Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday 3 September 2012

ALATAN MEMBENTUK FONDANT DAN GUMPASTE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.
Atas permintaan beberapa orang teman, Naz masukkan entry khas tentang beberapa alatan yang digunakan untuk membentuk fondant yang ada dalam simpanan Naz. Tujuan Naz paparkan alatan ini bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tapi untuk berkongsi apa yang Naz tau serba sedikit tentang fondant dengan rakan-rakan yang berminat terutamanya pada yang request tu yer...
Semua alatan ini tidak Naz perolehi dan miliki pada satu masa yang dekat. Naz kumpul membelinya sedikit demi sedikit mengikut keperluan untuk menggunakannya. Ikut bajet yang ada juga sebenarnya sebab Naz bukan wanita berkerjaya. Jadi poket tak kembung pun..heheheee...

Gambar di atas ni adalah alas untuk menggelek fondant. Alas ini boleh diperolehi di kedai menjual alatan dan bahan bakeri. Kalau bernasib baik, boleh dapatkan alas ni dalam warna selain dari putih. Naz pernah jumpa alas ni yang bewarna pink di Bake With Yen di Puchong. Tapi masa tu Naz dah ada alas di atas, so telan air liur je la masa tu..heheheee.. 

Kebaikan menggunakan alas khas untuk menggelek fondant ni ialah fondant kurang melekat-lekat lepas digelek. Tapi masih perlu guna tepung jagung atau gula icing juga. Lagi satu kebaikannya ialah memudahkan kita mengukur lebar fondant yang dikehendaki bersesuaian dengan saiz kek yang ingin dibalut. Nampak tak ada garisan-garisan bulat dan juga nombor-nombor di atas alas tu. Nombor-nombor tu menunjukkan saiz pada setiap ukuran. Memang sangat membantu kalau nak balut sebiji kek. Kalau buat cuppies jer tak perlu ada ukuran pun tak apa sebab cuppies kecil je.

Tapi sebelum ada alas di atas, setiap kali nak menggelek fondant, Naz gunakan alat di bawah..

Tak kanlah tak kenal papan dan penggelek biskut ni kan. Yup, memang Naz gunakan yang ini jer mula-mula baru berjinak-jinak menggunakan fondant. Cuma kalau guna penggelek dan papan untuk menerap biskut ni, kena guna tepung jagung lebih sikit untuk mengelakkan fondant melekat.


Penerap bulat dan bergerigi dalam 4 saiz.
Ok, seterusnya alat di atas ni pula. Alat ni adalah penerap dengan dua bentuk iaitu bulat dan bergerigi pada dua belah hujung yang berbeza. Satu hujung bergerigi dan satu hujung lagi bulat rata je. Satu set alat ni dah dipack dalam 4 saiz. Alat ni selalunya Naz gunakan untuk menerap fondant bagi menutup permukaan kek cawan.


Penerap pelbagai bentuk:
1-bentuk daun, 2-bentuk hati, 3,4,5-bentuk bunga.
Seterusnya gambar di atas adalah beberapa jenis penerap yang digunakan untuk menerap fondant mengikut bentuk yang kita inginkan. Yang bentuk daun tu, ada juga bentuk daun yang lain dari yang Naz ada ni. Tapi buat masa sekarang, ini je lah yang biasa Naz guna. Selain dari penerap khas fondant ni, kita boleh juga guna penerap biskut raya tu. Ikutlah kesesuaian dengan deco yang ingin kita buat. Penerap-penerap fondant di atas ni, biasanya ada 3 hingga 4 saiz dalam satu pack dengan bentuk yang sama.

Modelling tools set.
'Modelling tools set' di atas digunakan untuk membantu kita ketika membentuk fondant menjadi sesuatu objek seperti yang kita inginkan. Tapi kalau baru berjinak-jinak dengan fondant, boleh lewatkan dulu untuk memiliki alat ni. Dengan alat ni, kita boleh buat bunga atau daun tanpa penerap. Dengan alat ini juga kita boleh menjadikan hasil terapan fondan kita menjadi bentuk yang lebih cantik mengikut kehendak kita. Nanti ada masa, Naz tunjuk serba sedikit cara menggunakannya.. Insyallah. 


Pencetak huruf.
Pencetak huruf di atas sebenarnya untuk mencetak biskut. Boleh juga digunakan untuk mencetak fondant tapi pencetak huruf ini besar huruf-hurufnya. Naz pernah guna pencetak ini untuk mencetak huruf dalam entry sebelum ini. Boleh klik di SINI untuk melihat contohnya.


Pencetak huruf khas untuk fondant.
Ok, gambar di atas ini juga merupakan pencetak hurut tapi yang ni memang khas untuk fondant atau gumpaste. Pencetak huruf dan nombor seperti di atas ada pelbagai jenis. Boleh tengok di SINI sebagai rujukan atau kalau nak order. Naz pernah masukkan video youtube dulu sebagai rujukan cara menggunakan pencetak ini. Boleh lihat di SINI untuk video tersebut dan juga contoh hasil Naz menggunakan pencetak ni. Di SINI pun ada hasil fondant yang Naz cetak menggunakan alat ini.


1-penggelek bercorak,  2-penggelek tidak melekit,  3-Fondant smoother,
4-berus,  5-lidi satay
Sekarang gambar yang terakhir untuk entry kali ini. Alat bernombor 1 tu adalah penggelek bercorak. Kegunaannya untuk mendapatkan permukaan fondant yang bercorak. Ada beberapa jenis lagi alatan ini dengan corak yang berbeza yang boleh diperolehi di kedai-kedai menjual alatan dan bahan kek.

Alatan bernombor 2 - Penggelek tidak melekit. Kalau guna penggelek ini untuk menggelek fondant atau gumpaste, kurang melekat fondant pada penggeleknya. 

Alatan bernombor 3 - Fondant smoother yang digunakan semasa kita membalut kek. Kegunaanya adalah untuk melicinkan lagi permukaan kek yang telah dibalut dengan fondant agar kelihatan lebih sekata dan cantik.

Alatan bernombor 4 - Yang ini berus. Boleh guna apa-apa berus pun. Berus untuk lukisan tu pun boleh tapi janganlah guna yang dah digunakan untuk melukis ye. Carilah yang baru yang masih belum tercemar. Asal jangan guna berus sabut atau berus dawai ataupun berus basuh baju jer dah...hihihiiiii.. Kegunaannya banyak sebenarnya. Yang ni Naz guna untuk menyapu dan membuang lebihan tepung jagung yang terlekat pada fondant selepas siap menghias. Boleh guna berus melukis yang kecil untuk menyapu air pada fondant untuk pelekatan di permukaan fondant lain.

Alatan bernombor 5 - Yang ini pula adalah lidi satay. Naz gunakan ini untuk mencungkil secara cermat kalau fondant yang diterap terutamanya yang diterap dengan pencetak huruf sekiranya tersekat. Lidi ni juga boleh digunakan pada model fondant untuk mendapatkan efek yang nipis seperti renda. Caranya dengan menekan sedikit bahagian hujung lidi yang tajam tu pada posisi baring(lidi tu yang dibaringkan tau! Bukan kita yang baring..hihihihii)  dan golekkan ke depan dan kebelakang hingga mendapat efek yang kita inginkan.

Okey, cukup dulu setakat ini. Berjumpa pula kita di lain kali...ceh..ceh..cehhhh... Macam bahasa surat lak..hihihiii. Harap entry tak seberapa kali ini sedikit sebanyak membantu kawan-kawan yang ingin mengetahui tentang peralatan dalam membentuk fondant dan gumpaste ni ye. Insyallah ada lagi ilmu yang Naz tau akan Naz kongsikan di blog ini lagi.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA!


17 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam kenal Naz,
Terima kasih kerana berkongsi info, sgt berguna pada yang baru berjinak-jinak nak buat kek fondant ni kan :D

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

info yg bagus ni nadz... mekasih berkongsi ye..

Amie said...

Luasnya dunia baking membaking ni ye Naz... kami tahu buat lempeng aje, he he heh terima kasih sudi kongsi info, dapatlah tabah ilmu pengetahuan.

Chik Mimi said...

Selamat hari raya maaf zahir batin Naz ,good info thanks for sharing

Kak Sam said...

tq 4 sharing. teringin sangan nak belajo deko tapi memang ssah takan menjadi punya. hehehe

ijayuji said...

Salam lebaran buat akak n family kat sana, minta maaf salah n silap, terlebih n terkurang, sengaja atau tak sengaja, maaf zahir batin.. mcm gini ya alat2 dia, jakun sungguh kita kak :D org niaga mmg tahu serba serbi, tanya org mcm kita mmg tak leh diharap :D

kak ina kl said...

salam lebaran

aduhai tak rajin akak nak buat ni semua sekarang..keputusan pengomen terbaik telah di umumkan di blog..silalah terjah yer

quinnie said...

terima kasih kak naz atas perkongsian ilmu.... saya ni minat nak belajar buat fondant ni..tapi tak dek masa...hehehe

Anna Qawina said...

Tq kak....bnyk mmbantu i.Allah akn kumpul skt2..dah bnyk yg tanya tp blm brni cuba..hiii

Mamasya said...

Salam Lebaran Naz.dah byk koleksi Naz utk deco cake...lepas ni lagi cantik hasil tangan Naz.tengok hasil CC kat bawah tupun dah menawan. akk suka juga belek2 tool deco ni kalau ke kedai tp belum buat koleksi lagi..

Unknown said...

Salam Lebarab Naz. Tie juga minat menbuat fondat. Bagus info yang naz berikan ni. Nanti kalau ada apa2 masalah bolehlah kita berkongsi ya!



Qasey Honey said...

slm Kak Nadz...tq kak atas perkongsian info di atas tu...rupanya kena tabur tepung jagung yer kak...QH hrtu wt guna tepung gandum..hihi...belh ker kak cmtu..

Unknown said...

Terima kasih kakak..hanya allah saja yg dapat membalas segala tunjuk ajar kakak.

Unknown said...

Tq Naz,atas info yang amat berguna ni,semoga Allah membalas jasa baik awak.😃😃😃😃

Unknown said...

Tq so much Naz

Beautufulorchid said...

Kat mana nak dpt pencetak huruf tu ye ? Yg ntok bt biskut .

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian anda..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...