Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 4 April 2012

BIHUN GORENG TOM YAM


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Menu bihun yang amat simple jer. Masak pun ikut bahan-bahan yang memang ada di dapur je. Jadi sila-silalah sesiapa yang sudi ye. Lebih sedap kalau ada udang atau sotong segar. Sebab masa buat bihun goreng ni yang ada cuma daging lembu, jadi itu jer la yang dimasukkan ke dalam bihun goreng tom yanm ni.

BIHUN GORENG TOM YAM

Bahan-bahan :
  • 1/2 bungkus bihun (200 gm)- rendam hingga lembut dan toskan
  • 4 biji bawang merah*  
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 sudu besar udang kering - direndam seketika dan toskan* (* ditumbuk)
  • 4 biji cili padi (boleh adjust ikut tahap kepedasan yang diingini) - ditumbuk atau diketuk sahaja*
  • Sedikit isi ayam yang dipotong dadu atau daging lembu yang dihiris nipis
  • 2 sudu besar tom yam paste ATAU 1 kiub tom yam
  • 2 batang serai - diketuk
  • 4 helai daun limau purut - dicarik
  • 1/2 batang lobak merah - dipotong memanjang dan nipis
  • 1/2 cawan air
  • Garam dan sedikit gula
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan juga serai hingga naik baunya.
  2. Masukkan daging atau isi ayam dan biar seketika.
  3. Masukkan pes tom yam, lobak merah dan daun limau putut. Kacau rata.
  4. Masukkan air, garam dan gula dan gaul rata. Kemudian masukkan bihun dan gaul sebati.
  5. Tutup api dapur dan boleh dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

ijayuji said...

Salam kak naz!! td umah sapa goreng mee hoon jugak, tp versi putih, ni kat umah akak mee hoon tom yum pulak! sedappp sedappppp sedappppppp sbb kita suke mee hoon! terasa mcm nak goreng mee hoon pulak lah mlm ni :D suami kita suke :D

Mas said...

Salam kak naz!!
pagi tadi pun mas sarapan bihun goreng..
memang menu peberet family mas....
kadang2 buat gak ala2 tomyam gini..
memang sedappp...

Qasey Honey said...

salam Kak Naz...sedapnya mihun goreng tomyam tu...tliur tengok lelama...nti QH nk cuba la...

Melly Octaviana said...

Pagi Naz.. enak banget nih nampak nya, melly suka makan bihun, lain kali melly coba yg rasa tom yam begini..slurrp

Mas Sani said...

bihun goreng tomyam 1! taruk ayam lebih ye hihihihi... sedap2 terlior dah ni kak...

zila norazila said...

salam naz
dtg sini dah tghry..ada lg kew..mesti dh abis nie...x pernah buat lg yg bertomyam nie..nk cuba jgk la..:)

Unknown said...

Assalamualaikum Naz

Waduh! Ini mmg Fav Kak Lin...kalau kat Lin masak mee hoon goreng tomyam ni tak leh pedas2...

Insya Allah bila free Kak lin nk masak ikut resepi Naz..

Chik Mimi said...

Assalam Naz sedapppnya ,akak ni kalau nak masak meehoon ni pening sikit sbb along tak suka ,so kena buat menu lain untuk dia pulak tu yang jaranggg masak meehoon

quinnie said...

sedapnya bihun...nasib esok nak goreng bihun jugak..hehehhe...tapi nak buat versi singapore..kekeke

tun_telani said...

assalamualaikum kak nazz!! tun datang niii... jeling2 je sbb tun x makan daging lembu. dh lama x beli kiub/pes tom yam.

Liza said...

salam kak naz...mula2 liza mmg ingat nk try buat bihun ni, tp pes tomyam pulak la xde...last2 jd la bihun grg singapore...

Unknown said...

Nadz...akk cop resipi ni, mesti hubby suka. Asyik goreng sama je....yg tukang masak lg la bosan. Esok nk cuba sb esok kami brdua je, anak pi brcuti dgn opah....yaaaahoo!

inahar ali said...

alahai naz cayang..pn doc terlambat sudaaa..huhuu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...