Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 4 July 2011

RENDANG AYAM BASAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Sedikit slow untuk mengupdate blog kebelakangan ini. Asalnya kerana masalah line internet yang tak berapa bagus. Bila kerja asyik tertangguh, kemalasan mula menyelubungi diri.

Rendang ayam basah ini sebenarnya sama macam resepi rendang ayam yang biasa. Cuma kerana anak-anak di rumah ni suka makan serdak rendang tu yang masih basah dan masih seperti kuah lagi bersama nasi, jadi Naz tidak masak rendang ini sehingga kering sepenuhnya. Macam ada gravy lagi. Sebab tu lah panggil Rendang Ayam Basah. Lagi pun bagus juga. Hehehe..jimat masa sebab tak perlu menunggu dan mengacau lauk rendang ni lama-lama sehingga kering.


RENDANG AYAM BASAH
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dibasuh dan dipotong kecil
  • 2 labu bawang besar *
  • 6 biji bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 5 batang serai - hiris *
  • 2 inci halia *
  • 2 inci lengkuas *
  • 5-10 tangkai cili kering *  - ikut kepedasan yang diingini
  • 1 1/2 cawan santan
  • 4 helai daun limau purut - dibasuh 
  • Garam
  • 3 helai daun kunyit - dibasuh dan dihiris-hiris

Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *
  2. Masukkan bahan kisar, santan dan juga ayam ke dalam kuali. Masak sambil dikacau sekali sekala.
  3. Apabila menggelegak, masukkan daun limau purut dan garam. Masak di atas api sehingga mendapat kepekatan kuah yang diingini.
  4. Akhir sekali, masukkan daun kunyit yang telah dihiris-hiris.

SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

anymz said...

anak2 akak pun suka rendang camni naz..makan dgn lomang kondung tu..perghh..sedapnya...eh!..merondanggak akak jap lagi nih.hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam naz...emmmm,sedapnya!klu makan cicah ngan pulut nie...mmg best!

eni osman said...

salan naz...hari ni pun kak eni masak ayam...he he...nak buat masak ros tapi tak cukup bahan...jadi masak merah saja...sama la...anak anak pun suka yg basah ...he he...:)

tun_telani said...

kak naz.. tun kalau bab rendang2 ni, mmg tunggu mama tun wat time raya je laa.. hehe.. punye laa pemalas ;p mmg sedap bila basah2 sket. tun pun x berapa suka kalau terlampau kering.

Sheery Dream Cakes said...

ayam nie pun nampak sedap n membuatkan perut nie berganda2 bunyinya dah... lapar2... nmpk sgt sedaaaapp

Nadz Nazharzan said...

kak Anim:

Ooooo tau dah akak merendang utk dak Ijah eh... Mmg kalau ada kuah dia lagi tu best cicah ngan apa2 pun kan.. Uih rindu lak den dgn lomang kondung..huhuhu

Nadz Nazharzan said...

Kak Azatiesayang:

Mmg sedap kak kalau makan dgn pulut..

Nadz Nazharzan said...

Kak eni osman:

Kak Eni, budak2 mmg suka kalau ada gravy kan..lagi cepat habis..

Nadz Nazharzan said...

Tun telani:

Wah mama tun pandai buat rendang eh.. Amik le ilmu dari mak tun tu.. Leh kita share resepi mak tun lak..

Nadz Nazharzan said...

Diana:

Lapar ye.. Meh sini makan sama2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...