Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Wednesday, 4 November 2009

KUIH KETAYAP / KUIH GULUNG / KUIH DADAR



Kuih ketayap atau dikenali dengan nama lain iaitu Kuih Gulung atau Kuih Dadar. Pasti ramai yang tau cara membuatnya.

Kuih ini asalnya berintikan kelapa manis tapi ada juga orang yang mempelbagaikan intinya mengikut citarasa sendiri. Naz sendiri selain inti kelapa, suka juga membuat inti pedas.

Warna asal kuih ini tentulah hijau tapi sebab dah buat dua jenis inti, so lebih senang kalau dibezakan warnanya. Lagi pun nampak cantik bila dah ada warna lain tu..Jom kita tengok resepinya..

Bahan Kulit [batter] :
Sumber Bahan Kulit : Kak Hanieliza

1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan / air biasa if nak letak pewarna lain
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau atau pewarna kesukaan
secubit garam

Cara :
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati. Tapis jika perlu.
2. Panaskan kuali non stik dan lengser sedikit minyak.
3. Ambil sesenduk bancuhan dan tuang ke dalam kuali dan ratakan agar kulitnya tidak terlalu tebal.
4. Letakkan sedikit inti yg disukai dan gulung kuih ketayap dengan kemas. Sedia untuk dihidang.


Bahan inti:
Inti kelapa
1/2 biji kelapa parut muda
Gula melaka @ gula merah/perang @ gula hangus
Secubit garam
4-5 ulas isi durian – dilenyek (optional)
Gula pasir (optional if inti kurang manis)

Cara :
1. Gula melaka atau gula merah dicampurkan sedikit air dan masak atas api sampai gula cair. Then tapis.
2. Campurkan kelapa parut, gula dan garam kemudian masak atas api perlahan sampai kering.
3. Masukkan isi durian dan kacau rata sebelum tutup api.

Inti pedas
1 biji bawang besar – potong dadu
1 biji bawang putih – diracik halus
1 biji kentang – potong dadu
Sedikit daging cincang
1 batang carrot – potong dadu
Sedikit capsicum hijau – potong dadu
Air
Sos cili
Sos tomato
Lada sulah
Garam
Minyak utk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar. Biar sampai wangi.
2. Masukkan daging cincang dan biar seketika.
3. Masukkan sos cili, sos tomato, lada sulah, sayuran yg dipotong dadu, garam dan air. Biarkan sehingga kentang empuk dan kelihatan pekat.
4. Rasa garamnya. Tutup api.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...