Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday 17 January 2010

KUIH LOPES


Kuih Lopes ni dibuat untuk minum petang di rumah. Resepi asal dari Kak Hanieliza. Cuma selepas kukus, Naz tak buat seperti kak Liza yang menggunakan penutup botol Nescafe untuk membentuk Kuih Lopes ni. Apa yang Naz buat ialah membungkus pulut yang siap dikukus di dalam aluminium foil sebagai ganti daun pisang sebagaimana yang orang biasa buat. Alhamdulillah, menjadi juga rupa Kuih Lopes nie..

KUIH LOPES
Sumber : Kak Hanieliza
Bahan-bahan :
2 cawan beras pulut
2 cawan santan + garam(I used 1/2 tsp salt)
1/2 cawan jus pandan

Kelapa muda parut

Cara :
1. Masukkan semua bahan di atas kecuali kelapa parut ke dalam loyang dan kukus sehingga masak(lebih kurang 30 minit). Biarkan sejuk seketika.
2. Letakkan sedikit pulut ke atas aluminium foil dan balut/bungkus membentuk silinder ketat-ketat.


3. Kukus semula pulut yang di dalam aluminium foil tadi selama 10 minit.
4. Tunggu pulut sejuk baru dipotong, disalut dengan kelapa muda parut dan hidangkan dengan air gula merah.

Air gula merah :
Sumber : MamaFami
Bahan-bahan :
1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula merah(I used gula Melaka 100 gm)
1 1/2 cawan air

Cara :
Masak semua bahan di atas hingga larut. Hidangkan dengan kuih lopes yang telah disalut kelapa parut.

Dua bungkus pulut selamat dimakan sebagai Kuih Lopes. Lebih lagi satu bungkus, dimakan bersama dengan lauk daging masak lemak cili padi lebihan malam tu pada keesokan paginya.

2 comments:

suhaina laui. said...

tq kak na resepi ni...mak sue mmg suka mkn kuih ni...kalo g penang...abg2 sue wajib pergi beli kat mak....utk mkn pagi ;)

Unknown said...

sye slalo makan ngn air gule merah,, sdp sgt3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...