Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Saturday, October 2, 2010

KEK SANDWICH COKLAT OREN


KEK SANDWICH COKLAT OREN
Bahan-bahan Kek Coklat :

125 gm butter
1 cawan gula kastor
2 biji telur
1 1/4 cawan + 2 TBSP tepung gandum } ayak
1/2 tsp soda bikarbonate } ayak
1/2 tsp asen vanilla

1/2 cawan serbuk koko
3/4 cawan air

Cara :
1. Pukul butter dan gula --> fluffy
2. Dalam mangkuk yg berasingan, pukul telur hingga kembang.
3. Tuang telur ke dlm adunan butter dan gula tadi sedikit-sedikit sambil terus memukul.
4. Masukkan asen vanilla. Gaul rata.
5. Masukkan bahan ayak dan kaup balikkan dgn spatula.
6. Bancuh serbuk koko dgn air dan tuang ke dalam adunan. Kaup balik adunan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 175 C hingga masak.

Bahan-bahan Kek Oren :
120 gm butter
1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
3/4 cawan tepung naik sendiri(tambah 1 1/2 tsp baking pwdr jika guna tepung gandum)
1/4 cawan susu segar
2 TBSP pati oren sunquick(kordial sunquick tu...)
Parutan kulit sebiji oren sunquick

Cara :
1. Butter dan gula dipukul hingga kembang.
2. Pada kelajuan maksima, masukkan telur 1 per 1.
3. Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang-seli dengan susu.
4. Masukkan pati oren sunquick dan juga parutan kulit oren. Gaul rata.
5. Bakar pada suhu 175 C hingga kek masak.

CARA MEMBUAT KEK SANDWICH COKLAT OREN :

1. Keluarkan kek coklat dari loyang.

2. Sapukan permukaannya dengan buttercream.

3. Tindihkan kek oren ke atas kek coklat tadi.

4. Hiaslah kek mengikut kesukaan masing-masing.

4 comments:

suka rasa said...

rajin lah kak naz ni cube resepi2 baru,cam kek yg ni nampok sedap tu...nok tra wat lah!

kak naz said...

Hai sue.. tak tau lah tekak org lain..tp pd akak mmg sedap kek ni sebab dah selalu sgt makan kek coklat.Jadi dgn adanya kek oren tu memberi sedikit kelainan pd rasanya.. Alaa.. mana ada rajinnya sue..Ni baru nk panas2kn enjin nie.. Sejak ada si kenit tu, kurang sikit dah projek2 di dapur.. Kekadang tu,projek ada tp x sempat nak update kt blog..

Wanieyra said...

salam..

kek ni tak naik ke sbb bila tgk loyangnya mcm rendah je.

naz said...

Salam Wanieyra..
Kek ni bukan tak naik tp mmg saja naz buat guna loyang besar supaya keknya jadi lebar dan tak tebal.boleh jer kalau nak guna loyang yg kecil sikit supaya kek jadi tebal.
Lagi satu, permukaan kek tu jadi sama rata sbb lepas tuang adunan kek ke dalam loyang, ratakan dan naz kaup bahagian tengahnya biar berlobang/rendah sikit drpd bahagian tepi-tepinya. Jadi bila masak ia naik sama tinggi.. Sebab senang nak melapis utk buat kek sandwich.
Harap dah menjawab ye soalan ira.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...