Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday, 19 August 2011

BISKUT SARANG SEMUT


Assallamualaikum dan salam sejahtera semua.

Biskut sarang semut ni merupakan salah satu biskut raya yang mesti Naz buat setiap tahun. Resepinya Naz perolehi daripada mak. Memang Naz tak pernah lagi mencuba resepi lain. Resepi mak ni pun ukuran berat bahan-bahannya dalam ukuran auns(oz). Tapi untuk memudahkan rujukan pada masa akan datang, Naz sertakan sekali ukuran dalam unit gram.


Untuk membuat biskut ni, kita memerlukan penyagat sayuran tu untuk menyagat doh supaya adunan menjadi bentuk seperti di atas.

Ni la contoh penyagat sayuran atau kerepek yang boleh digunakan. 
Gambar ni Naz pinjam dar Cik Google ye.
Sagat doh/ adunan tu kat bahagian yang berlubang-lubang tu. 

Tapi oleh kerana Naz buat banyak adunan ni, jadi kalau guna penyagat tu, jawabnya lamalah duduk terperap di dapur rumah ni. Untuk mudah, Naz menggunakan acuan muruku dan memilih acuan berlubang sederhana untuk mendapatkan bentuk yang sama dengan adunan yang disagat menggunakan penyagat. Idea menggunakan acuan membuat muruku ni tiba 2 tahun lepas semasa Naz ambil tempahan membuat biskut raya. Kalau dah banyak tempahan, takkanlah nak sagat guna penyagat biasa tu. Harus tak tidur siang dan malam Naz menyiapkan tempahan biskut raya ni nanti. Jadi Naz gunakan acuan untuk membuat muruku yang ada di rumah ni. Emm..hasilnya tetap sama seperti adunan yang disagat dengan penyagat biasa tu.


Ok, resepinya seperti berikut.


BISKUT SARANG SEMUT
Oleh: Naz@CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Resepi oleh: Bondaku

Bahan-bahan :
  • 6 auns(oz)/ 170 gm butter
  • 4 auns(zo)/ 120 gm gula
  • 1/2 tsp vanilla asen
  • 1/2 tsp serbuk penaik
  • 6 auns(oz)/ 170 gm tepung gandum
  • 4 auns(oz)/ 120 gm tepung kastad
  • Coklat rice secukupnya sebagai hiasan


Cara-cara :
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan asen vanilla dan baking powder. Pukul rata.
  3. Masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Gaul dan uli hingga sebati.
  4. Sagat adunan ke dalam mangkuk besar. Buat hingga habis semua adunan disagat.
  5. Sudukan adunan yang telah disagat ke dalam cawan kertas. Taburkan coklat rice di atasnya.
  6. Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.

SELAMAT MENCUBA!

14 comments:

anymz said...

rajin nya adik sorang ni mengukis.
naz,akak ambik resepi ni yo.akak mmg suka resepi yg guna oz.kiraannya tepat dan yg penting resepi ni asal dr org dulu2..

izahdaut said...

TERINGT KAK IPAR SAYA, SUKE SANGT SEKUT NI. TAK DE ACUAN DIA.. KLU DAK LEH JUGAK TRY TESTING

Nazrah said...

sarang semut...setahun sekali baru jumpa kan...

Shaiful Zaidi said...

salam ...biskut kg saya ni...Kota Sarang Semut...hehehe

Yatie said...

uwaaaaa dah berderet sekut raya...akak gak yg ketinggalan....anak2 akak mmng suka biskut sarang semut ni..simple tapi sedap..

Anna Qawina said...

sekut nih takde telur ya kak..leh makan le ni..hihi..tensen tgk org dok ngulis nih..

Mas said...

teringat masa kecik..
mas selalu makan kat rumah jiran mak....
memang sedappp...

HaSue said...

Penah buat kukis nih...memang senang n best buat kunyah2 kan kak....mana akak beli acuan maruku tu? sini x jumpa la

Kak Sam said...

Bestnya. Sempat ke nak buat ni.

Juwita Jamaludin said...

salam kak naz.. banyak nye dah biskut akak .. yang bawah tu pun suk gak.. lama tak makan biskut sarang semut n.. sungguh rindunya

ijayuji said...

Salam kak naz!!! wahhhhhhh!!!! senang buat kan ada acuannyer tuu, kita dulu2 main tenyeh2 kat parut yg ada byk jenis lubang kecik2 tuu hihihi..punyer lah seksa nak ngabiskan dia hihihi... Kak kuih siput tu rangup lembut! sedappp! kita suke :D

tun_telani said...

wahh.. rajinnyer kak naz! tun paling malas wat biskut nih.. sakit tangan nk tekan2.. hihi

Latika.Dot.Dot. said...

jarang nak jumpa biskut ni dah.

:)

orang skrg dah makin malas nak menyagat. hehehe

hasni said...

Mesti buat setiap thn...
Anak2 suka sgt...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...