Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, 29 November 2009

AMERICAN CHOCOLATE CAKE



Salam semua. Kek coklat nie resepinya dapat dari dapur maklang Azie. Asal resepi dari Mamasya. Buat untuk hari raya Aidiladha dan bawak balik kampung suami di sini.

Nampaknya memang mendapat sambutan sebab kek ni cukup lembap di dalam walaupun kek ini cara membuatnya sungguh simple dan mudah. Naz sendiri ingat, kek ini akan menjadi kering tapi bila dah rasa, memang diakui kelembutan dan kelembapannya. Walaupun kek yang Naz buat ni tak dihiasi dengan coklat topping atau pun icing, tapi tetap habis dimakan sanak saudara.

Satu adunan kek ini dapat banyak jugak. Bagi sesiapa yang nak mencuba tetapi masih was-was, bolehlah buat separuh adunan dulu. Okey, resepinya di bawah ye. Cuma sebab masa buat tu, di rumah tiada stok minyak jagung, jadi Naz tukar dengan majerin yang dicairkan. Still turn out to be a tasty chocolate cake.

AMERICAN CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan
:
(A)
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
2 tsp baking powder
2 tsp soda bicarbonate
(AYAK BAHAN DI ATAS)

(B)
2 cawan gula pasir
2 biji telur
1 cawan minyak jagung (Naz tukar kepada majerin yang dicairkan)
1 tsp vanilla essence
1/2 tsp garam

(C)
1 cawan susu segar
1 tsp Nescafe, dibancuh dengan 1 cawan air panas

Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 170 C.
2. Pukul bahan (B) seketika.
3. Masukkan bahan (A) dan (C) dan gaul dengan senduk kayu.
4. Bakar di dalam oven pada suhu 170 C sehingga masak.

**Walaupun resepi tak perlu pakai mixer, tapi naz sediakan kek Naz menggunakan mixer sebab malas nak gaul sendiri. Cuma kalau pakai mixer, masa masukkan bahan A, masukkan sikit-sikit pada kelajuan perlahan.

Okey selamat mencuba.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...