Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Tuesday 13 December 2011

KUEH TEOW GORENG



Assallamualaikum dan salam sejahtera.

Menu yang simple saja hari ini. Teringat sewaktu kecil, memang Naz tak pernah makan kueh teow. Bukan saja tak pernah makan tapi tak kenal pun rupa kueh teow. Ini kerana bonda Naz memang tidak pernah menyediakan hidangan yang menggunakan kueh teow. Untuk mengenalinya melalui kedai-kedai makan di luar lagi lah tidak sebab memang parent Naz jarang sangat makan di luar. Rasanya Naz mula mengenali kueh teow ni semasa duduk di asrama kerana menyambung pelajaran selepas peringkat sekolah.

Rasanya kebanyakan orang pun tau cara menyediakan kueh teow goreng ni. Resepi ini agak ringkas. Tiada penggunaan kerang di dalamnya kerana anakanda Haris memang suka dengan isi ayam saja di dalam menu ini manakala Husna pula suka sekiranya ada fish ball dan fish cake. Yang suka kerang cuma ummi dan ayahnya saja. Kalau ada kerang memang lagi sedap tapi bila anak-anak makan, dikuis-kuisnya ke tepi pinggan. Jadi khas untuk rujukan anakanda-anakandaku di kemudian hari, di sini ummi tuliskan resepi kueh teow goreng yang kalian gemari.

KUEH TEOW GORENG

Bahan-bahan :
  • 1 bungkus Kueh Teow (400 gm)
  • 4 ulas bawang merah ~ tumbuk
  • 4 ulas bawang putih ~ tumbuk
  • 4 sudu besar cili boh/ cili kering mesin (boleh adjust sendiri)
  • 1/2 cawan isi ayam ~ yang telah dipotong kecil
  • 6 biji bebola ikan ~ dihiris
  • 1-2 batang fish cake ~ dihiris
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar kicap masin
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan air
  • 200 gm taugeh ~ dibuang ekornya, dibasuh dan ditoskan
  • Minyak jagung/ minyak masak untuk menumis
  • Cili merah atau lada jeruk ~ untuk hiasan dan penambah perisa
  • Asam limau ~ sekiranya suka
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga masak.
  2. Masukkan isi ayam. Gaul sekata. Biar seketika.
  3. Masukkan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan juga sos cili. Masukkan 1/4 cawan air. Gaul sekata.
  4. Masukkan bebola ikan dan juga fish cake. Gaul rata. 
  5. Masukkan kueh teow dan gaul sebati. Rasakan masakan anda. Adjust ikut citarasa dengan menambah kicap, sos cili atau garam.
  6. Akhir sekali masukkan taugeh dan gaul rata. Jangan lama sangat nanti taugeh lembik. Tutup api.
  7. Hidangkan dengan hirisan cili merah atau cili jeruk dan juga daun bawang. Perahkan asam limau sekiranya suka.
SELAMAT MENCUBA!

15 comments:

ady said...

as-salam naz

bestnye pagi2 b/f dgn KUEH TEOW GORENG..suka kueh teow goreng yg basah2..npk sedap kueh teow goreng naz..

EmbunRosaliza said...

Assalam Naz, singgah bf kat sini, akk semua boleh tak ada kerang pun ok heheh, tumpang mkn ngan anak2 naz la. bebudak mmg mcm tu, kalo kita letak yg diorg tak makan, penuh tepi pinggan tu disusun2nya hehe. Senang citer letak je yg diorg mkn, pasti licin.

Dulu2 mana ada org jual kueh teow kat kampung2, kena pg pekan atau [asar baru ada, akk pun naik sekolah menengah baru kenal kueh teow heheh, dulu2 kue teo tak seglamer mee atau behon kan

quinnie said...

salam kak naz...likat pekat je kuetiau nya..saya pun suka goreng kuetiau pekat2 cam gini...baru puas makan..kalau letak skit kicap warna tak gelap rasa tak puas makan..hehehhe

kuetiau letak ayam memang sedap...:)

ilahjy said...

wkslm naz..kak baru balik melaka sabtu ahad lepas..urusan keluarga...
tapi terkejau2 masa..
naz balik ke? tak dpt kita jumpa..

Liza said...

salam naz..bestnya kuetiaw tu...dpt utk lunch pun ok gak ni....kuikuikui

myda_ahmad said...

salam perkenalan..
my favourite...lg2 kalau goreng basah,dimakan masa panas dan diperahkan air limau nipis ,ada rasa masam2 gitu.......anak2 saya pun suka...

Widi Dede said...

duh sedapnya

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak naz,uish akak xpernh mkn kue tiau smp sekolah eks,hehe..Sy lak mak selalu juga msk n selalu ayah suka beli bihun goreng mamak yg dicampur kue tiau,mmg kalo beli mee mamak jer mesti campur kue tiau..Nmpak sedap yg akak msk nih,xda kerang pon ok jer kak,janji pandai goreng,mmg sedap jer..

mawar merah said...

Naz..da lama akk x mkn kuey teow ni..terliur tgk..lembab2 gitu..

ciksu said...

salam kak naz,,lama tak singgah blog kak naz..sue dtg bawak pinggan ni tgka da chocolate chip,hehe

cikmanggis said...

sedapnya Naz..lama dah tak goreng kuay tiew..asyik masak bihun je...jika bubuh kerang lagi terangkat gitu hehe

Unknown said...

salam kenal naz....wahhh bestnyer koetiow nihh.... lapa la plak pepagi tgk menu naz nihh...
sy masuk dlm blog list sy n folo....

Ayu said...

Assalam naz, hehe..akak ni pun sama juga tapi kuey teow tahulah cuma tak reti makan or tak suka kuey teow..tapi semenjak dah ada blog semua akak bedal..dan cuba..itu pun bila cuba recipe penang char kuey teow cheiza kat myresipi tu..hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam naz...tgk kueteow maz ni,br tingat dah alam xmasak.Tumpang makan kueteow kat umah naz la yer :D

Unknown said...

Sedapnya... Terliur plak ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...