Salam semua. Hari ni nak simpan resepi Lasagna ke dalam blog ini. Gambar-gambar ni diambil semasa proses membuat Lasagna di rumah mak cuti sekolah tahun lalu. Kebetulan anak-anak dan anak-anak buah berkumpul di sana dan ada request dari mereka, tu yang buat ni. Sebelum ni kalau buat tak pernah ambil gambar.
Dan lasagna ni bila dah siap dimasak, tak sampai 1 jam dah licin. Memang lasagna ni menjadi kegemaran mereka termasuklah mak dan ayah mereka serta adik beradik Naz sendiri. Cuma tak bolehlah nak buat selalu sebab kosnya boleh tahan jugak tapi still lebih berbaloi dari beli yang dah siap tu.
Naz first time belajar dan buat Lasagna ni semasa merantau ke Perth dulu. First time makan terus jatuh hati. Cuma sos daging tu, kalau ikut resepi asal menggunakan tomato puree dan juga diced tomato. Naz ubah untuk lebih senang menyediakannya.
LASAGNA
Bahan-bahan :
1 kotak instant Lasagna sheet
Shreeded cheese
Sos daging :
400 - 500 gm daging cincang (guna daging cincang Ramly burger je)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang carrot (hiris/cincang halus)
2 sudu besar minyak masak
1 botol atau 1 tin sos spagetti(any brand, naz guna kimball or Preggo)
Lada sulah
Garam
Sos putih/sos keju :
2 sudu besar mentega/margarine
2 sudu besar plain flour
2 cawan susu segar
Garam
2 sudu besar shredded cheese
Cara Membuat Sos Daging :
1. Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan carrot. Biar hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan daging cincang dan biar hingga perang.
3. Masukkan sos spagetti, lada sulah dan rasakan garamnya. Biar hingga kering sikit tapi jangan terlalu kering kerana kita memerlukan kelembapan dari sos daging untuk melembutkan kulit lasagna semasa proses membakar di dalam oven.
Cara Membuat Sos Keju :
1. Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.
2. Masukkan plain flour dan kacau dengan ballon wisk hingga sebati. Tutup api.
3. Masukkan susu dan gaul hingga sebati. Kemudian letakkan semula periuk di atas api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab apabila sos keju telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas). Tutup api.
Cara Melapis Lasagna :
1. Buat satu lapisan nipis sos daging di dalam loyang.
2. Tuang sos keju ke atas lapisan sos daging tadi.
3. Lapiskan pula dengan instant lasagne sheet menutupi permukaan daging dan sos keju.
4. Buat beberapa lapisan sos daging, sos keju dan lasagne sheet lagi lebih kurang 2-3 lapisan lagi.
5. Pada lapisan terakhir selepas lapisan sos keju, taburkan shreeded cheese rata-rata.
6. Inilah rupa lasagne sebelum di bakar.
7. Bakar di dalam oven sehingga keju kelihatan mencair dan masak. Suhu 180 C selama 35-40 minit atau hingga keju mencair sepenuhnya.
8. Sejukkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan…Makan semasa masih suam lebih sedap sebenarnya.
NOTA :
Ada jugak orang yang bertanya, kulit lasagna tu tak perlu direbus dulu ke sebelum digunakan? Naz memang tak pernah merebus kulit lasagna tu sebab dengan kelembapan dari sos daging dan sos keju yang dibuat, teleh cukup menjadikan kulit lasagna itu lembut selepas proses membakar.