Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Friday 24 June 2011

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Projek cookies lagi kali ini. Terjumpa resepi ni di blog happy home baker. Tertarik pula bila tengok nama biskut ni. 'Melt-in-mouth'... Naz menggambarkan yang biskut ni bila masuk saja ke dalam mulut, ia akan mencair dengan sendiri. Tak payah gigit-gigit atau kunyah-kunyah. 


Jadi setelah biskut ini dikeluarkan dari oven, disejukkan sebentar, terus saja Naz 'ngap' beberapa ketul. Bukanlah mencair seperti sangkaan Naz. Mungkin lebih tepat kalau Naz describe biskut ni sebagai rapuh dan mudah hilang dari dalam mulut masuk ke perut..heheheee... Mungkin penggunaan 'potato starch' dalam resepi ini menghasilkan teksture biskut yang rapuh dan ringan. Orang yang tak ada gigi pun mudah kalau nak makan biskut ni.


Dari segi rasa..emmmm...tak tau nak gambarkan macam mana. Rasa vanilla lah bagi biskut yang plain tu dan rasa coklat bagi biskut yang ditambah serbuk koko di dalamnya. Sekiranya menggunakan butter yang lebih mahal dan lebih sedap, maka adunan akan menghasilkan rasa 'buttery' yang lebih sedap.  Apa-apa pun anak-anak memang suka. Dari seketul ke seketul masuk ke mulut mereka. Naz sendiri apabila menikmati biskut ini macam tak sedar dah makan berketul-ketul sebab tak terasa mengunyahnya.



Ok cerita tentang dohnya pula. Seperti yang telah dijangkakan, adunan biskut ini amat lembut dan sedikit melekit-lekit. Jadi setelah diadun, adunan ini Naz masukkan ke dalam beg plastik dan kemudian dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk direhatkan selama 10-15 minit. Apabila dikeluarkan, memang lebih mudah membentuk adunan ini menjadi bebola-bebola kecil. Sekiranya lebih lama adunan ini disimpan di dalam peti sejuk, maka akan lebih mudah kerja-kerja menggentel ia menjadi bebola-bebola kecil.



Banyak mana jumlah biskut ini terhasil dari satu adunan bergantung kepada saiz bebola yang dibuat. Naz menggentel adunan menjadi saiz sebesar guli (lebih kurang 2cm diameternya) supaya apabila anak-anak makan lebih mudah masuk ke mulut setiap bebola dan kuranglah serpihan-serpihan biskut yang jatuh apabila digigit. Untuk perisa coklat, Naz tambahkan 2 teaspoon serbuk koko ke dalam adunan. Adunan ini tidak mengembang seperti kebanyakan biskut lain setelah dibakar. Mungkin kerana tiada penggunaan agen penaik dan juga tiada penggunaan telur di dalam resepinya.


MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
Sumber : Happy Home Baking
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan :

  • 125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
  • 40 gm gula icing, diayak
  • 1 teaspoon asen vanilla, untuk biskut perisa vanilla 
  • 2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
  • 125 gm potato starch
  • 80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara :
  1. Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
  2. Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
  3. Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
  4. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang) menggunakan api atas dan bawah.
SELAMAT MENCUBA!

23 comments:

Kak Rose said...

waaa... melt in the mouth biscuits... teringin nak mencuba, tp x de pulak potato starch... any substitute? kena tanya pak cik google lak ni...

dari dapur nasya said...

yummy.....sedapnyer biskut naz nie.dah la come lote rasa sayang lak nak makan..

tun_telani said...

wahh.. kak naz, mcm dh masuk mood raya laa pulak.. hihi..
omey je mulat2 biskut akak =)

Yat Maria said...

ishishhh...nila ko nak watkan ai sebalang?? nak wat minum teh petang...ai suka menda2 yg melt-melt ni :0)

Mamasya said...

ohh biskut ni rapuh tak mencair mcm biskut arab..ingatkan mencair. Naz , biskut kalau baru keluar dr oven...tu yg sedap kunyah kan dgn harum bau biskut yg baru bakar...kalau anak2 kat rumah masa biskut keluar oven tu yg diorg cukup suka nak rasa dulu...

lyn at home said...

eee cutenya.. biskut ni, masa awak gentel tu Naz pakai apa? sama je saiznya?

Nadz Nazharzan said...

Kak Rose:

Hahaha... Naz pun tak tau nk substitute potato starch tu dgn apa.. Tepung tu senang jer nak cari la kak.. Kat supermarket biasa jer pun ada.. Naz ada tepung tu lama dah kat umah ni.. Pas tu terjumpa resepi yg guna tepung potato ni, tu yg cuba buat..

Nadz Nazharzan said...

Nasya:

budak2 di rumah Naz ni bukan sayang nak makan kalau tgk comel2 cam tu.. Lagi cepat makan ada leee... cepat la licin..

Nadz Nazharzan said...

Tun telani:

Hehehe...dah mula cuba2 cookies utk senarai kuih raya la ni..Kalau time pose baru nak cuba, nanti masuk mood malas la pulak..

Nadz Nazharzan said...

Yat Maria :

Oooo..nak sebalang yer.. Nape tak terus mintak berbalang2 jer Yat..Boleh ko buat minum petang tiap2 hari..heheheheee..

Nadz Nazharzan said...

Mamasya:

Aaahh kak.. X sama cam biskut arab tu.. Tp sedap gak biskut ni.. Anak2 Naz suka..Bila masuk mulut utk 1st time je, dia org kata "emm..best!"
Bukan budak2 jer tak sabar nak makan biskut yg baru kuar dr oven, mak budak pun sama gak..hehehe

Azlita Aziz said...

comel aje Naz...
Nanti boleh lah akak cuba...
akak ingat nak buatkan tuk budak2 2 orang tu... sebab nak pergi tengok dorang.. hujung minggu ni...

Nadz Nazharzan said...

lynn at home:

Hai Lynn.. Naz gentel adunan biskut ni pakai tangan jer. Tak de sukat2 pun.. Agak2 jer utk dapatkan saiz yg sama..hehehe..

Nadz Nazharzan said...

Kak Azlita Aziz:

Aahh kak.. Saja buat tomei2 cam tu.. Biar senang masuk mulut anak2 ni. Jadi kuranglah bersepah2 serpihan2 biskut tu bila diaorg makan..
Nk gi tgk anak2 di asrama eh kak ita.. Ok jugak kan buatkan cookies.. Tahan lama utk dia org simpan..

ummuhanis said...

kawan aku kata, mmg sedap biskut ni. sbb die pernah buat jgk. tq for sharing naz. nak buat jgk la.

Kak Sam said...

Ala naz nape rajin sangat. Pelan2 le sikit. Baru je siapkan biskut chocolate chip. Nampaaknya yang ni minggu depan le pulak.

Nadz Nazharzan said...

bonda_tie:

Oh ye ker Pat.. Mmg sedap pun pada tekak Naz ler..sbb sedap tu terlalu subjektif.. Kekadang sedap kat tekak kita tp kat tekak org lain tak pula.. Macam tu jugak sebaliknya.. Buatlah Pat.. Ko kan rajin masak2 jugak kan.. One of my biskut raya tahun ni..hehehe..

Nadz Nazharzan said...

Kak Sam :

Mana ada lajunya kak.. Kawan2 yg lain lagi berdesup2 berlari di dapur.. Naz ni kira terkedek2 jer ni.. Sebenarnya tetiba lak mood nak buat biskut datang.. Sambil2 tu cari la resepi2 biskut yg tak pernah buat..Nak buat utk hari raya nanti Insyallah..

ninazsyafinaz said...

kalau buat tambah perisa2 boleh agaknyer yerk..nak buat warna gelap perisa coffee/mocha..merah perasa strawberry dan kuning perasa vanilla/lemon..ahaks..nak buat kaler bendera german lah katakan.. :)

Unknown said...

Nak tnya. Utk adunan ni boleh dpt berapa biji biskut ye?

Unknown said...

Nak tnya. Utk adunan ni boleh dpt berapa biji biskut ye?

Unknown said...

Nak tnya. Utk adunan ni boleh dpt berapa biji biskut ye?

Unknown said...

doh dia mmg lembik ke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...