Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 6 July 2011

SAMBAL BELACAN BUAH BACANG


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Buah bacang ke buah macang?? Emmm.. mana-mana pun tak apalah kan. Tapi Naz memang selalu panggil buah bacang. Tengah musim buah ni sekarang di sini. Merata-rata nampak buah ni dijual. Memang dah lama tunggu buah ni ada. Target untuk buat sambal belacan.

Ingat beberapa tahun lalu, masa Naz buat sambal belacan buah bacang ni. Kalau di luar, memang biasa kita jumpa orang buat sambal belacan menggunakan buah bacang yang dah masak tapi di sini, kebiasaanya orang buat sambal belacan pakai buah mangga yang muda. Masa buat tu, MIL ada di rumah Naz. Bila tengok Naz guna buah bacang yang dah masak untuk buat sambal belacan, terus je MIL kata "Eh! Guna buah yang masak???? Orang biasa guna yang putik Naz..". Naz pula dengan selamba cakap "Memang biasa Naz buat sambal belacan guna buah bacang yang dah masak. Di luar, biasa orang buat macam ni". (Hehehe..menantu yang tak mau mengalah...tapi jangan melawan tau! Berdosa!)

Jadi siap masak lauk, kalau tak silap Naz ayam goreng kicap masa tu, satu jenis hidangan sayur, Naz pun hidanglah dengan sambal belacan buah bacang tadi. MIL makan dulu. Wahhhh..lepas makan baru keluar ayat dari mulut MIL, "Sedap Naz. Mok tak pernah makan sambal belacan dengan buah pauh masak". Hihiihii.. Baru MIL tau kelazatan sambal belacanku. Yelah.. Dari kecil lagi Naz dah biasa makan sambal belacan yang diletak buah bacang masak. Bertambah-tambah nasi MIL makan hari tu bila terkena pukulan sambal belacanku..hehehe..

Jadi kepada yang ingin mencuba, dipersilakan. Buatnya seperti sambal belacan biasa je sebenarnya. Cuma ditambah dengan buah bacang ni dan seimbangkan rasanya.

SAMBAL BELACAN BUAH BACANG
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :

  • 1 biji buah bacang yang masak(sederhana besar)
  • 6 biji cili merah
  • 4-6 biji cili padi
  • 2 inci belacan - dibakar
  • Gula
  • Garam
  • Asam limau nipis/ limau kasturi

Cara-cara :
  1. Kupas kulit buah bacang dan cincang kasar isinya.
  2. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan bakar hingga mendapat teksture yang dikehendaki(sebab ada orang suka sambal belacan yang halus, ada juga yang suka cilinya masih kasar-kasar).
  3. Masukkan gula dan garam. Gaul rata. 
  4. Masukkan pula buah bacang yang telah dicincang kasar tadi. Gaul rata dan rasa masin dan manisnya biar seimbang.
  5. Perahkan jus limau nipis/ kasturi sekiranya suka atau perlu.
  6. Hidangkan.

NOTA :
  • Kepedasan tu boleh adjust ye.. Ikut la lidah masing-masing tahap kepedasannya..
SELAMAT MENCUBA!

27 comments:

EmbunRosaliza said...

assalam naz, akk pun tak pernah mkn lg ni sambal belacan buah bacang tu, ohh guna buah yg masak ek naz, terliur betul akk

dari dapur nasya said...

ALAMAK CIK NAZ NIE...SUKA WAT ORANG TERLIUR..HE..HE...NASIB BAIK XNGANDONG!SEDAPNYER MAKAN NGAN NASIK PANAS2..LAWAN NGAN IKAN TERUBUK MASIN..NYAMANNNN

zanafahmi/PB said...

Naz...sambal bacang ni buat akak teringat arwah tok akak...huhu..sedihnya. Dulu dia selalu buat.

anymz said...

isshh..mlm2 jengah meleleh air liur akak ni naz..

Ingat lagi masa mengandungkan kakak(anak no 3) dulu,tiap2 hari akak ketagih samba belacan bacang ni naz..tak muak2..mmg selera nak makan podeh yo maso tu..hehe

cik cek said...

Naz...dah telan2 air liur kak cek ni...bestnya ni makan ngan ulam petai ke jering ke....fuhhh...sedapnya....

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum naz..
singgah cnie ternampak sambal nie ha... punya ler diana terliur tgk tau.. meleleh air liur d buatnya... :)

Anna Qawina said...

kak..ada lg sambal bacang nih? nak tapau tuk mkn tghri ni...

Ida,Japan said...

Naz....ye la naz,yg ida tahu, biasanya guna buah yg belum msk...satu kelainan, mesti ada rasa masam,manis,pedas,masin ni...naz, MIL tu org mana 'pauh' biasanya org pantai timur jer panggil

Mamasya said...

Assalammualaikum Naz, dtg jamu mata dgn sambal bacang...kalau balik kg barulah dpt mkn sambal ni sbb mak suka buat..

Ummi said...

Assalam Naz, akak dah cilok resepi Puding Kasih Bertaut Naz tuh...sangat sedaaappp! Terima kasih kongsi eh...jom pi dapur tolong test...jadi ke idaaaak..hehe..

nOOrsha said...

salam kak naz.. mmg sedap buah bacang di buat sambal belacan..aduh, bau nye menggamit2 sampai ke pot diksen nih.. rase nak terbang je ke umah kak naz nak colek2 sket sambal ni.. sedap!~

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

wah, samalah, panggil buah bacang bukan macang & guna buah masak utk buat smbl, tapi Yus kalah pulak kalu mkn bacang

Nadz Nazharzan said...

Kak Rosaliza:

Aahh..kak.. guna buah yg dah masak..Sedap sbb rasa manis2 dlm kepedasan tu..

Nadz Nazharzan said...

Nasya:

Nasya, kalau dah ada sambal ni, nasi panas2 dgn lauk yg simple2 jer pun dah sedap kan..

Nadz Nazharzan said...

zanafahmi:

Alamak kak.. Sori ye kalau naz buat akak menggamit kenangan lama tu..

Nadz Nazharzan said...

kak Anim:

Ish kak nim ni.. Meleleh air liur sbb terliur kat mknn tak pe kak jgn meleleh air liur time tido malam2 ni..hihihi..

Nadz Nazharzan said...

kak Anim:

Ish kak nim ni.. Meleleh air liur sbb terliur kat mknn tak pe kak jgn meleleh air liur time tido malam2 ni..hihihi..

Nadz Nazharzan said...

Kak Cek:

Mmg best kan kak kalau sambal ni lawan ngan ulam-ulaman..

Nadz Nazharzan said...

Diana:

Kalau dah meleleh air liur tu, nampaknya kena buatlah tu..hehehe..

Nadz Nazharzan said...

Anna Qawina:

Ana, ish..jgn makan pedas2 sgt skrg.. Nanti yg kat dalam tu kepedasan :))

Nadz Nazharzan said...

Ida Japan:

Hahaha.. Ida org pantai timur lah ni eh.. MMg MIL naz org pantai timur..

Nadz Nazharzan said...

Mamasya:

Ma, kat sana ada ker buah ni eh? Nampak gaya mmg kena tunggu balik M'sia lah baru boleh makan ni..

Nadz Nazharzan said...

Kak Ummi:

Waalaikumussalam kak. Tq kak Ummi sbb sudi try resepi puding Naz tu.. Dah tgk dah puding yg akak buat..Pass tu kak.. Boleh dapat A dah tu..

Nadz Nazharzan said...

nOOrsha:

Sha, mari sini sha.. bukan takat colek2 jer.. Semangkuk pun akak boleh bagi ...

ilahjy said...

sambal yg paling kak suka muahhh sedap...

anumuchan said...

alamak kepinginan..huhu

EmbunRosaliza said...

Assalam naz nak merealisasikan impian nak mkn sambal belacan buah bacang, kebetulan ada buah bacang, nak buat la terliur sudah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...