Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 10 January 2010

APAM


Hai kebelakangan ni terajin pulak nak buat kuih-muih yang dimakan dengan kelapa parut. Hari ini buat kuih apam pulak. Resepi dari rumah Kak Rinnchan. Cuma Naz adjust resepi tu jadi separuh sebab kalau ikut resepi asal, dapat banyak sangat kuih apam ni nanti. Dan Naz tambah sikit kuantiti gula sebab kurang manis pada lidah Naz dan orang di rumah ni..
Terima kasih kepada tuan punya resepi. Kuih apam ni sedap. Lembut dan gebu jer.. Biasalah, Naz kalau buat kuih-kuih macam ni suka colourfull untuk manarik perhatian anak-anak..


Apam pelbagai warna...
APAM
Bahan-bahan :
[A]

1/4 cawan air suam
3/4 TBSP yis mauripan
1 tsp gula pasir

[B]
1 1/4 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 TBSP tepung beras
1/2 cawan gula pasir
Pewarna mengikut kesukaan

Cara :
1. Bancuh [A] hingga larut. Biarkan 5 minit hingga berbuih. Gunakan bekas yang besar dari muatan kerana larutan akan mengembang selepas beberapa ketika. Nanti melimpah pulak kalau guna bekas kecil.
2. Masukkan bahan [B] ke dalam pengisar dan kisar hingga larut. Kalau nak buat banyak warna, jangan masukkan pewarna dulu semasa proses ini.
3. Keluarkan adunan [B] ke dalam mangkuk besar, dan masukkan adunan [A} tadi dan kacau rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut berapa jenis pewarna yang ingin digunakan. Campurkan pewarna dan gaul rata.
4. Tutup adunan dan perap adunan sehingga kembang lebih kurang 50 minit - 1 jam.
5. Panaskan kukusan dan lengser acuan apam atau loyang dengan minyak masak dan kukus kejap.
6. Tuang adunan apam yang telah kembang tadi dan kukus selama lebih kurang 30 - 40 minit atau sehinggga apam masak.
7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong atau sebelum dikeluarkan dari acuannya.
8. Hidangkan bersama kelapa parut muda yang telah digaul dengan sedikit garam. Agar kelapa parut tidak mudah basi, kukus kelapa parut seketika di dalam kukusan sebelum digunakan.

NOTA :
* Naz balut penutup kukusan untuk mengelakkan air dari menitis ke atas apam.
* Tuang bancuhan adunan apam 3/4 penuh jer ke dalam bekas mengukus sebab nanti bila telah masak apam akan naik. Kalau penuh sangat, dikhuatiri akan melimpah pula adunan semasa proses mengukus.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...