Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Saturday 15 June 2013

SAMBAL TERUNG DENGAN DAGING


Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu di arena blogging sambil sama-sama berkongsi resepi-resepi yang bermanfaat untuk setiap orang..insyaAllah.

Resepi sambal terung dengan daging ni merupakan resepi yang sudah lama Nadz nikmatinya semenjak kecil lagi. Memang merupakan menu biasa di rumah. Mudah sangat untuk membuatnya. Masa mula-mula lepas kahwin dulu, bila masakkan untuk encik hubby, terus je dia jatuh hati dengan sambal ni. Mungkin sebab MIL Nadz tak pernah masakkan lauk seperti ini agaknya. Akibatnya, asyiklah request masakkan sambal terung dengan daging ni.

Okey, Nadz kongsikan resepi mudah ini di bawah ye.

SAMBAL TERUNG DENGAN DAGING

Bahan-bahan :
  • 500 gm daging 
  • 5-10 batang terung panjang (ikut la banyak mana nak letak)
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 cawan cili kering kisar 
  • 1/4 cawan air asam jawa
  • 1 batang serai - dititik
  • Garam dan gula mengikut keperluan
  • Minyak 

Cara penyediaan :
  1. Daging dihiris nipis, dicuci dan ditoskan. Garamkan dan kunyitkan daging tersebut.
  2. Terung dipotong ikut suka dan dibasuh. Garamkan dan kunyitkan terung. 
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung hingga habis. Kemudian goreng pula daging yang telah dikunyitkan tadi. 
  4. Sementara menggoreng, kisar bawang merah, bawang putih. belacan bersama dengan cili kering kisar.
  5. Kemudian kurangkan minyak di dalam kuali, tinggalkan secukupnya untuk menumis bahan kisar. Tumis bahan kisar hingga garing dan terbit minyak. Masukkan sekali serai yang dititik.
  6. Masukkan air asam jawa, garam dan gula sekiranya perlu. 
  7. Masukkan daging goreng dan juga terung goreng tadi. Gaul rata dan rasakan masakan anda. Biar kering sikit dan tutup api dapur. Sedia untuk dihidang.
NOTA :
  • Nadz suka buat sambal ni dengan banyak sebab anakanda Haris dan Nadz sendiri suka makan lebihan sambal ni dicicah dengan pisang goreng atau jemput-jemput tepung gandum. 
SELAMAT MENCUBA!

9 comments:

ady said...

salam
wahhh!!!sedapnye nadz..mkn dgn nasi panas2 ni mesti power..

adda syuhada said...

nampak cm sedap jer..nanti nak cuba la..

Sweet red cherry said...

salam kak..

wah, bestnya menu sambal terung tu..suka sangat..i like..

Unknown said...

sedap ni kak nadz ...masak gini cicah apa pun sedapp

zila norazila said...

Suka mkn lauk cmne..kring2 smlm zila pn msk dging jgk nadz..dh lama x beli tu yg tringin mkn.

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam Naz
sambal daging sedapnya

tun_telani said...

salam kak naz ^^
tun pencinta terungggggg.. hihi.. suka mkn terung x kisah la masak mcm mana pun.. sambal pulak, tiap2 hari mkn pun x jemu. cuma tun x makan daging je. hihi

Rohah said...

Kita pun suka makan terung sanbal...tp Naz punya special sbb ada buh daging

Mamasya said...

Aslmkum Naz
nampak sedap. sambal terung berdaging belum pernah buat....selalu letak sambal bilis.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...