Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Sunday, 24 October 2010

SWISS ROLL BLUEBERRY



Semalam baru beli jem blueberry dari kedai kek. Memang niat nak buat kek swiss roll dengan filling blueberry.

SWISS ROLL BLUEBERRY
Bahan A
:
3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp esen vanilla
1/2 TBSP ovallete
1.5 oz tepung gandum
1/2 TBSP susu tepung

Bahan-bahan lain :
2 oz mentega cair
Jem blueberry secukupnya
Buttercream icing yang bewarna ungu


Cara-cara :
1. Pukul Bahan A (kelajuan maxsima) sampai fluffy (7 – 9 min).
2. Asingkan 1 1/2 sudu besar batter dan masukkan ke dalam piping bag dan titiskan beberapa titis pewarna ungu dan gaul sebati. Ketepikan.
3. Masukkan mentega cair ke dalam adunan batter di dalam mixing bowl tadi, kemudian kaup balikkan biar rata.
4. Tuangkan adunan batter ke dalam loyang yang telah dialas dengan kertas kalis minyak kemudian ratakan permukaannya.
5. Paipkan adunan yang diasingkan tadi ke atas adunan yg diratakan dlm loyang dan buatlah corak yang diingini.
6. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
8. Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan. Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan kek dengan jem blueberry dan juga buttercream secara lemah lembut.
9. Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.

NOTA : Warna ungu Naz hasilkan dengan mencampurkan pewarna merah dengan biru. Nisbahnya ialah - 2 merah:1 biru. Maknanya, 2 titis merah dengan 1 titis biru. Boleh adjust ikut suka.

Lorekan atau corak pada kek tu, kalau tak buat pun tak apa. Bukan kemestian. Lebih kepada untuk kek kelihatan cantik.

2 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, nampak sedap sangat.. tak pernah lagi try buat swiss roll, teringin nak mencuba.. tapi takut tak jadi lak

Naz said...

> Sari Yusa Ibrahim
Salam Sari. Memang sedap swiss roll ni Sari. Naz first time buat sroll guna resepi ni, terus jatuh hati. Tak pernah try resepi lain dah. Keknya lembut dan sedikit moist. Cubalah..insyallah jadi. First time Naz buat dulupun terus jadi. Cuma skill menggulung je yg tak ada masa tu heheh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...