Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 26 October 2011

APPLE COOKIES/ APPLE CARRIES


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buat biskut ni untuk menunaikan hajat anakanda Husna yang tak kesampaian masa hari raya puasa dulu. Tak sempat ummi dia membuat biskut kegemaran Husna ni.


Resepi asalnya adalah "Mama Carries" dan Naz perolehi dari Koleksi Resipi Diana tapi minta maaf tak dapat disertakan linknya kerana  blog Diana ni tak boleh di access lagi. Nanti akan keluar, "This blog is open to invited readers only". So looks like I'm not one of the invited readers. Kalau nak jadi 'invited readers' perlu hubungi pemilik blog dan request untuk invitation tu. Tak tau lah pulak nak contact Diana  macam mana. Ke ada antara rakan-rakan yang boleh access blog Diana ni. Please inform me ok!


Resepi ni memang ada dalam simpanan Naz sebab dulu sebelum ada blog, Naz pernah copy & paste dari blog Diana ni. Dah beberapa kali cuba resepi ni dan memang sedap biskut ni. Cuma untuk toppingnya, Naz dah adjust sikit kerana kalau mengikut sukatan asal, banyak sangat toppingnya tu dan selalu berlebihan.


Oleh kerana Naz dah tukar bentuk biskut ni dari bentuk hati dengan nama "mama carries" kepada bentuk epal, jadi namanya pun Naz letak "Apple cookies @ Apple carries". Biskut yang sangat mendapat sambutan ketika Naz buat jualan untuk hari raya dulu. Sampai rasa nak pengsan membuatnya..heehehee..

APPLE COOKIES
Sumber Resepi : Koleksi Resipi Pilihan Diana

Bahan-bahan Doh :
  • 225 gm butter
  • 75 gm gula icing
  • 2 biji kuning telur
  • 300 gm tepung gandum
  • 90 gm tepung jagung
  • 15 gm susu tepung
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 1 sudu teh emplex
Cara-cara :
  1. Pukul butter dengan telur hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur dan asen vanilla dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
  3. Masukkan susu tepung, tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Uli hingga sebati dan terap.
  4. Letakkan/ sapukan topping di permukaan biskut dan bakar selama 20 - 30 minit pada suhu 180 C di dalam oven yang telah dipanaskan. 

Bahan-bahan Topping :
  • 20 ml putih telur
  • 100 gm gula icing
  • 1 tsp tepung jagung
  • 1/2 tsp asen vanilla
  • Pewarna pilihan
Cara-cara :
  1. Pukul putih telur dan gula icing hingga bertanduk(pekat). 
  2. Masukkan tepung jagung dan asen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.
  3. Letakkan pewarna mengikut kegemaran dan sapukan ke atas biskut. Bakar biskut di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C selama 20 - 30 minit bergantung kepad oven masing-masing.
SELAMAT MENCUBA!

27 comments:

fynn said...

comelnye epal ijau ngan merah tuh naz...kemas betol naz letak topping tuh..akak selalu failed bab topping tuh...wat mama carries manjang hudoh...

quinnie said...

cantiknya kaknaz...geram tengok....saya tak pernah buat mamacarries ni lagi...kalau nak cuba nak buat cam cara kak naz ni la...tertarik..tapi tak tau lg bila saya nak buat...hehhehe

ady said...

as-salam
it looks fantastic, it's beautiful..masuk list dulu..tq 4 sharing..

btw: kuih lapis kat bawah tu npk cantik..gojesss!!!

kakwan said...

wahh Naz apple carries cantik nyer,, K1 pun baru wat strawberry carries,, mmg pun nk pitam time deco tu kan.. bila tgk cntik trus lupa penat tu..

Kak Rose said...

cantiknya combi kaler tu... kemas jer kerja tangan naz.... bila la agaknya kak rose boleh buat cookies secantik ini?

Chik Mimi said...

Cantik Naz ,bukan je Husna suka akak pong:)
Naz akak pun suka blog D tu bntk info n rcp yg sedap D dah privatekan blog dia agaknya

ibundo said...

cute.. very cute..
bundo oder je boleh tak. Juling mata nak buat ni hehe..

inahar ali said...

waduh nazz..comelnye apple carries naz nih..cute banget! ni kena masuk list nih tp akak cukup malas nk topping2 tuh..adoyaai!

Cendana Kasih said...

lawanyer sekut...

Strawberi_ungu said...

alamak..cutenya biskut ni..nak rasa jgk bleh?hehe

suhaina laui. said...

salam...kak naz...umi akif la ni hehehe...lame erk sampai dh lupa kat kite hehehe...sedap lak biskut ni....icing yg ats tu selalu xmenjadik samapi give-up buat ;(

Ida,Japan said...

wahhh,,,tomei2 nyer, rajinnya

anymz said...

huwaaa...nangis akak tengok sekut apple ni naz..nak simpan lah resepi ni..nanti raya thn dopan boleh buek..
kuih genggang kat bawah tu pun nampak mengiurkan.seksi tul..hehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Aku telah jatuh hatiiiiiiiiiiiii!!

Totie@Tomy said...

lawa dan sedap...

Sofea said...

alahaii cutenya apple2 tu..sayang nk mkn ;)

dari dapur nasya said...

cantik betul biskut yang Naz buat. Tak sayang ke Naz nak ngap..Nasya rasa sayang je nak makan....perfect.

Juwita Jamaludin said...

kak naz.. comel sangat.. kemas tau kak.. geram je tgk nasib jauh kalu tak dah amik satu rasa dah.. hihiihihih

Mamasya said...

Aslmkum Naz

Alahai comeinya biskut epal Naz ni..warna terang cantik sgt.rasa nak kutip je masuk mulut..hi..hi..
nak kalerkannya tentu rumitkan Naz..kecik2 tp hasilnya mmg cantik...

Yana Shaiful said...

cantik..cantik..sukanya tgk apple carries..slalu mkn mama carries je..skg dh ada apple carries plak.. bila lah ada kesempatan nk bt nii.. mintak sini dulu 3 keping :=)

cik cek said...

kukis yg sgt tercomelnya...suka kak cek tengok....

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mmg cunlah cookies tu... kemas & teliti hasil kerja tangan naz ni...

Ijan said...

Salam kak naz,
Comelnye bentuk cookies apple tu. siap boleh buat topping green and red apple lagi. Menariklah :)

ijan said...

Mesti akak rindu kehidupan kat Perth jugak kan. Akak berapa lama kat sana dulu ye? :)

Wattie said...

Salam Naz,
Comey sangat nampak cookies epal yg Naz buat, klu dpt kat anak akak mesti depa suka

Unknown said...

wahhh cantiknya cookies ni kak...sayang lak nk mkn..bawa blk simpan almari lah yer....hehe

Mas said...

cantiknya sekut apple tu kak naz...
nak makan pun rasa sayang...he3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...