Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday 28 November 2012

TALAM SEKOTENG LAPIS KELADI

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hihiiii...lama tak update blog. Sejak cuti sekolah, rasa macam lebih sibuk pula daripada hari-hari persekolahan. Macam mana tu ek?? ^_^ Adakah sibuk atau adakah kemalasan yang lebih mengulit diri?? heheheee...

Talam sekoteng lapis keladi ni adalah adaptasi daripada Talam Sekoteng Chef Asma yang terkenal tu. Dulu Naz dah buat talam seperti ini juga tetapi dengan perisa pandan. Talam yang dulu tu Naz bagi nama Talam Sekoteng Lapis Pandan.

Kali ini, teringin pula mencuba talam sekoteng ni dengan perisa keladi pula. Lagi pun nak lihat out come bila digabungkan dengan warna ungu tu. So inilah hasilnya.

TALAM SEKOTENG LAPIS KELADI
ADAPTED FROM : Talam sekoteng Chef Asma

Saiz loyang 7 inci X 7 inci 

LAPISAN BAWAH: 
(warna ungu)
75 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
2 biji telur 
125 ml santan pekat
250 ml air
1/4 tsp garam
1 tsp perisa keladi + sedikit pewarna ungu sekiranya perlu

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan, tapis dan bahagi kepada dua bahagian sama banyak. Ketepikan satu bahagian untuk membuat lapisan atas nanti. Masak satu bahagian lagi di dalam periuk hingga naik wap.
  2. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.
  3. Kukus selama 15 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.

LAPISAN TENGAH: 
(warna putih)
50 gm sekoteng (rebus & toskan)  
(boleh guna 1/2 saja daripada jumlah ni)

(*)
75 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1/2 tbsp Tepung Hoen Kwe(putih)
75 gm gula kastor
1/2 tsp garam

CARANYA:
  1. Bancuh semua bahan yang bertanda (*), tapis dan masak hingga naik wap. Tutup api.
  2. Masukkan sekoteng yang telah direbus tadi dan kacau rata.
  3. Tuang ke atas lapisan pertama tadi dan kukus selama 25 minit. Bila dah masak, cakar sikit permukaan kuih dengan garfu.

LAPISAN ATAS:
(warna ungu)
Masak hingga naik wap satu bahagian yang masih tinggal dari adunan lapisan bawah tadi. Tuang ke atas lapisan tengah dan kukus 20 minit. Sejukkan kuih sebelum dipotong.

NOTA NAZ:

  • Kalau rasa seperti malas nak kukus 3 kali tu, boleh buat dua lapisan saja. Mulakan mengukus dengan lapisan bewarna putih(yang ada sekoteng) dan kemudian lapisan bewarna ungu dengan perisa keladi.
p/s: pssttt...potongan kuih kurang kemas sikit. Tak sabar nak rasa..hehehee

SELAMAT MENCUBA!

6 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum naz..
patut nya dah faham.. kenapa naz tak apdet blog.. sbb tau musim cuti sekolah kan.. dah tau gak.. sure bizi ngan anak2 kan.. tapi tetap nak tanya gak.. hari tu cuba masuk blog naz.. tapi tak tertanya.. sbb dok nmpak naz kat fb.. ok la tu.. daripada dok dendiam je kan..
sedap ni... talam ni pun comel...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam Naz..

Cantikk sungguh kejadian talam sekoteng keladi ni.. geram pulak nak mencubanya.. aduh masuk list lagi.. tapi tak tau bila nak buat :P

Sue @ Nenie said...

Salam Kak..Emmm uniknya talam ni..boleh gak dicuba...

Evelyn Gemina said...

Comennya talam keladi tu, saya memang suka apa2 yang berperisa yam, marbeles : )Salam perkenalan dari saya : 0

zila norazila said...

salam naz..
wahh talam cantik..zila sampai skrg x terbeli lg skoteng..org kata byk kt melaka..dh lama x kemelaka..nnt klu kesana nk cari jgk la..
re//..dijohor zila tinggal di area skudai naz..jemput dtg umah klu ke jb:)

Yatie said...

cantik dan menarik talam skoteng lapis keladi ni, akak kalau kuih mcm ni mmng terliur luar biasa tau...mehlah bagi akak rasa sepotong...alaaaa bukannya bnyk, sepotong je wat rasa2..jadilahhhhh...he3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...