Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 10 August 2011

GULAI KAWAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Gulai kawah ni Naz masak untuk dimakan bersama nasi briyani. Lagi pun anak Naz yang sulung tu, Haris suka sangat daging gulai kawah. Di sini, kalau ada kenduri-kendara, daging gulai kawah ni memang dah kemestian di dalam menu. Pasti ada. Dipanggil gulai kawah sebab kalau dimasak selalunya orang akan menggunakan kawah yang besar untuk menggulai daging ni. Tapi sebab Naz bukan nak masak untuk kenduri-kendara. Cuma untuk seisi rumah je. Jadi Naz bukan memasak gulai ni di dalam kawah tapi di dalam kuali..hehehe.. 

Sebelum ni memang Naz tak pernah masak lauk gulai kawah ni. Oleh kerana resepi ni telah dikongsi oleh Marizah Miza (kawan fb), maka Naz teringin nak buat sendiri. Lagi pun menurut Miza, bapanya memang ketua tukang masak gulai kawah ni di kampungnya. Wah! Pasti sedap kan. Naz kongsikan di sini pula ye Miza resepi ni. Memang sedap. Terima kasih atas perkongsian resepi yang sedap ini. Naz gulaikan daging tu lebih lama supaya lembut je bila digigit. Lagipun anak-anak Naz suka daging yang memang lembut dan tidak liat. Kuahnya tu pula memang ada lebih. Anak-anak bersahur hari tu dengan roti canai segera bersama gulai ni yang masih elok. Bila dah dipanaskan berulang kali, lagi terangkat rasanya.

GULAI KAWAH
Sumber : Marizah Miza(kawan fb)


Bahan-bahan :
  • 300-500 gm daging lembu - dipotong ikut suka dan dicuci
  • 4 cawan santan
  • 2 sm halia - dimayang
  • 4 ulas bawang merah - dimayang
  • 2 ulas bawang putih - dimayang
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
  • 1/2 cawan cili kering (boleh adjust ikut selera masing-masing)
  • 4 sudu besar serbuk gulai kawah - bancuh dengan sedikit air menjadi pes
  • 1-2 keping asam gelugor
  • 2 biji kentang - dibelah 4 (ni naz tambah sendiri)
  • 3 sm lengkuas - diketuk
  • Garam secukup rasa
  • Gula sedikit

Cara-cara :
  1. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Masukkan halia. 
  2. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kering. Masak hingga pecah minyak dan cili masak.
  4. Masukkan pes rempah gulai kawah dan masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan daging, asam keping dan sedikit gula. Masak hingga daging kecut.
  6. Masukkan santan dan garam. Masukkan juga kentang. Masak hingga naik minyak dan daging serta kentang empuk(lagi lama gulai di atas api, lebih banyak minyak yang naik dan lebih lembut daging). 
  7. Masukkan lengkuas ketuk tadi dan biarkan 15 minit sebelum menutup api.
SELAMAT MENCUBA!

4 comments:

Ina said...

wah ina pn suka gulai kawah...mkn ngn nasi minyak pn sedap...tp x pernah buat sendiri....mn nk cari serbuk gulai kawah....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

gulai kawah my feberet, tapi ada byk jenis jugak. Kalu sblah2 utara ada btg pisang, yg tu not my feberet. Mcm dlm gbr tu feberet, hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

gulai kawah sedapnyerrr nazz!!
suami akak paling suka.. sampaikan dia sendiri yg cuba masak ikut resepi dlm suratkhabar.. tp dia dah ejas sikit2 ikut bahan2 yg lebih mudah..
dlm resepi ni pun ada satu bahan yg tak tau nak dpt kat mana.. tu.. rempah gulai kawah kat mana ada jual ye naz? hehehe.. tu bahan utama kan? kalau takde sure tak menjadi...

eqeen said...

biasenya rempah gulai kawah kalu kt kg senang nk cari..g pasar je bgtau nk rempah gulai kawah..diorag terus timbang..tp kalu kat bandar ni x tau nk cari kt mane...pendek kate balik kg beli siap2 rempah gulai kawah n wat stok..heheh..anyway mmg sedap mkn ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...