Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Monday, 23 November 2009

APAM TEPUNG GANDUM

Wah lama betul tak up date blog nie.. Bukan apa. Musim hujan nie, internet line slow betul. Kadang-kadang tu nak upload gambar pun makan masa berjam-jam. Connection internet pulak asyik terputus jer masa tengah buat kerja. Nak buat macam mana kan? Kena bersabar je lah ye tak?

Hari nie nak letak resepi kuih apam. Original resepi dari Quinnie di myResepi. Cuma Naz kurangkan adunan sebab orang di rumah ni tak ramai. Lagi pun first time cuba buat, risau lak tak jadi.. membazir pulak. Tapi Alhamdulillah, menjadi jugak kuih apamku ini.. Tq pada penyumbang resepi..



APAM TEPUNG GANDUM
Bahan-bahan :(Naz dapat 16 biji dengan adunan nie)
1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan gula pasir
1 sudu teh yis mauripan(1/2 paket yis mauripan)
3/4 cawan air suam
Pewarna kegemaran



Cara :
1. Campurkan yis bersama air suam dan kacau. Kalau nampak berbuih maknanya yis itu masih elok.
2. Ayak tepung dan susu ke dalam mangkuk.
3. Campurkan gula dan gaul rata. Lubangkan di tengah-tengah campuran tepung.
4. Masukkan bancuhan yis bersama air tadi. Kacau agar tiada tepung yang berketul-ketul.
5. Kemudian titiskan pewarna dan tutup magkuk. Peram adunan 1/2 jam. Jangan terlalu lama, nanti adunan menjadi masam.
6. Panaskan periuk kukusan dan acuan apam.
7. Tuang adunan kuih ke dalam acuan dan kukus 10 - 15 minit.
8. Bila sudah masak, bolehlah dihidangkan dengan kelapa parut muda yang digaul dengan sedikit garam.

Tapi di rumah nie, anak-anak tak berapa suka kelapa parut. Jadi Naz hidang kuih apam ni togel jer. Memang dia orang makan dengan berselera. Maklumlah musim hujan nie, perut asyik minta diisi saja. Bila dah habis, boleh tanya ada lagi ke tak. So next time buat kena double kan adunan nampaknya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...