Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 8 May 2011

SELAMAT HARI IBU


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat hari ibu kepada semua rakan taulan dan pengunjung blog ini serta wanita-wanita di luar sana yang bergelar ibu. Semoga kita boleh terus memperbaiki diri menjadi seorang ibu yang sempurna di mata anak-anak kita..Insyallah.

Buat bonda tersayang Hjh. Badariah bt Hj. Hassan.. you are the best. 
Sekalung ucapan terima kasih untuk ibu mertuaku Hasnah bt Ludin kerana manerima menantumu ini seadanya.

Saturday, 7 May 2011

KEK KEJU KAPUCINO DINGIN For HARIS'S 10th BIRTHDAY


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ini kek sempena hari jadi anakanda Muhd. Haris semalam. Haris memang dah request inginkan kek keju bila tiba ulangtahun kelahiran dia. Bagus juga sebab tak payah nak deco dan hias kek sampai berpeluh-peluh di dapur tu. Lagipun manalah umminya ada banyak masa sekarang ni (cewahhhh...macamlah busy mengalahkan pak menteri..hehheeee..).

Semalam, genaplah sudah 10 tahun Haris menyerikan hidup Naz dan juga hubby. Merupakan anak yang amat senang diasuh, dijaga dan dibentuk. Memang tak banyak kerenah Haris ni. Naz masih ingat lagi selepas melahirkan Haris 10 tahun yang lampau pada pukul 3.35 pagi, haris hanya tidur hingga keesokan harinya (8 am). Sampaikan Naz sendiri yang risau bila tiada tanda-tanda Haris inginkan susu(sebab tak menangis pun..). Akhirnya seorang nurse tu suruh Naz kejutkan dia untuk disusukan.

Sewaktu di dalam pantang pun memang Naz mendapat rehat yang cukup. Mana tidaknya.. Haris memang senang tidur. Hinggakan kalau disalin lampinnya ketika dia tidur, memang dia tidak akan terjaga dari lena. Bila dia inginkan susu, dapat dilihat dari keresahannya di dalam lena saja. Bukan dari tangisannya. Mempunyai waktu tidur yang konsisten dan tidak pernah lewat dari pukul 9 malam sehingga mencecah usia 3 tahun.  Tabiat Haris yang mudah tidur ini memang kekal hingga hari ini (tapi bukan tidur dalam kelas yer..). Di mana saja dia pergi, asal ada tempat untuk berehat, dia boleh lena. Sering mengalah dengan adiknya (siapa lagi.. Husna lah). Masa mula-mula bersekolah di awal usia 5 tahun, Haris tidak sukar langsung untuk ditinggalkan di sekolahnya. Sampai ummi sendiri pun tak perasan yang anak ummi tidak menangis bila ditinggalkan. Sehingga hari ini pun, Haris memang merupakan anak yang sungguh menyenangkan. Ummi bersyukur dikurniakan Haris oleh Allah SWT 10 tahun yang lampau dan diberi peluang untuk membesarkan Haris.


Haiiii..kalau nak cerita tentang anakandaku Haris ni, selama 10 tahun bersama Naz, mau tak cukup page blog ni heheeee... So cukuplah setakat itu sahaja. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 10 HARIS (6/5/2011)-sorry entry ummi lewat sehari sebab tak sempat semalam nak mengadap laptop. Tapi semalam dah wish dan celebrate kan... Ummi doakan agar Haris beroleh keberkatan dariNya dan menjadi anak yang soleh serta sihat walafiat dan dipermudahkan dalam segala urusan. Ummi dan ayah sayang Haris! Amin..

Okey, malaslah nak celoteh panjang-panjang (padahal dah berceloteh pun..heheheee..). Terus je la taip resepi. Anyway, sedap sungguh kek ni. Tak de bako, bako punya kek.. Kita sejuk dinginkan jer ke dalam peti ais. Sekarang tengah musim panas. Sedap dapat makanan yang sejuk-sejuk ni.



KEK KEJU KAPUCCINO DINGIN
(CHILLED CAPPUCCINO CHEESE CAKE)
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

[A] Lapisan Bawah
Bahan-bahan :
  • 150 gm biskut chips more
  • 2 Tbsp butter (dicairkan)
Cara-cara :
  1. Hancurkan biskut dan gaul dengan butter cair hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan serbuk biskut ini ke dalam loyang spring foam (Naz guna loyang 8 inci). Ratakan dan tekan biar mampat dan kemas di dasar loyang. Masukkan ke dalam peti ais.

[B] Lapisan Kek Keju
Bahan-bahan :
  • 250 gm krim keju
  • 60 gm gula kastor
  • 2 sachet INDOCAFE Cappuccino (25 gm per sachet) + 4 Tbsp air panas
  • 1 1/2 Tbsp gelatin halal + 4 Tbsp air panas
  • 200 ml krim putar (dairy whipping cream)
  • 1/2 cawan coklat chips
  • Coklat urai untuk hiasan

Rupa krim yang diputar hingga bertanduk.
*Gambar dipinjam dari Google*

Cara-cara :
  1. Pukul krim putar hingga kembang dan bertanduk(soft peak seperti gambar di atas). Simpan di dalam peti ais.
  2. Di dalam mangkuk lain, putar krim keju bersama gula kastor hingga berkrim.
  3. Masukkan bancuhan INDOCAFE Cappuccino dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan bancuhan gelatin dan putar hingga sebati lagi.
  5. Keluarkan krim putar di (1) tadi dari peti ais. Masukkan 1/3 bahagian ke dalam mangkuk krim keju. Kaup balik dengan spatula hingga rata. Masukkan lagi 1/3 bahagian krim putar dan gaul lagi hingga sebati. Dan seterusnya masukkan lebihan krim putar yang tinggal dan gaul hingga betul-betul sebati.
  6. Masukkan coklat chips dan gaul rata.
  7. Tuang adunan kek keju ke dalam loyang spring foam tadi. Ratakan adunan di dalam loyang.
  8. Taburkan di permukaan adunan kek dengan coklat urai sebagai hiasan. Simpan di dalam peti ais sekurang-kurangnya 3 jam sebelum boleh dipotong.
SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 5 May 2011

Giveaway from Moscow by Miszlullaby


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Petama sekali terima kasih kepada Chik Mimi yang men'tag' Naz untuk menyertai giveaway yang dianjurkan oleh Miszlullaby

Untuk menyertai giveaway ini ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi. Sila klik di SINI untuk maklumat lanjut. Walaupun tidak di'tag', anda semua dialu-alukan untuk menyertai pertandingan ini. Mudah saja..

Untuk memenuhi syarat, di sini Naz tag 5 orang untuk menyertai giveaway ini. Mereka ialah :
  1. Lia : http://cadaver89.blogspot.com/
  2. Ziey : http://zieyilham.blogspot.com/
  3. Sari Yusa : http://sariyusa.blogspot.com/
  4. Mas : http://mas-dapurmas.blogspot.com
  5. Kak Dayang Jack : http://dayangjack.blogspot.com/
Tarikh tutup penyertaan ialah : 30/8/2011


KENTANG PUTAR DAN SOSNYA


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kentang putar memang kegemaran kebanyakan orang. Membuatnya pun bukanlah susah cuma sos untuk kentang putar yang kebanyakan orang tidak tahu cara membuatnya.

Resepi sos kentang putar ini, Naz ambil dari My Resepi kepunyaan daunpandan. Baca komen dari orang yang dah mencubanya, semuanya memuji kesedapan sos ini. Tak tahan pula tu tengok si Mas ni asyik tayang kentang putar dia beberapa kali di blognya. Jadi Naz pun ambil keputusan mencuba sos dari daunpandan ini. 

Anakanda Haris di rumah ni memang suka sangat dengan kentang putar. Kalau pergi KFC, harus beli kentang putar. Sebelum ini, Naz memang pernah membuat kentang putar tapi tanpa sosnya..heheheee.. Ni kes tak taulah nak buat sos tu. Selalu makan dengan  sos cili je. Sekarang dah lengkap kentang putar bersama sosnya sekali.


KENTANG PUTAR

Bahan-bahan :
  • Beberapa biji kentang (ikutlah banyak mana nak)
  • Sedikit susu segar
  • Serbuk lada hitam atau lada hitam yang ditumbuk
Cara-cara :
  1. Kupas kulit kentang, basuh dan potong 8. Rebus hingga empuk.
  2. Toskan kentang yang telah empuk. Lenyek hingga halus atau boleh kisar di dalam food processor sambil memasukkan sedikit demi sedikit susu segar dan lada hitam sehingga mendapat texture yang anda inginkan.
  3. Scoopkan ke dalam mangkuk dan tuangkan sos ke atasnya sebelum dimakan.

SOS KENTANG PUTAR
Sumber resepi : daunpandan (My Resipi)


Bahan-bahan :
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam pekat (dalam botol kaca)
  • 1 biji bawang besar -dicincang
  • 1 batang saderi - dicincang (Naz guna 2 rumpun saderi)
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum (Naz guna 2-3 Tbsp tepung gandum)
  • 1 Tbsp sos tomato
  • 1 Tbsp sos tiram
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Beberapa titis kicap pekat (untuk memberi warna)
  • Garam (Naz tak letak pun)
Cara-cara :
  1. Masak air bersama stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Kecilkan api dan renih selama 10 minit. Tutup api dan tapis ke dalam mangkuk.
  2. Cairkan mentega di dalam periuk di atas api sederhana. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga tidak melekat di tepi periuk.
  3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau agar tidak bergentel.
  4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titis kicap pekat(sebagai pewarna). Masukkan serbuk lada hitam.
  5. Masak hingga mendapat kepekatan yang diingini. Untuk garam, rasa dulu sos kentang putar tu sebab stok ayam dan sos tiram pun dah masin. Naz tak letak pun garam..  
Inilah rupa stok ayam pekat di dalam botol..


Satu lagi gambar..close up punya..

SELAMAT MENCUBA!


Wednesday, 4 May 2011

GULAI AYAM KERING SANTAN


Assallamualaikum dan salam sejehtera.

Bila tengok gambar gulai di atas tu, mesti ramai yang menyangka itu lauk ayam masak lemak cili padi kan. Naz pun bila terpandang gulai ni di rumah UIL(uncle in law) hari tu pun ingat lauk lemak cili padi rupanya bukan. UIL Naz bagi tau ni gulai ayam kering santan. Jangan tanya Naz ye kenapa nama dia macam tu sebab UIL Naz ni pun tak beri penjelasan lanjut.

Naz pun tanya je la resepi gulai ni. Senang je kata UIL. Bahan-bahannya ialah ayam, sedikit bawang merah dan bawang putih, halia yang banyak, asam keping dan sedikit serbuk kunyit serta santan. Masukkan saja semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga ayam empuk. Masukkan sebatang cili merah yang dihiris sebelum menutup api. Senang jer kan. 

Resepi ni katanya kegemaran arwah bonda dia semasa hayat ada dulu. Selalu arwah ni masakkan gulai ni bila UIL Naz ni balik ke kampung. Naz ubah sikit cara penyediaan gulai ini sebab nak letak kentang di dalam kuahnya. Kentang kan kegemaran orang di rumah ni.... Resepi yang sesuai untuk anak-anak sebab tak pedas.

GULAI AYAM KERING SANTAN

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam - dibersihkan dan dipotong kecil
  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2-3 inci halis - dihiris memanjang
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji kentang - dikupas kulit dan dibelah 4
  • 1 biji cili merah - dihiris
  • 1 1/2 cawan santan cair
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga kentang empuk.
  2. Masukkan santan pekat dan hirisan cili. Tunggu seketika hingga menggelegak. Rasakan garamnya.  Matikan api. Hidang dengan nasi panas.
  3. Rasa gulai ni sepatutnya sedikit masam. 
SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, 3 May 2011

KEK COKLAT KUKUS (MUNIRA)


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Kek coklat kukus yang sungguh sedap ini, diambil resepinya dari dapur kak NoorMasri. Resepi kek yang sungguh lembut dan lembap ini dipunyai oleh Puan Munira Baharom dari Kongsi Resepi. Terima kasih kerana berkongsi resepi yang sungguh sedap ini. Terima kasih juga kepada kak NoorMasri kerana mengetengahkan resepi ini untuk dicuba ramai.



Selepas membaca entry kak NoorMasri tentang kek ini, yang sungguh gebu, sungguh lembut hingga susah nak handle membuatkan Naz mengambil keputusan membuatnya di dalam loyang spring foam agar mudah dikeluarkan setelah masak nanti. Memang tepat pilihan loyang Naz tu. Mudah saja mengeluarkan kek ini setelah masak dan disejukkan seketika di dalam loyang. Lebih-lebih lagi Naz lapikkan bahagian dasar loyang dengan kertas kalis minyak sebelum menuang kek ke dalam loyang.


Kek ini Naz buat untuk dibawa bersama Puding Koktail Berkuah hari tu ke jamuan ringkas di rumah sahabat ni. Jadi gambar kek yang dah dipotong tak dapat diambil. Malulah pulak..Orang sibuk makan-makan..kita sibuk-sibuk tangkap gambar. Orang lain sibuk tangkap gambar orang, Naz sibuk pula tangkap gambar makanan..heheheee..

Anakanda Husna tu suka sangat makan kek ni. Tak sabar-sabar dia minta ummi potongkan untuknya. Yang anakanda Haris pula, bila dah masuk ke dalam kereta untuk pulang baru teringat dia tak makan kek coklat ni sebab sibuk sangat dengan makanan lain tadi..heheheee.. Kena buat jugalah lagi sekali dalam waktu terdekat ni. Tapi sebab kek ni sedap, tak apa kena buat banyak kali pun.

KEK COKLAT KUKUS (MUNIRA)
Resepi Oleh : Puan Munira Baharom (kongsi resepi)

Bahan-bahan A :
  • 1 cawan gula pasir - Naz guna 3/4 cawan sahaja
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak - Naz guna minyak jagung
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - Tambah sendiri 

Semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.
Rehatkan sekejap bila dah sebati


Bahan-bahan B:
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Ayak semua bahan di atas bersama.

Bahan-bahan C:

4 biji telur - dipukul hingga kembang 
Cara-cara membuat:

Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yg digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jgn buka pengukus semasa proses mengukus 45 min yg pertama takut kek jadi mendap.
(Naz kukus 1 jam 30 minit)


SELAMAT MENCUBA!

SEPETANG DI TAMAN AIR "SPLASH"

Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Ni saja nak upload gambar-gambar anakanda Haris dan anakanda Husna bermain air di kolam air ni. Bawa dia orang ni hari Sabtu lepas. Dapatlah juga mereka mandi manda selama lebih kurang 2 jam lebih. Sibuk masing-masing merengek nak mandi di swimming pool. Dah lama katanya ayah tak bawa.
Okey malas nak tulis panjang-panjang.. Tengok gambar je lah ye.

Husna yang memang suka membuat pelbagai aksi ketika bergambar.

Haris yang sentiasa cool.

Husna meminta Haris menunggu di depan gelongsor sebelum menuruni papan longsor.

Husna yang gembira bila disambut oleh Haris di dalam air.. Takut tenggelam sebenarnya..hahahaaa


Aksi yang serupa. Husna menuruni gelongsor. Haris menanti untuk menyambut Husna di dalam air.

My lovely kids..

Husna..

Haris..

Haris dan Husna. Tengoklah rambut Husna tu..kih..kih..kih..

Abang dan adik.

Budak kecik ni menangis sebab tak dapat masuk dalam air..heheheeee..

Muka budak yang kepasrahan..
Dapat naik yang ni pun jadilah...

Monday, 2 May 2011

PUDING KOKTAIL BERKUAH


Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Puding koktail berkuah yang mudah disediakan ini memang sesuai dinikmati waktu-waktu panas sepeti sekarang ini.

Naz sediakan puding ini untuk dibawa ke rumah sahabat yang menjemput ke rumahnya atas satu majlis jamuan ringkas petang semalam. Sebelum ini, Naz pernah meletakkan resepi puding ini di blog dahulu. Cuma bezanya, kali ini Naz menggunakan serbuk agar-agar untuk membuat puding kastad manakala dahulu Naz menggunakan agar-agar bertali untuk menyediakan puding kastadnya. Untuk resepi yang terdahulu sila klik di sini.


PUDING KOKTAIL BERKUAH
Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN


Bahan-bahan Puding Kastad :

  • 900 ml air
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 5 Tbsp gula pasir
  • 3 Tbsp tepung kastad
  • 1/2 tsp garam halus
  • 250 ml susu cair

Cara-cara :

  1. Masak serbuk agar-agar dan gula pasir bersama air hingga larut. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastad bersama susu cair hingga larut.
  3. Masukkan bancuhan tepung kastad dan garam ke dalam larutan agar-agar dan masak hingga sebati. Tutup api dan tuang ke dalam loyang. Biarkan beku di dalam peti ais.

Bahan-bahan Kuah Puding :
  • 1 tin susu cair (400 ml) + baki susu cair dari atas tadi
  • 1 tin besar fruit cocktail (tapis untuk mengasingkan buah-buahan dengan airnya)
  • 200 ml air masak
  • 5 Tbsp gula pasir
  • 1/2 tsp garam halus
Cara-cara :
  1. Campurkan semua bahan di atas kecuali buah koktail.
  2. Masak sekadar gula larut dan tutup api.
  3. Sejukkan ke dalam peti ais.

Cara Menghidang :
  1. Potong puding kastad menjadi bentuk kiub-kiub kecil.
  2. Masukkan kiub-kiub puding kastad tadi ke dalam mangkuk besar bersama buah-buahan campuran yang telah ditapis tadi.
  3. Tuangkan kuah puding dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...