azlita Aziz said...

salam naz..
cantiknya puding... pic pun cantik mmg mengoda laaa....

K.zai said...

naz..cantiknye puding warna warni..terguda akak tgk...

Nadz Nazharzan said...

Yus:

Sebab nak nampak cantik tu yg rajin warna2kn puding tu Yus..

Nadz Nazharzan said...

Daniela:

Lia..boleh ..boleh makan ..hehehee

Nadz Nazharzan said...

Kak Nazrah Bakery:

Ye lakak..warna warni 1 malaysia..

Nadz Nazharzan said...

izahdaut:

Izah, kau tertawan..daku menawan..hehehe.. Godek2..jgn tak godek..

Nadz Nazharzan said...

HaSue:

Ooo akak tak pernah taupun ada puding puteri dlm kaca...

Nadz Nazharzan said...

Kak Lina pg:

Sedap kak puding ni kat tekak Naz..

Nadz Nazharzan said...

Nieza:

Tq nieza..Cantik eh??? Kalau Nieza buat mesti lagi cantik...

Nadz Nazharzan said...

AZLITA AZIZ:

Tq kak.. Tergoda dah ke kak??hehehe

Nadz Nazharzan said...

kzai :

Tq kak zai..Naz menggoda akak eh dgn puding ni??hehehee

Fiza Nordin said...

cantiknye... tergoda sungguh!!!

Nadz Nazharzan said...

Fiza nordin:

Tq Fiza.. Kalau fiza buat tentu boleh jadi lebih cantik...

Unknown said...

mesti sedap kan sis..izin share resepi bole??

Aqmar Hana said...

salam kenal naz. mintak izin copy resepi dlm blog nie yer, byk yg best2

Nadz Nazharzan said...

to Aqmar Hana:
Sila..sila yer sis...Diizinkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...