Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday 11 April 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini, oleh kerana tak tahan dengan godaan kek coklat di dapur cyber Dj, terhasillah kek ni di dapurku pula. "KEK COKLAT LEMBAP TERLAMPAU TANPA TELUR".. Betul ke bila dah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu tu??? Hentam sajalah labu....

Ada beberapa kelebihan kek ni yang menarik minat untuk membuatnya (pada sesiapa yang masih teragak-agak untuk membuat kek ni, sila ambil perhatian ye..heheheee) :
  • kek yang mudah untuk disediakan
  • tidak perlu menggunakan pengadun kek(mixer)
  • tidak menggunakan banyak peralatan/ mangkuk
  • tidak menggunakan telur (memanglahkan...)
  • tidak perlu mencairkan butter sebab tak guna pun dalam resepi
  • menggunakan minyak jagung atau minyak sayuran yang lebih sihat di dalam resepi
  • tekstur yang lembut dan memang lembap
Jadi bolehlah mencuba pada sesiapa yang teringin. Sedap pada tekak orang di rumah Naz tapi "sedap" ni satu perkara subjektif. Lain orang, lain ragamnya. Lain tekak, lain rasanya. Jadi kalau nak tau sedap ke tidak, kenalah cuba sendiri... kan Kak Nor kan...


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber Resepi : Dayang Jack

Bahan-bahan :

  • 1 cawan tepung gandum [A]
  • 1 tsp baking powder [A]
  • 1/2 tsp soda bicarbonate [A]
  • 1/2 cawan serbuk koko [A]
  • 2 Tbsp susu tepung [B]
  • 1 cawan gula perang [B]
  • Secubit garam [B]
  • 1 1/4 cawan air sejuk dari peti ais [C]
  • 1 tsp asen vanilla [C]
  • 1/2 tsp coffee emulco atau chocolat emulco [C]
  • 1/2 cawan minyak jagung/ minyak sayuran [C]
  • 1 tsp jus lemon atau cuka [D]
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160 C dan sediakan bekas untuk membakar kek.
  2. Ayakkan bahan-bahan [A] masuk ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan bahan-bahan [B] dan gaul rata.
  4. Masukkan pula bahan [C] dan gaul dengan whisk hingga tiada ketulan.
  5. Masukkan bahan [D] dan kacau segera hingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas pilihan anda dan bakar pada suhu 160 C selama 30 - 40 minit bergantung kepada oven masing-masing.
  7. Sejukkan kek selepas dikeluarkan dari oven dan hias mengikut citarasa atau boleh dinikmati begitu sahaja.



SELAMAT MENCUBA!

10 comments:

Nazrah said...

sana sini tayang kek tanpa telur ni...cantik je wat dalam acuan kecil2...ada lagi ker..

K.Nor said...

betul3.. mmg lain tekak lain ragamnya kan.. tp bg k.nor ni eggless choc cake yg the best!! k.nor pun baru jer siap godek 1 1/2 adunan lagi.. hehehe

DjDayang Jack said...

hwaaa! siap ngan ABC nya lagikk...well done my dear!...mmg nampak menggoda sungguh! ...kte punya dah habis licin...mmg nak kena buat lagi nanti...tp nk ngendeng jap kat sini kot2 ade org pelawa makan..hehe

apa2pun, trm ksh byk2 krn sudi mencube...mmg btl tu, lain org lain seleranya...moga2 kek ni dpt memenuhi selera semua...hrp2 gitulah hendaknya yer...thanks again

Mas said...

akak pun dah buat...
tak leh jadi..mas kene buat gak esok....

Kak Sam said...

Assalamualaikum....
Wow kek coklat lagi. Adakah ini petanda bahawa minggu kek coklat akan berterusan? Kita tungguuuu
Apa pun saya mai amik award kat bawah ni bagi menamah senarai pemberi. Tq naz.

Unknown said...

wahhh dah sampai dapur akak dah kek cekelat tak dak telur ni....ni yg wat saya terguda ni...haha
p/s: nanti singgah umah ambil poskad kenangan dr saya yer kak..:)

Ziey said...

akak kek ni xde telur baik utk kesihatan hehee,,ziey pun dah cuba buat,,sedap!!!

Wanieyra said...

Cantiknya bila letak dlm bekas tu....kat mana beli acuan tu?

Ummi said...

Salam Naz....waaaah tergoda habis tgk eggless choc cake nih..nak buat jgk laaa...xleh tanah laaa tgk...huhuuuu

Mardiana said...

Salam perkenalan..boleh tahu acuan tu boleh masuk@bakar dalam oven ke? acuan plastik ke bkn?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...