Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Sudah beberapa kali tertangguh untuk mencuba puding ni. Tertarik sebab cara membuatnya yang mudah dan boleh dikaler-kalerkan puding ni.
Resepi asal dicipta oleh Kak Nor dari blog Secubit Garam. Ramai blogger-blogger yang dah mencuba puding ni. Semuanya mempamerkan hasil yang cantik di blog masing-masing.
Warna puding ni boleh ditukar mengikut kehendak si pembuatnya. Kalau nak tengok rupa asal puding ni dari penciptanya sila klik pada nama kak Nor ni. Kak Nor buat lagi cantik sebab ada 3-4 lapisan. Naz cuma buat 2 lapisan je. Nak cepat siap..heheheeeee...
Untuk resepinya, Naz copy & paste dari blog kak Nor. Halalkan ye kak Nor.. Naz tengah malas nak menaip ni..heheheeee..
PUDING BALQIS
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Sumber Resepi : Kak Nor- Secubit Garam
1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula
3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2
Cara-cara :
- Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
- Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
- Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
- Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
- Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.
- Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
SELAMAT MENCUBA!