Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Tuesday, November 3, 2009

KEK COKLAT KUKUS


Salah satu kek coklat yang biasa dibuat di rumah ni sebab rasanya yg sungguh sedap. Resepi asal dari Zaima dan Naz kutip dari rumah maklang azie. First time buat terus jatuh hati pada kek ni.


KEK COKLAT KUKUS
Sumber : Zaima
Bahan-Bahan:
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum*
1 tsp baking powder*
1 tsp soda bicarbonate* (* ayak bersama)
3 biji telur

Cara :
1. Campur koko,gula,susu cair,susu pekat manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut – ADUNAN A
2. Panaskan kukusan.
3. Pukul telur hingga kembang. Campur ke dalam ADUNAN A. Gaul rata.
4. Masukkan bahan ayak dan gaul sebati.
5. Tuang adunan ke dalam acuan dan tutup dengan aluminium foil.
6. Kukus selama 1 jam baru angkat dan sejuk kan.

Topping
Sumber : HanielizaBahan-bahan :
250 coklat masakan
2 s/b minyak jagung atau butter(I used butter)
2 s/b susu cair atau whipping cream(I used susu cair)

Cara :
1. Potong kecil coklat masakan. Cairkan di atas api secara double boiler.
2. Masukkan bahan yang lain dan kacau hingga sebati.
3. Tuang ke atas kek dan hiaslah sendiri….

Jemput makan...

1 comment:

RIMA DANIA said...

memang best resepi ni..
senang utk org yang pertama kali baru nak cuba kek kukus..lepas sy try
buat kek ni dan menjadi..sy ajar pulak cara nak buat kek ni kat budak2 pusat pemulihan akhlak..hasilnya pun bagus..lagi pun ni antara ilmu yang bermanfaat yang kita boleh sebarkan dan menjadi bekalan pahala yang berterusan=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...