Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 10 August 2011

AYAM MERAH TOMATO


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Resepi Ayam Merah Tomato ni Naz ambil dari blog Kak Ummi (Home Sweet Home). Tertarik nak cuba sebab tengok bahan-bahan dan caranya amat mudah. Sekarang memang nak cari dan cuba resepi yang tak perlu guna banyak masa di dapur..almaklumlah..si kecil Hani tu dah la jarang tidur siang.. Lepas tu nak berkepit jer dengan ummi dia.

Okey, malas nak tulis panjang-panjang. Resepi di bawah yer. Naz minta izin ye kak Ummi kongsikan di sini pula. Terima kasih atas resepi yang simple dan sedap ini. Memang lazat! Anak-anak Naz suka sangat sebab tak pedas dan rasa masam manis. Naz masak untuk dimakan bersama nasi biryani sewaktu berbuka puasa.

AYAM MERAH TOMATO

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong dan dibersihkan (Naz cuma guna 1/2 ekor ayam)
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 5 sudu besar soso tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 4 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya
Bahan Kisar :
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Bahan Tumis :
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
Cara Memasak :
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak hingga mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak atau pun nasi briyani ikut citarasa masing-masing.
NOTA :
  • Naz guna setengah ekor ayam sahaja dan mengekalkan jumlah bahan lain supaya dapat sosnya yang banyak. Anak-anak suka sos merah macam ni.

SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

ijayuji said...

Salam kak naz!! kalau ayam2 mcm ni biasanyer kita suke sgt lwnkan dgn nasi2 jagung ke kan nasi2 berperasa sedapppnyer!

Ida,Japan said...

ayam msk merah mmg sedappp...kalau combine ngan nasi tomato..lgi la tambah2 mkn...haii..bole turun wght ker puasa tahun ni

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mengencis2 Yus tengok Naz oiii...

Ummi said...

Salam Naz, thanks ya sudi try resepi sempoi pun...tu je la yg termampu dek akak...hehee, tp asalkan family suka dah cukup bagus kan..xyah nak sedia bahan2 complicated sgt.. :)

tun_telani said...

tun pun suka wat kuah banyak2 kalau masak gini!! pastu makan ngn nasi tomato atau nasi minyak.. sedapnyer!

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum naz... suka kat resipi mcm nie.. anak2 pun suka makan... sedap

mawar merah said...

wah..kegemaran anak2 akk ni..sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...