Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday, 18 October 2011

CUCUR BOM MANIS

 

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni lah hasil skodeng dari blog Anna dan Tun. Buat untuk anak-anak. Suka betul Haris dan Husna makan cucur bom manis ni. Nasib baik lepas sebiji, sebiji lagi dia orang makan sampai habis. Kalau tak habis, nampaknya badan ummi dia la yang nak kena bom..huhuhhu.. Mungkin sebab ada rasa manis-manis tu, laju jer masing-masing makan. 

CUCUR BOM MANIS
Sumber Resepi : daun_kesum@Jurnal Alkiram 

Bahan-bahan :
  • 1 sudu teh yis
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara :
  1. Campurkan yis, gula susu pekat manis dan sedikit air(Naz guna air suam). Larutkan. (Naz ikut Anna, perap jap dalam 10 minit hingga adunan berbuih).
  2. Campurkan campuran yis tadi ke dalam tepung gandum, tambahkan sedikit air, agak-agak macam nak buat jemput-jemput tu le. 
  3. Perap adunan dalam 1-2 jam bagi mendapatkan sarang yang cantik dan kuih jadi bulat masa menggoreng.
  4. Panaskan minyak masak.
  5. Sebelum menggoreng, tambahkan secubit garam ke dalam adunan & goreng hingga keperangan.
  6. Hidangkan..yummyy..
NOTA :
  • Bancuh adunan biar jadi likat tau! Jangan cair supaya dapat kuih yang bulat-bulat bila digoreng.
SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 15 October 2011

BLUEBERRY CHEESE TART



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Cheese tart datang lagi..hehehe.. Ok, kali ni untuk filling jamnya, Naz gunakan blueberry jam. Untuk crust atau tart shell dan juga filling cream cheesenya, masih menggunakan resepi daripada kak Azita Zain lagi. 


BLUEBERRY CHEESE TART

(a) PASTRY/ TART SHELL/ CRUST
Sumber Resepi : Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN
Oleh : Naz's COSK @ ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.

(b) CREAM CHEESE FILLING




Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Masukkan inti jem blueberry ke dasar crust.
Masukkan pula adunan cream cheese menutupi jam tadi dan
buat lorekan di atas creem cheese untuk corak yang anda inginkan.




CARA MENYEDIAKAN CHEESE TART
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filing, lebih sedap!
  4. Pacitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata-rata hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis-garis kecil di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis-garis kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik).
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian tajam lidi, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minti. Siap!!


Tips untuk mendapatkan cistat yang gebu dan montok (mengikut pengalaman Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejuk beku (freezer).
  2. Keluarkan cream cheese 30 - 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh (sampai ke bahagian sisi crust).

 SELAMAT MENCUBA!

Friday, 14 October 2011

KARIPAP (DOH TUN)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Karipap...emmm..memang dari dulu, kini dan insyallah mungkin selamanya menjadi kegemaran semua orang dalam rumah ni. Selalunya kalau buat karipap tak sempat pun nak tangkap gambar. Masa menggoreng lagi dah ada orang menunggu. Lepas je digoreng, memang cepat je selesai. 

Kali ni buat karipap gunakan resepi doh dari Tun Telani (Life is a constant battle) manakala untuk intinya, Naz gunakan resepi dari Ros (Bukan Sekadar Masakan). Oleh kerana resepi-resepi ni dari blog kawan-kawan, jadi mesti masukkan ke dalam blog sendiri supaya lain kali senang nak rujuk. 


KARIPAP TUN

(a) Doh Karipap
Bahan-bahan :
  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 Tbsp majerin
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3/4 cawan air
  • 1/2 tsp garam
Cara Membuatnya :
  1. Panaskan majerin + minyak masak di dalam periuk. Tutup api.
  2. Tengah panas-panas tu, masukkan tepung ke dalam periuk tadi dan gaul guna garfu (jangan guna tangan, melecur nanti).
  3. Dah sejuk sikit, campurkan garam dan air.
  4. Uli-uli..Siap! Boleh buat karipap ikut suka nak letak inti apa pun.

(b) Inti Keledek (naz buat double resepi di bawah ni)
Sumber : Mas ~ (Duniaku) & Izah ~ (Izah Muffin Lover)

Bahan :

  • 1 biji keledek bersize besar (Naz guna 400 gm keledek)
  • 1/2 genggam ikan bilis - boleh tukar pada ayam atau daging
  • 2-3 sudu besar udang kering
  • 4 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • garam 
  • 1 mangkuk air 
  • 1/2 biji bwg besar - Izah tambah, Mas pun (Naz guna 3 ulas bawang merah)
  • 2-3 ulas bawang putih -  Izah tambah, Mas pun (Naz pun tambah)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis (Naz tambah)
Cara memasak :

  1. Keledek dipotong dadu. Rendam seketika. 
  2. Kisar ikan bilis bersama udang kering dan bawang dan kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili dan serbuk kari serta serbuk jintan manis. Tumis hingga garing.
  3. Kemudian masukkan keledek dan air. Masak hingga keledek lembut dan kering.
  4. Boleh dijadikan inti.


NOTA :
  • Satu adunan doh karipap ni, dapat banyak karipap. Naz dapat lebih kurang 45 biji karipap. Jadi Naz frozenkan karipap-karipap ni.
  • Cara nak frozenkan karipap: Mula-mula goreng sebentar jer karipap tu. Tak yah tunggu sampai berubah warna. Kejap jer nak bagi kulit luar karipap tu kering supaya ia tak akan melekat antara satu sama lain bila kita simpan dalam freezer. Kemudian, sejukkan dulu dan seterusnya masukkan ke dalam plastik bersih atau apa-apa bekas yang sesuai sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku (freezer). 
  • Lagi satu, masa menggoreng karipap untuk dimakan, jangan guna api besar. Guna api kecil jer atau sederhana. Kalau guna api besar, nanti kulit karipap tumbuh jerawat batu masa menggoreng..hahaha...
 SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 13 October 2011

STRAWBERRY CHEESE TART


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Strawberry cheese tart yang dibuat untuk anak-anak di rumah ni.. Ok, malas nak membebel panjang-panjang. Terus jer kepada resepi yang ditungkil dari blog kak Azita Zain dan juga dirujuk dari blog Mas.

STRAWBERRY CHEESE TART
(a) PASTRY/ TART SHELL/ CRUST
Sumber Resepi : Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN
Sumber Rujukan : Mas ~ Duniaku

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.


(b) CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling/ Inti :
Strawberry @ blueberry @ kiwi @ oren @ lain-lain lagi.


CARA MENYEDIAKAN CHEESE TART
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filing, lebih sedap!
  4. Pacitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Sekiranya menggunakan strawberry filling untuk lorekan atas cream cheese tu, picitkan strawberry filling yang telah dimasukkan ke dalam piping bag ke atas cream cheese. Sila abaikan no 7 dan no 8 jika menggunakan strawberry filling. (Ni ikut Mas)
  7. Kacau rata-rata hingga mendapat warna yang diinginkan.
  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis-garis kecil di bahagian tepi.
  9. Bilangan garis-garis kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik).
  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian tajam lidi, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  11. Bakar selama 5 minti. Siap!!

Tips untuk mendapatkan cistat yang gebu dan montok (mengikut pengalaman Kak Azita Zain ~ AZITA KITCHEN) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejuk beku (freezer).
  2. Keluarkan cream cheese 30 - 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh (sampai ke bahagian sisi crust).
SELAMAT MENCUBA! 

Wednesday, 12 October 2011

TART SHELL (Resepi Azita Zain)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Tersengih-sengih sendirian bila baca komen-komen yang awal tu ketika entry ni yang tak siap diedit, tidak dimasukkan gambar telah ter'publish'. Masa sedang buat posting ni, kena bersiap-siap keluar rumah sebab ada hal. Masa tu memang hubby dan anak-anak semua ada di rumah. Tak taulah tangan siapa yang dah tolong mem'publish'kan entry yang tak siap ni masa tu. Memang tak perasan sungguh. Aduh!!! Buat malu jer..hehehe... Nasib baik tak ramai yang sempat tengok.  

Bila buka komputer dan nak edit semula entry ni, baru terperasan yang entry tak siap ni, dah ter'publish'. Cepat-cepat pergi 'save'kan tapi dah ada beberapa komen yang kehairanan dengan posting yang ganjil ni..hahahaha.. SORRY yer...^_^

Okey, untuk posting ni, Naz cuma masukkan hasil dan resepi pastry tart crust dari kak Ita ni. Untuk yang dah siap diletak filling kejunya, akan Naz masukkan dalam entry yang berlainan. 



PASTRY/ TART SHELL/ CRUST

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum



Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.


SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 8 October 2011

PAU GEBU WATER ROUX


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lama rasanya tak buat pau. Dulu masa ternampak Anna (Anna Qaseh Az-Zahra) buat pau ni dah berkira-kira nak buat tapi tak juga terbuat-buat. Jadi bila ada kesempatan buat pau sekarang, terus je cari resepi Pau Gebu Water Roux ni di dapur cyber Anna.

Resepi asal datangnya dari dapur cyber Ros (Bukan Sekadar Masakan). Pau ni memang gebu betul. Saling tak tumpah seperti namanya. Gebu, halus, mulus dan lembut jer. Kejadiannya pun montok-montok aje. Dengan warnanya yang putih mulus dan melepak. Hishhhh..memang kena buat lagi ni.

Naz buat 500 gm tepung tu dengan dua jenis inti. Inti kelapa dan juga inti kacang merah. Yang inti kacang merah ni memang wajib buat sebab anak-anak memang suka sangat pau dengan inti kacang merah ni. Dapat banyak juga hasilnya untuk kami seisi rumah yang tak berapa ramai ni. Kekenyangan Husna sampai tak makan dinner malam tadi.



Jadi selepas kukus dan sejuk, Naz simpan sebahagian pau ke dalam bekas dan masukkan ke dalam peti sejuk beku (freezer). Nanti bila nak makan, cuma keluarkan dan kukus semula.

Okey resepi seperti biasa akan menyusul. Naz tambah susu tepung ke dalam resepi supaya pau ni jadi lebih berkhasiat dengan zat kalsium. Kan bagus tu untuk diri sendiri dan juga anak-anak. Penambahan susu tepung ni tak menjejaskan langsung rasa pau yang montok ini. 

PAU GEBU WATER ROUX
Resepi Asal Oleh : Ros ~ Bukan Sekadar Masakan

Bahan-bahan Pau :
  • 500 gm tepung pau
  • 3 sudu besar shortening**
  • 220 ml air suam + 1 tsp garam
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar baking powder
  • 4 sudu besar water roux (Naz guna semua water roux yang telah dibuat ~ resepi water roux ada di bawah)
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 2 sudu besar susu tepung (Naz tambah)
**Nota dari Ros : Bagi mendapatkan pau yang putih selepas dikukus, jangan gunakan majerin atau minyak bagi menggantikan shortening


Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat di tangan, (nak guna BM pun boleh). Pastikan doh elastik ye. Kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam. Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin. 
  2. Bahagi doh kepada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu kecil inti kegemaran dan tutup kemas. Ulangi langkah tadi hingga doh habis digunakan.
  3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang (Naz guna kertas A4 jer) dan biarkan pau naik dua kali ganda, lebih kurang 1 jam.
  4. Panaskan pengukus dan pastikan air betul-betul mendidih. Kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar. Kukus 7-8 minit sahaja bergantung kepada saiz pau.
Variasi Inti Yang Boleh Digunakan :
  • Inti kelapa
  • Inti coklat
  • Inti kacang merah
  • Inti kaya
  • Inti kari daging

Bahan-bahan Water Roux :
  • 25 gm tepung gandum
  • 125 ml air
Cara :
  • Masukkan tepung gandum dan air ke dalam periuk. Kacau sehingga pekat menggunakan api perlahan. Setelah pekat tutup api dan sejukkan sebelum digunakan. (Naz kacau tak sampai 3 minit pun di atas api dapur)
 SELAMAT MENCUBA!

INTI KELAPA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Inti kelapa ni banyak kegunaannya. Boleh dijadikan inti untuk kuih dadar/ kuih ketayap. Boleh juga dijadikan inti untuk pau atau roti dan juga bun. 

Jadi ini versi inti kelapa yang biasa Naz buat.

INTI KELAPA
Bahan-bahan :
  • 3 cawan kelapa parut muda
  • 3/4 cawan gula merah
  • Secubit garam
  • Gula pasir(tambahan sekiranya kurang manis)
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan(disimpul)

Cara :


Masukkan semua bahan di atas ke dalam kuali (kalau guna non stick pan lagi bagus) dan masak di atas api sederhana sehingga sebati dan kelihatan kering. Bab kering ni ikut masing-masing punya kehendak ye sebab ada yang suka inti kebasahan sikit dan ada yang suka inti kering. So pandai-pandai lah adjust sendiri.

SELAMAT MENCUBA!

Friday, 7 October 2011

NASI LEMAK & SAMBAL TUMIS SOTONG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Mak aiiiii... Bersawang dah blog ni..Hehehe.. Lama tak dapat mengupdate blog dengan entry-entry yang baru. Ni nak minta dak Izah Muffin Lover tu tolong bersihkan sawang-sawang yang banyak di blog. Boleh ker Izah??^_^ hehehe..

Ok terus jer kepada resepi hari ini. Disebabkan resepi ni namanya nasi lemak, jadi kita cuba kurangkan lemak-lemak yang banyak di dalam resepi. Naz masak nasi lemak ni menggunakan campuran santan cair dengan susu segar rendah lemak. Rasanya tetap sedap. Mungkin lain kali boleh gantikan terus santan tu dengan susu segar rendah lemak pula. 

Untuk bahan sampingan seperti biasalah, ikut selera masing-masing. Cuma tang telur tu, encik hubby sebenarnya lebih suka telur goreng tapi sebab isteri tercinta dia ni nak kurangkan kalori dalam menu ni, jadi telur tu direbus sahaja. 

NASI LEMAK

Bahan-bahan :
(a) Nasi Lemak
  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan cair
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • Air sekiranya perlu 
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • 1 inci halia - dimayang atau diketuk saja
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpul
  • 1/2 sudu teh garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras dan toskan.
  2. Masukkan beras, santan, susu rendah lemak dan bahan-bahan lain di atas ke dalam periuk dan masak nasi seperti biasa. 
  3. Setelah masak boleh dihidangkan bersama dengan sambal tumis, ikan bilis goreng, telur rebus dan potongan timun.

(b) Sambal Tumis Sotong

  • 500 gm sotong segar - disiang, dibersihkan dan dicuci
  • 15 tangkai cili kering* ATAU 1 cawan cili kering yang telah dikisar
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil belacan*
  • 1 labu bawang besar - dihiris kasar
  • 1 sudu kecil asam jawa dibancuh dengan 1/3 cawan air
  • Garam dan gula 
  • Minyak masak
Cara-cara :
  1. Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali. Masukkan sotong yang telah disiang. Biar hingga sotong kecut dan keluar airnya. Boleh tunggu hingga airnya sedikit kering. Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda * di atas. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga kering. Apabila kering, masukkan bawang besar yang dihiris kasar. Biar seketika.
  3. Masukkan air asam jawa, garam dan juga gula sekiranya perlu. Masukkan sotong tadi dan tunggu hingga menggelegak dan sambal sedikit pekat. Tutup api.
(c) Bahan-bahan lain :
  • Telur rebus
  • Ikan bilis goreng
  • Timun yang dihiris 
  • Kangkung celur sekiranya suka
Hidangkan nasi lemak bersama sambal tumis serta bahan-bahan sampingan yang lain.

SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...