Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 12 September 2012

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita pada hari ini. Semoga segala yang dirancang berjalan lancar seperti yang kita inginkan dengan niat yang baik..Insyallah..

Okey, seperti yang dijanjikan pada entry yang lepas (AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE), pada entry kali ini, Naz akan tunjukkan hasil agar-agar santan yang Naz buat menggunakan resepi yang sama dengan agar-agar santan sirap rose semalam tetapi menghasilkan rupa agar-agar yang  berbeza. Sekiranya semalam Naz paparkan agar-agar santan yang mempunyai dua lapisan, hari ini Naz tunjukkan pula agar-agar yang tidak menjadi dua lapisan.

Jadi, mula-mula Naz letak dulu resepinya yang memang sama dari segi bahan-bahannya. Dalam tatacara akan Naz tuliskan bagaimana nak dapatkan agar-agar seperti kali ini. So, baca dengan teliti ye!


AGAR-AGAR SANTAN PANDAN
Bahan-bahan :
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
  • 1 liter air (4 cawan)
  • 200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
  • 250 ml santan pekat (1 cawan) - Naz guna santan kotak jer
  • 1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
  • Secubit garam
  • Sedikit perisa/emulco pandan dan beberapa titis pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan

Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan perisa pandan serta pewarna hijau. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, kacau-kacau adunan dan pastikan api dijaga (kalau perlu kecilkan lagi api) supaya adunan mengelegak perlahan sahaja (mereneh). Bukan menggelegak dengan buih-buih yang besar tu yer. Kemudian tutup api. Tak perlu terlalu lama sehingga nampak santan berbintil-bintil. 
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...

TIPS DAN NOTA NAZ:
  • Untuk mendapat agar-agar santan yang sekata iaitu tidak mempunyai dua lapisan seperti agar-agar semalam ni, bila adunan mula menggelegak selepas santan dimasukkan, kecilkan api agar adunan cuma menggelegak perlahan iaitu mereneh. Proses mereneh ni akan menghasilkan buih-buih yang kecil-kecil jer.. Yang sopan-sopan je dalam periuk tu..heheheee.. Bukan menggelegak kuat tau, dengan buih-buih yang mengganas di dalam periuk. Kemudian, bolehlah tutup api. Tak perlu lama. Insyallah..hasil agar-agar akan jadi seperti yang Naz tunjukkan hari ini.
  • Tapi pada yang inginkan agar-agar santan yang menghasilkan dua lapisan seperti yang biasa kita lihat tu, boleh baca TIPS MENDAPATKAN AGAR-AGAR SANTAN DUA LAPISAN DI SINI.


Okey, gambar ni memang saja Naz close up sebab nak tunjukkan sesuatu. Nampak tak bintil-bintil pada agar-agar ni? Bintil-bintil ni lah yang akan kita nampak bila adunan kita mula menggelegak. Jadi, oleh sebab Naz tak biarkan adunan menggelegak lama, jadi walaupun dah terhasil bintil-bintil ni, agar-agar Naz tetap tidak menjadi 2 lapisan. Sekiranya nak dapatkan agar-agar dengan 2 lapisan, bila dah nampak bintil-bintil ni dalam adunan, jangan terus tutup api. Tapi biarkan adunan tu menggelegak lama supaya lapisan santan dan cecair terpisah. Hehehe...faham ke tidak ni yer... Harap-harap fahamlah yer... Kalau tak faham, boleh baca entry sebelum ni juga supaya lebih jelas lagi penerangan Naz ni yer.

SELAMAT MENCUBA!

12 comments:

CT Delima said...

As'salam Naz

suami suka betul agar2 macam ni, lama betul k.ct tak makan hehehe. terima kasih bagi tip ya Naz :)

zila norazila said...

tips yg berguna tu naz..owhh buih2 tu x menganazz erk..he hehe..pasti dicuba nie naz..zila nk buat yg buih tu mengganas..h ehee

ijayuji said...

Salam kak nazzzz!!! selamat petanggg! dah minum petang belum kak? kita makan gula2 jerr nii hihihi.... mekaseh bg tips tu lagi, nanti minggu dpn kita nak cuba bat agar2 yg rose tu dulu sbb kita suke bau rose berbanding pandan :D

EmbunRosaliza said...

Assalam naz, akk mmg suka agar2 santan tak kira yg menjadi atau pun tidak. Tq naz berkongsi tips2 utk jd 2 lapis dan sekata, kdg2 kita tak perasan kesilapan berlaku masa buat agar2 ni. Nyaman tgk kaler ijau tu, sejuk mata sejuk juga tekak

Amie said...

Faham Naz.... tapi kita suka yang lapisan nipis aje he he he hhh

JaSSNaNi said...

lepas tengok agar2 pink tu, dah teringat2 nak makan agar2.. skrg nampak plak agar2 ijau ni,, wahh bertambah bekobar2 nak wat agar2 ni.. ehehehe.. kena tunggu sabtu ni.. baru ada masa menggodek agar2 kat umah..

izahdaut said...

Ooo camtu.. Patut la ada setengah ada 2 lapisan, ada jugak xde lapisan. Teknik memasak tu kene betul seperti apa yg kita mahukan tak gitu.. Gitu gitu.. Tpi agar2 gini xpernah lapuk dek hujan mmg evergreen kan

Unknown said...

Assalamualaikum Naz :D
Sedapnya...Kak Lin lebih terpikat pada yg merah tu...Insya Allah Kak Lin akan cuba...

Sms Naz akak dah reply kat FB..

Mamasya said...

Salam Naz. lepas agar2 lapis merah...agar hijau pula.resepi sama tp rupa berbeza....menarik! tq Naz kongsi tips utk dptkan agar begini dan yg lapis....

Qasey Honey said...

slm Kak Nadz...dh lama rasanye QH xmkn agar pandan ni...dlu mak selalu gak buat tp dh duk jauh ni mmg susah la nk mrasa..

Rohah said...

skrg ni kita asyik nk mamam puding @ agar2 je Naz..td ni baru je beli agar2 kering, 5 peket!!...buat stock..lebih2 dr org mengidam..kiki

Eiyda said...

Assalam..kalau tak letak telur boleh??agar2 tetap jadi 2 lapisan or tak??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...