Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 27 June 2011

PISANG BAKAR BERKEJU


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Pisang Bakar Berkeju.. Pernah makan ke? Hehehe..Naz sendiri pun tak pernah makan. Ini pertama kali membuat dan memakannya.

Sebelum ini tak terfikir pula nak gunakan pisang untuk dijadikan satu hidangan pencuci mulut yang sedap seperti ini. Cara membuatnya pun tidaklah susah sangat. Bila anak-anak makan, terus saja keluar dari mulut mereka bunyi .."emmm....sedapnya ummi..". Untuk lebih menarik, Naz taburkan coklat urai yang kaler-kaler tu di atasnya sebelum dihidangkan. Okey mari kita lihat resepinya.

PISANG BAKAR BERKEJU 

Bahan-bahan :
  • 2 biji pisang montel - Naz guna pisang nangka
  • Keju parut
  • Susu/ Krimer Manis
  • Sos coklat (Hersey's) - Naz guna coklat ganach yang memang ada dalam peti sejuk
  • Coklat rice/ Calored choc rice sebagai hiasan - Naz tambah

Cara-cara :
  1. Kupas kulit pisang dan potong 2 memanjang pisang tersebut.
  2. Bakar pisang di dalam oven pada suhu 180 C selama 2 minit atau bakar guna api dapur hingga pisang agak layu dan berbau wangi. (Naz bakar 5 minit kerana pisang nangka sedikit keras teksturenya dan perlukan lebih masa untuk ia masak).
  3. Sapukan krimer manis pada bahagian tengah pisang dan katup semula. Curahkan soso coklat dan taburkan keju parut. (Naz taburkan sekali coklat urai yg kaler-kaler tu).
  4. Siap untuk dihidang.
Untuk hidangan ini, Naz lakukan 2 cara. Satu mengikut cara asal seperti resepi dan satu lagi cara Naz sapukan atau drizzlekan coklat ke atas pisang dan taburkan keju parut sebelum dibakar. Setelah dibakar 5 minit dan dikeluarkan, sekali lagi Naz drizzlekan coklat dan taburkan keju parut serta coklat urai. Gambar di bawah ni adalah hasilnya, untuk Husna sebab dia nak coklat urai yang bentuk-bentuk love tu!.. Rasanya lebih sedap kerana coklat dan keju yang ditabur sebelum membakar pisang, sebati dengan rasa pisang tu..Emmm..yummy...


SELAMAT MENCUBA!

25 comments:

tun_telani said...

morning kak naz.. byk lagi ke stok pisangnyer tuu.. meh kasi kat tun sket.. tun suka mkn pisang.. ^^

Cheq Sue said...

alamak kak naz... kite bari abes stok pisang..kalau x leh cuba nih

K.Nor said...

k.nor mmg suka sapu coklat gak dulu sebelum dibakar.. lg sedap kan

ummuhanis said...

wahhh, kat rumah aku tgh fenomena lambakan pisang nih. balik nanti bleh le buat.

Nuridah said...

Naz,

kak nur belum pernah merasa pisang bakar bersalut coklat....mesti sedap manis gitu...

Unknown said...

macam lajat je..
kite tak de stok pisang la nih.. nanti bebila ada, kite akan buat gini.. hak senang gini2 faveret la.. heheh

Mamasya said...

Yummynya nengok pisang bakar Naz...penuh coklat...yummm.kat rumah kalau pisang Syakirah dgn abg no4 yg paling suka...kalau letak coklat gini..kejap je licin..
coklat chips kat bawah tu nampak rangup.kat sini tak da cho chip..tak jumpa kedai baking...kalau tidak boleh cuba...

Nadz Nazharzan said...

tun telani :

Ada lagi ni tun.. Tgh dok fikir nk buat menu apa lagi dgn pisang ni.. Suka pisang eh.. Meh datang sini..

Nadz Nazharzan said...

Sue:

Tak pe sue.. Simpan jer resepi ni.. Time ada pisang nanti boleh buat..

Nadz Nazharzan said...

Kak Nor:

Ye la kak nor.. Sapu dulu coklat baru bakar mmg lagi best..nyummm..Tq ye kak Nor for the idea..

Nadz Nazharzan said...

bonda tie:

Banyak pisang di rumah?? Ha buat..buat.. kalau tak pisang tu nanti lebam sebelum masuk tong sampah..hehehee..

Nadz Nazharzan said...

Kak Nurindah:

Naz pun 1st time makan pisang dgn coklat.. Sedap jugak kak.. Anak2 Naz suka.. Pagi tadi Haris sarapan dgn menu ni la.. Husna pulak balik sekolah dah mintak.

Nadz Nazharzan said...

Hann :

Mmg lajat Hann.. Kelako lak Naz tgk perkataan "lajat" ko tu..
Mmg resepi senang2 jer Naz nak buat skrg.. hehehe..tak de masa ke malas eh???

Nadz Nazharzan said...

Mamasya:

Mamasya..tak der ke kedai jual alatan baking kat sana?? Mesti ada.. Akak tak jumpa lagi kot..

Sedap pisang ni kak sbb makan dgn coklat kot..

Sheila Shafeareen said...

salam sdp pulak negok pisang bako bekejy u tu....nak cuba lah

Ida,Japan said...

pasti rasanya lebih lemak manis...dh pasti disukai ramai ni

Mas said...

kak naz...sedapnya tengok pisang bakar tu......

Unknown said...

sedapnya kak...tak pernah mkn lagi pisang bakar gini...harus dicuba ni:)

Anna Qawina said...

kak..banyak lg ke pisang? meh nak tlg prabihkan..heheh..
pst : malas nak mask dapo..nak hapdet pon malas..zzzzzzz

EmbunRosaliza said...

Assalam Naz..apa kbr, akk tak pernah buat n mkn lagi pisang gini, nmpk sedap tu kalo coklat gini

izahdaut said...

kak nazzzzzzzzzzzzzzz...
zzzzz fire fire... nak seketul..... muekekeke

cik cek said...

Naz...menu menarik utk ditry ni...

Deliah's Deli said...

mudah n sedap ni!

Siti 'Aliah said...

Simple n mcm sedap... Mesti cuba ni...

Siti 'Aliah said...

Simple n mcm sedap... Mesti cuba ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...