Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Banyaknya durian di dalam rumah ni. Puas rasanya dapat makan durian. Tak taulah di tempat lain tapi di sini sekarang tengah hebat dengan Durian Kunyit. Merata-rata ada durian ni. Memang sedap. Isinya yang bewarna kuning pekat dan sungguh manis. Mula-mula muncul durian ni beberapa minggu lepas, harganya RM8-RM10 per kg. Hari Jumaat lepas pergi ke Pasar Siti Khadijah, terjumpa pula dengan pak cik ni yang menjual durian kunyit dengan harga RM5 per kg. Apalagi... memboronglah encik hubby..heheeeeheee... Anak-anak pun memang suka sangat makan durian ni. Ummi dia apa lagi kan:))
Di rumah juga ada sesisir pisang nangka pemberian mak mertua. Konon-konon nak buat kerepek pisang sebab masa diberi hari tu, pisang ni masih muda. Tapi tak sempat nak mengerjakan pisang ni jadi kerepek. Dah masak pun dalam masa 2 hari. Jadi sebelum buruk dan masuk ke tong sampah, Naz projekkan pisang ni menjadi pengat pisang. Lepas tu campurkan sekali dengan durian yang masih berbaki di rumah ni. Uihhhhh... sedap hingga menjilat sudu..kih..kih..kih...(tak kan nak cakap hingga menjilat mangkuk..buruk bebenor bunyi dan rupanya...). Jadi sesiapa yang masih ada lagi musim durian di kampungnya, bolehlah buat pengat ini untuk santapan keluarga.
PENGAT PISANG DENGAN DURIAN
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN
Bahan-bahan :
- 200 gm gula melaka
- 5 cawan air
- 1 cawan santan pekat
- 3 helai daun pandan - dicuci dan disimpulkan
- 300 gm isi durian
- 1 tsp garam
- 4-5 biji pisang nangka - dikupas kulit dan dihiris menyerong setebal 1 cm
- 2-4 Tbsp biji sago - dibilas dan direndam 10 minit
- Gula pasir - option untuk tambah kemanisan sekiranya perlu
Cara-cara :
- Masak hingga larut gula melaka dengan air. Tapis.
- Masukkan air gula melaka bersama isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masukkan juga biji sago yang telah ditoskan airnya. Masak hingga menggelegak.
- Kecilkan api dan masukkan santan pekat. Kacau sekali sekala agar tidak pecah santan. Bila nampak santan mula menggelegak, masukkan hirisan pisang nangka. Rasakan kemanisan dan tutup api.
NOTA :
- Sekiranya kuah terlalu pekat, boleh ditambah lagi air. Isi durian juga akan memekatkan lagi pengat.
SELAMAT MENCUBA!



