Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 2 April 2012

BLENDED ORANGE FONDANT CAKE


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Ermm..demam blended orange cake dah lama berlalu rasanya tapi tuan dapur COSK ni baru jer mencubanya. Lambat mencubanya bukan kerana cara penyediaan yang rumit. Cara penyediaan kek ini amat mudah sangat. Cuma Naz je yang sedikit risau sekiranya hasil kek Naz nanti rasanya sedikit pahit dan tak sesedap yang orang lain buat. 


Tapi kalau tidak dicuba, bagaimana nak tau hasil dan rasanya kan. So, here is my first blended orange cake and also my first fondant cake. Kebetulan masih ada fondant yang berlebihan setelah menghias cuppies hantaran sepupu hari tu, jadi Naz ambil kesempatan untuk cuba menghias kek oren ini dengan fondant tersebut. 


Resepi asal kek yang terkenal ini datangnya daripada kak Fida@myresipi. Jadi untuk melihat resepi asal dan juga hasil daripada kak Fida, silalah klik pada link yang disertakan di bawah ye. Terima kasih kak Fida! Naz kongsikan di sini pula ye!

BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-bahan :
  • 1 biji buah limau (Naz guna limau sunquick yang tiada biji)
  • 1 cawan minyak (Naz guna minyak jagung)
  • 2 cawan gula halus (Naz guna 1 cawan sahaja)
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum *
  • 1 Tbsp baking powder * (* ayak bersama) 
  • Beberpa titis pewarna oren (Naz tambah sendiri)


Cara-cara :
  1. Cuci buah limau. Potong dan buang biji serta urat putih di tengah-tengahnya. Potong lagi buah limau kecil-kecil bersama kulitnya sekali. 
  2. Masukkan buah limau ini ke dalam pengisar bersama minyak, gula dan telur. Kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan  yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digris dan beralas dengan kertas baking.
  5. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 40 minit-1 jam atau sehingga masak.
NOTA NAZ :
  • Adunan kek ini Naz bahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dibiarkan dengan warna asal manakala 2 adunan lagi diwarnakan dengan warna oren pada tona warna yang berbeza. Naz bakar adunan kek ni dalam 3 loyang yang berlainan tetapi sama saiznya (loyang checkerboard) untuk mendapatkan 3 lapisan kek yang berbeza tona warnanya.
  • Kek ini naik tinggi juga hasilnya walaupun tidak dipukul menggunakan pengadun kek(mixer).
  • Naz menggunakan loyang bulat 8 inci.
  • Kek yang amat mudah disediakan dan tidak memerlukan mixer.
  • Will try it again, again and again. 


SELAMAT MENCUBA!

25 comments:

Love2cook Malaysia said...

I still have not tried this cake. And you have made it so beautiful la dear...gorgeous ♡

Anna Qawina said...

Aslmkm kak..nampak sanagt sedap kek ituw..& tentunya sanagt cantik bagi saya..blm beraninak mula buat fondant..hehe

Mas said...

teringat kesedapan kek nie...
memang terbaikk...
cantikkknya kek nie kak..
nampak mewahhh....

anymz said...

naz,senang tak guna fondant?..teringin nak mencuba..cam senang je tu..ajar?boleh?...^_^

quinnie said...

cantiknya kak naz..simple je design dia..suka..:)

Mas Sani said...

sedapnya....cantik kek akk

Unknown said...

Salam kak nadz..Cantik sangat..nmpk moist keknya...:))

Rohah said...

cute cake Orange Blended nie.Menarik..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Naz..cantiknya kek ni.Kemas jer buatannya & cantik dekonya.cam sayang lak nk makan..hihi

Nuwairani said...

ini antara kek yang awal2 dicuba masa mula2 ada blog...memang wangi...

ady said...

as-salam Naz
This cake is EXCEEDINGLY SEXY!

ijayuji said...

Salam kak naz! sowi ya kak lama tak singgah sini selalu terlepas pandang :D yg pasti kek akak tu simple tp sejuk mata kita memandang, bingka kat bwh tu pun alahaiiiiii sedapnyer! ada nestummmm tu lagiii ler sedap!

Unknown said...

Assalam kak Naz,apa khabar kak? cantik sungguh tgk kek ni kak..saya tak pandai nk buat kek fondant ni.teringin juga nk cuba tapi takut nk beli fondant kat sini sebab tak tahu halal ke tdk.

Chik Mimi said...

Assalam Naz ,sihat ke ?wah Naz sangat cantik kek n hiasannya tu tahniah Naz,dah lama tak nampak naz buat swiss roll

zila norazila said...

salam naz
wahh terpanggil2 nak tgok kek nie..mmg cantik la..kemas..dan kombinasi warna yg cantik la..suke :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam naz...
comelnyer kek tu... boleh buat kek hantaran tu naz.. haii.. bilalah akak nak bermain ngan fondant ni ye... bz sokmolah..

akak nak tanya sikitlah naz.. fondant love2 tu kan.. naz ada guna apa2 tak utk lekatkan pada fondant yg disalut pada kek tu? maksud akak.. macamana dia boleh melekat elok tanpa terjatuh? nak tanya sifu2 besar takut deme takmo ajar.. maklumlah kan skrg ni semua yg nak belajar kena masuk kelas.. hihihi.... TQ in advanced ye naz...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Naz,wonderful and beautiful,dan mesti sedap bila dimakan.

Ina said...

cantiknya.....

Ain Fajar said...

salam naz..cantik kek naz..ain dah cb gak kek ni tapi ain buat versi cup cake..mmg sedap cm manis sgt tp masih ok..nmpk gebu je kek naz tu..

Mama3Q said...

alahaiiii comelnya...and so romantikk gitu! Love it!

Qasey Honey said...

asslm kak..QH sgt suka la tgk kek ni...cantik sgttttt...ceria betuiiii...kek oren tu mesti sedapkan...

:: anisjazz :: said...

comelnya love love!

Mama3Q said...

assalam Naz...utk pengetahuan naz seumur hidup saya tak buat lagi kek yg perlu dibakar, baru2 ni pun cuma kek kukus pisang...tapi 2 minggu lepas, kul 2 pagi saya datang umah naz ni cari kek yg paling tak guna byk bhn dan paling senang bagi saya (sbb takut guna banyak bahan kang tak jadi, rugi..)...so saya jumpa kek blended orange ni...dan try buat...alhamdulillah sedap sgt...anak saya suka....tp tak sempat amik gambar sbb kamera masa tu takde bateri...

definitely will bake it again,insyaAllah...TQ for the recepi!Tak sangka kek pertama saya menjadi...hubby pun ckp sedap!

cinta illahi said...

Cantik sgt2 hiasan kek ni... buat sy terasa nk menerai aje buat... hihihi

Azie said...

Salam kenal. Saya baru nak belajar menghias dg fondant utk dijadikan hantaran majlis anak anak sendiri nanti. Harap Naz bolehlah berkongsi cara caranya ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...