Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 30 June 2011

AISKRIM KAPUCINO


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ternampak resepi aiskrim ni di blog Tun Telani. Tun buat aiskrim yang menggunakan biskut oreo. Kalau nak tengok resepi bagaimana Tun membuatnya, klik di sini. Resepi asal datangnya dari wssary(MyResepi) dengan perisa vanilla. Baca komen-komen orang yang dah mencubanya menaikkan semangat untuk mencubanya.

Tapi Naz mengubah suai resepi ini menjadi Aiskrim Kapucino. Hehehe..Semuanya nak dibuat perisa kapucino. Kek keju kapucino, swiss roll kapucino...sekarang aiskrim kapucino pula. Eh! Nanti nak buat biskut kapucino...kek kapucino...emmm..apa lagi ek?? Haaa...puding kapucino boleh tak? Wahhhh! Hajat di hati nak buat macam-macam. Entah bila terlaksana tak tau lah kan.

Okey, sementara line internet ni tengah laju, cepat-cepat siapkan entry ni.



AISKRIM KAPUCINO 
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan :
  • 5 tbsp gula pasir *
  • 1 tin susu cair (400 ml) *
  • 1 tbsp ovallete *
  • 1 biji telur *
  • 2 tbsp susu tepung
  • 2 tsp asen vanilla
  • 1 paket(25 gm) serbuk kapucino INDOCAFE


Cara-cara :
  1. Pukul  bahan-bahan bertanda * di dalam mixer hingga gebu selama 5 minit pada kelajuan maksimum. Adunan akan menjadi 2-3 kali saiz adunan asal.
  2. Simpan di dalam freezer(peti sejuk beku) selama 30 minit.
  3. Keluarkan dan pukul lagi adunan ini selama 5 minit. Simpan di dalam freezer selama 30 minit.
  4. Kemudian keluarkan adunan sekali lagi dan pukul selama 5 minit. 
  5. Seterusnya, masukkan susu tepung, asen vanilla dan juga serbuk kapucino. Gaul rata dengan wisk(Naz gaul guna mixer jer pada kelajuan sederhana).
  6. Masukkan adunan ke dalam bekas bertutup dan bekukan di dalam freezer.
SELAMAT MENCUBA!

26 comments:

tun_telani said...

morning kak naz!!!!!!! yayy!! dah jadi dah ye.. hehe... sedap kan? sedap kan? hasben tun suruh wat lagi.. hehe... ice blended cappucino satuuu~~~ (x pasal2 ice blended pulak.. kui kui)

Nazrah said...

pagi pagi dah ada ice cream.....macam terasa je kat lidah ni..

LiNa_Pg said...

mmg nmpk sungguh gebu eskrim naz ni..cam eskrim mahal yg dok jual jerr

CT Delima said...

As'salam Naz

Tengah sakit kepala ni nampak ais krim kappucino ni terus macam segar jer mata ni..hihihi.

kak ct nak mintak amik resipi ni ya Naz. senang2 kang boleh lah membuat ya. sejuk tekak kan. mintak halal ya Naz :D macehhhh

Zalieda Zaliedana said...

Assalam n salam kenal kak naz,uii nmpak sekelim time panas2 nih,sodap nih..TDI BARU JER TGK WHI DA aiskrim macaron..Pstt,kak nak tanyanih kat melaka asam pedasn tempat mkn yg best katner kak..

Wanieyra said...

salam Naz...

kalau anak ira nampak ni kejap je licin ni

dari dapur nasya said...

nak sikit !!!!!!!sedap giler nih..

Ida,Japan said...

wahhh..rajinnyer naz, buat eskrim sendiri tu..bila nk buat entah ni...hai, sedapnyer

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Naz...
wah pandai lah buat ais cream.. blh lah tumpang mkn ais cream berflavoured kan cappuccino ni...hehehe

cik cek said...

Salam Naz....nak aiskrim semangkuk...sedapnya....:)

Ijan said...

Salam Kak Naz,
saya ni teringin nk buat aiskrim sendiri tp tak tau ler bile... dapat buat aiskrim pistacio bestnye :D

nOOrsha said...

salam k naz..sy x suke rasa kopi..klo ganti ngan coklat ke milo ke blh kan ?:) ade mase nk try :)

Nadz Nazharzan said...

tun,

nape pulak tetiba ice blended cappucino lak ni??

Nadz Nazharzan said...

Kak Nazrah:

Hehehe...meh sini makan yg naz punya..

Nadz Nazharzan said...

Kak Lina pg;

Mmg gebu kak.. kalau rajin, pukul bnyk2 kali lagi, lagi dia gebu..

Nadz Nazharzan said...

Kak CT Delima:

Amik la kak CT.. kan kita kongsi2 resepi.. Tu pun Naz amik resepi org jugak tu cuma upgrade sikit jadi perisa kapucino..

Nadz Nazharzan said...

Zaliedana:

Waalaikumussalam..Salam kenal juga darai akak..Tmpt makan yg best akak dah jawab di fb ye..Meh datang umah akak la nak asam pedas yg kawww...

Nadz Nazharzan said...

Wanieyra:

Ira, anak2 naz pun sama..

Nadz Nazharzan said...

Nasya:

Amik..sila..sila..hehehe

Nadz Nazharzan said...

Ida:

Tengah rajin semua nak buat Ida.. Time malas, nak beli kat luar jer..

Nadz Nazharzan said...

Mama Hawa:

Meh kak..meh..Kita makan sama2 yer..

Nadz Nazharzan said...

Cik Cek:

Aik! Semangkuk jer ke kak cek?

Nadz Nazharzan said...

Ijan:

Ala Ijan, semua bahan tu boh jer dan pukul dlm mixer..senang jer..kalau susah akak pun malas..hehehe..Buatlah..Nanti tepek resepi aiskrim pistacio lak..

Nadz Nazharzan said...

nOOrsha:

Boleh ganti dgn apa2 perisa pun Sha.. Try..jgn tak try..hehehe

AiDaRazali said...

Wow..lama tak jenguk kak naz..:)
sihat ke kak??...aiDa singgah makan eskem kapucino akak kat sini...yummy!!!!!!!

asTaNa iMpiaN said...

sedapnyer aiskrim cappucino...
coz i <3 to drink cappucino ;)

http://audiidamerczzz.blogspot.com/
follow me..
tQ

i love cooking !~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...