Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 20 April 2011

AYAM SAMBAL SERAI WANGI


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Rasanya macam tak puas makan lauk sambal serai wangi bebola ayam semalam. Jadi hari ni lebih kurang menu ulang tayang. Cuma kali ini, Naz menggunakan ayam dan diubah suai sedikit kuantiti bahan-bahannya supaya sesuai dengan ayam dan lebih lagi rasa serainya.

Naz suka rasa sambal yang pedas, terasa manisnya, terasa juga masamnya dan tak terlalu masin. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba, bolehlah diubah suai kuantiti bahan-bahan ini mengikut selera masing-masing. Tapi penggunaan serai yang banyak memang menaikkan lagi rasa sambal ni. 

Ayam sambal serai wangi ni sedap dimakan dengan nasi yang masih panas dilawankan dengan sayur masak lemak putih...Perhhhhh... Bertambah-tambah nanti nasi..


AYAM SAMBAL SERAI WANGI
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan kisar :

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 15-20 tangkai cili kering (direndam)
  • 2 batang cili merah
  • 5 biji cili padi
  • 2 inci kunyit
  • 1 inci belacan (lebih kurang 1 tsp)
  • 8 - 10 batang serai (dihiris kasar)

Bahan-bahan lain :
  • 8 ketul ayam (dibuang kulitnya dan dibersihkan) -dikunyit dan digaramkan
  • 2 biji kentang dibelah 12 (macam wedges tu..)
  • 1/2 labu bawang besar (dimayang)
  • 4 batang serai (dihiris nipis)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 5 helai daun limau purut (dikoyakkan)
  • 1-2 tsp asam jawa + 1/2 cawan air
  • Gula
  • Garam
  • Minyak masak

Cara-cara :
  1. Goreng kentang, angkat dan toskan. Goreng pula ayam, angkat dan toskan.
  2. Tinggalkan minyak tadi sedikit untuk menumis. Tumis bahan kisar + bawang besar yang dimayang + serai yang dihiris + serai yang dititik + daun limau purut hingga garing.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Biar mendidih.
  4. Masukkan kentang dan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan biar seketika untuk rasa sambal menyerap ke dalam ayam. Rasakan manis, masin dan masamnya. Ubah suai ikut selera.


SELAMAT MENCUBA!

22 comments:

Mas said...

sedapnya ayam sambal tu kak...
terliur mas nengok...

Chik Mimi said...

naz akak pun suka sambal camgitu

Nadz Nazharzan said...

Mas,
Mmg sedap mas.. Akak mmg suka lauk pauk yg banyak guna serai atau lain2 daun utk mewangi dan menyedapkan masakan..
Dah terliur ye Mas, akak kirim sikit dalam mimpi Mas hehehe.

Nadz Nazharzan said...

Chik Mimi,
Chik Mi, mlm ni naz kirim gak utk akak dalam mimpi yer..Hehehe..

Ayu said...

Assalam Naz,
akak dah print dah recipe ayam ball kat bawah ni..bila2 nak cubalah..nampak sedap ler..thanks ya naz..

Unknown said...

uishhh sedapnya kak....nk tumpang lunch sini boleh?..hehe

muzhirah said...

Assalam Naz...sedap sambal tu..ada belacan, kunyit, serai lagi...fuhhh! Aroma sampai ke sini nih!

~Norul Mas Hana ~ said...

Nmapk sedap..betul tu..kalo mkn ngan sayur lemak putih..mmg menambah laa..huhu

Mamasya said...

Naz, dr jauh bau ayam sambal wangi tu...nampak sedap. tp akak tak tahan pedas...mkn pedas habis berair mata hidung..hi..hi..
re; nasib kita serupa...kek gulung jadi sandwich...tak pa nanti kita sama2 cuba lagi...

EJHarraz said...

namanya pun ayam sambal serai wangi...tentu wangi dan harum kan..tertarik pulak tengok..agak2 ganti ngan ikan bawal pun sedap lkot..

Love2cook Malaysia said...

Haish...I'm craving for this now! Sedapnyaaaa..just love lemongrass! :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ambooiiiii... rasa mcm nak ngap je ayam tu.. macam dok depan mata akak je naz... hehehe.. sedap tu... mesti punya sedap..!

Cendana Kasih said...

mesti sedap dan wangi kan..ada serai, ada daun limau purut.......

Nadz Nazharzan said...

Kak Ayu,
Sila kak, sila..sila copy.. Terima kasih ye kerana berniat nk mencubanya..

Nadz Nazharzan said...

Nieza,
Lain kali kalau nk tumpang lunch, bg tau awal2 .. Boleh masak lebih2 sikit..

Nadz Nazharzan said...

Muzhirah,
Mmg sedap dan wangi sambal ni MZ..

Nadz Nazharzan said...

Norul Mas Hana,
Itulah Norul, masak2 mcm ni, sedap kita gandingkn dgn sayur lemak putih kan.. Yg x sedapnya, makan banyak pulalah nanti...

Nadz Nazharzan said...

Mamasya,
Kak, pedas tu boleh adjust.. Jangan guna cili padi tu kak..
Huhuhuuu... Nasib kita serupa kan...

Nadz Nazharzan said...

Iza Akma,
Boleh Iza, ganti dgn lauk lain pun boleh.. Adjust2 sendiri jer:))

Nadz Nazharzan said...

LOOVE2COOK,
kita sama Love, I pun suka sgt rasa lemon grass tu..

Nadz Nazharzan said...

Kak Madiha,
Mmg sedap kak.. Mkn masa nasi tgh panas lg dlm cuaca panas ni, berpeluh2 jadinya sampai x sedar dh bertambah2 nasi..hehehe...

Nadz Nazharzan said...

Cendana kasih,
Noorma, mmg sedap dan wangi.. Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...