Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 9 December 2009

BEGEDIL MEE MAGGI



Biasa makan begedil tak? Begedil yang biasa dimakan bersama soto tu.... Tapi yang ni begedil mee maggi.. Resepi asal dari Guvnor. Dapat dari blog Diana. Cuma Naz tukar sikit penggunaan maggi segera tu dengan mee maggi tanpa perencah(mee nya sahaja yg dijual)... So serbuk perisa kari maggi tu, naz ganti dengan kari yang kita guna dalam masakan seharian kita tu.. ala apa2 jenama laa..ADABI ker, ALAGAPPAS ker...
Jadi hasilnya seperti di bawah nie.. Rasanya not bad.. Boleh makan cicah sos cili jer pun sedap.


BEGEDIL MEE MAGGI
Bahan
:
1 keping mee maggi
1 paket perencah kari maggi (ganti dgn serbuk kari biasa je boleh- 1 tbsp)
1/2 cawan daging cincang (digoreng atau direbus sekejap)
1 biji bawang besar – dihiris nipis atau ditumbuk
Sedikit daun sup dan daun bawang – dihiris
Cili merah – dihiris (kalau tak nak tak pe)
Garam secukup rasa
Lada sulah
1 biji telur (pukul sikit dgn garfu)
Tepung jagung (sekiranya perlu)
Minyak utk menggoreng

Cara :
1. Mee maggi direbus dan ditoskan.
2. Campurkan semua bahan dan gaul rata. Cuba kepalkan. Sekiranya bebola kelihatan mudah pecah, masukkan tepung jagung sedikit sedikit sehingga bebola kelihatan mantap.
3. Panaskan minyak. Bebola yang telah siap tadi dicelupkan ke dalam telur dan digoreng hingga garing. Api jangan kuat sangat.
4. Sejukkan dan boleh dihidang. Boleh dimakan dgn nasi atau begitu saja bersama sos cili.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...