Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Monday, 4 January 2010

LASAGNA

Salam semua. Hari ni nak simpan resepi Lasagna ke dalam blog ini. Gambar-gambar ni diambil semasa proses membuat Lasagna di rumah mak cuti sekolah tahun lalu. Kebetulan anak-anak dan anak-anak buah berkumpul di sana dan ada request dari mereka, tu yang buat ni. Sebelum ni kalau buat tak pernah ambil gambar.
Dan lasagna ni bila dah siap dimasak, tak sampai 1 jam dah licin. Memang lasagna ni menjadi kegemaran mereka termasuklah mak dan ayah mereka serta adik beradik Naz sendiri. Cuma tak bolehlah nak buat selalu sebab kosnya boleh tahan jugak tapi still lebih berbaloi dari beli yang dah siap tu.
Naz first time belajar dan buat Lasagna ni semasa merantau ke Perth dulu. First time makan terus jatuh hati. Cuma sos daging tu, kalau ikut resepi asal menggunakan tomato puree dan juga diced tomato. Naz ubah untuk lebih senang menyediakannya.

LASAGNA
Bahan-bahan
:
1 kotak instant Lasagna sheet
Shreeded cheese

Sos daging :
400 - 500 gm daging cincang (guna daging cincang Ramly burger je)
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
1 batang carrot (hiris/cincang halus)
2 sudu besar minyak masak
1 botol atau 1 tin sos spagetti(any brand, naz guna kimball or Preggo)
Lada sulah
Garam

Sos putih/sos keju :
2 sudu besar mentega/margarine
2 sudu besar plain flour
2 cawan susu segar
Garam
2 sudu besar shredded cheese

Cara Membuat Sos Daging :
1. Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih, bawang besar dan carrot. Biar hingga naik bau dan layu.
2. Masukkan daging cincang dan biar hingga perang.
3. Masukkan sos spagetti, lada sulah dan rasakan garamnya. Biar hingga kering sikit tapi jangan terlalu kering kerana kita memerlukan kelembapan dari sos daging untuk melembutkan kulit lasagna semasa proses membakar di dalam oven.

Cara Membuat Sos Keju :
1. Di atas api perlahan, masukkan mentega ke dalam periuk. Biarkan cair.
2. Masukkan plain flour dan kacau dengan ballon wisk hingga sebati. Tutup api.
3. Masukkan susu dan gaul hingga sebati. Kemudian letakkan semula periuk di atas api sederhana dan terus kacau hingga adunan menjadi likat. (Jangan terlalu likat/lama sebab apabila sos keju telah sejuk, ia akan menjadi lebih likat daripada ketika panas). Tutup api.


Cara Melapis Lasagna :
1. Buat satu lapisan nipis sos daging di dalam loyang.


2. Tuang sos keju ke atas lapisan sos daging tadi.


3. Lapiskan pula dengan instant lasagne sheet menutupi permukaan daging dan sos keju.
4. Buat beberapa lapisan sos daging, sos keju dan lasagne sheet lagi lebih kurang 2-3 lapisan lagi.


5. Pada lapisan terakhir selepas lapisan sos keju, taburkan shreeded cheese rata-rata.


6. Inilah rupa lasagne sebelum di bakar.


7. Bakar di dalam oven sehingga keju kelihatan mencair dan masak. Suhu 180 C selama 35-40 minit atau hingga keju mencair sepenuhnya.
8. Sejukkan seketika sebelum dipotong dan dihidangkan…Makan semasa masih suam lebih sedap sebenarnya.

NOTA :
Ada jugak orang yang bertanya, kulit lasagna tu tak perlu direbus dulu ke sebelum digunakan? Naz memang tak pernah merebus kulit lasagna tu sebab dengan kelembapan dari sos daging dan sos keju yang dibuat, teleh cukup menjadikan kulit lasagna itu lembut selepas proses membakar.

10 comments:

Ain Fajar said...

mmmm mcm sedap..dan tak pernah jumpa makanan ni..nnt nak try lah..ain copy yer..

Hani Nabilia said...

ermm kak..pe kata akak pos kat sy ehehehe

azu said...

sory..mmg xpakar bab msk2 ni..boleh pakai microve-oven ke nk buat lasagna ni?~ni budak baru belajar

Azura Mendezz said...

Menarik..cara u pix by pix tu laaagi la buat i lg semangat nk cuba!
Thanx!! =D

QN said...

sebelum ni sy ade gak try mkn lasagna ni,tu pon beli kat kwn.saje nk cube2.tak terus sangka jatuh hati :)blog akak menarik sbb siap ade gambar kan . so feel nak buat tu lagi bestttt...saya copy tau kak,nak try buat untuk yg tersyg :)
terima kasih sbb tak kedekut share resipi .

kyo said...

bestnya resepi2 kt sini.. nanti ada masa nak cuba buat la...

Anonymous said...

mungkin boleh jimatkan kos dgn membeli cheese yg seketul (belum di shred) lebih murah. dan shred sendiri kat rumah. nak guna cheddar cheese pun ok..x semestinya mozarella. cheddar lg murah :)

MysDear said...

ASSALAMUALAIKUM...

mintak izin copy n try resepi ni ye :)

roszahari said...

sedapnye...nak buat jugak weekend ni..tq nak....luv this blog...

Unknown said...

sedap nampaknye nk cara buat pun senang...nnt boleh la try.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...