Assallamualakum WBT dan salam sejahtera.
Dah masuk hari ke 10 kita berpusa di bulan Ramadhan tahun ini. Syukur Alhamdulillah masih mampu mengerjakan ibadat ini tanpa sebarang masalah setakat ini. Cuma memang "bloating" saja tak kira siang dan malam hari. Bukan sebab kelaparan tapi memang Nadz kalau preggy, teruk juga "bloating" nya. Ingatkan hanya di trimester pertama je seperti kebiasaan tapi kali ni nampaknya dah masuk trimester ke 3 pun masih lagi "blooting". Kalau termakan makanan yang berangin, aduhhhh...lagilah tak henti-henti angin sendawa keluar. Kadang-kadang rasa macam nak termuntah pun ada juga.
Mood mengupdate resepi ke dalam blog pun semakin merundum. Dengan badan yang semakin berat dan perut yang semakin ke depan, memang malas sangat nak bertenggek depan lappy lama-lama. Anyway, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang masih sudi menjengah blog usangku ini..huhuuu..
Okey, kali ni disebabkan tiba-tiba datang kerajinan, Nadz nak kongsikan resepi PUDING KARAMEL TANPA TELUR yang dikira agak terkenal juga satu ketika dulu. Orang lain dah lama buat. Nadz je yang baru mencubanya.
Tekstur puding. Halus mulus jer kan..
PUDING KARAMEL TANPA TELUR
ORIGINAL RECIPE BY : firasyira@myResipi
- 2 sudu besar gula pasir
- 1 paket agar-agar serbuk 10g
- 4 cawan air
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 tin susu cair (400 ml)
- 3 sb tepung kastard
- 1 sk esen vanilla
- Mula-mula buat gula hangus seperti biasa.Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil masak hingga gula menjadi perang, kemudian ratakan keseluruhan loyang.Kemudian ketepikan
- Satukan semua bahan B. Kacau atas api. Adunan mesti dikacau selalu takut tepung kastad akan bergentel.
- Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat,tutup api, tapis dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi. (Nadz tak tunggu adunan likat pun. Bila menggelegak, Nadz kacau lagi dalam 2-3 minit dan terus tutup api sebab adunan memang tak akan likat. Cair je sebab penggunaan tepung kastad di dalam resepi sikit saja. Berpeluh seluruh badan nak tunggu adunan tu likat nanti..hehehee..)
- Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti ais hingga puding mengeras.Terbalikkan puding dan bolehlah dihidang.
p/s: Terima kasih pada kak Lina pg atas tunjuk ajar untuk menyediakan puding ni.
NOTA NADZ :
- Puding ni tak berapa manis. Kalau sesiapa yang suka manis-mainis tu, bolehlah adjust lagi kuantiti gula di dalam resepi atau mungkin boleh buat karamelnya tu lebih lagi daripada di dalam resepi.
- Tekstur puding ni memang licin dan halus mulus saja.
- Rasanya tentulah ada sedikit kelainan daripada puding karamel yang biasa menggunakan telur di dalam penyediaannya. Nak tau apa kelainannya??? Haa..cubalah buat sendiri..heheheee..
Nadz guna loyang 8".
SELAMAT MENCUBA!
9 comments:
Assalam Nadz, memang puding ni cukup femes suatu ketika dulu.Time tu akak br berjinak2 ngan myR, penah buat sekali n kali kedua yg ada kat blog tuh hehe..
Terima kasih bg credit link pada TMK,
rasanya mas pernah try puding ni kak...
memang bestt
assalamualaikum nadz...
salam ramadhan.. memang lama tak nampak nadz apdet blog.. ye lah.. dulu nani pun sama.. tak lalu sebenarnya nak duduk depan pc kan.. skrg nadz dah bape bulan? bila due? best lah ye.. ape pun smoga nadz dan baby dalam kandungan tu sihat2 selalu ye..
Aslmkm kak nadz..
Saya pon suka rsp ni sbb jimat telur..heehe
hai.. salam kenal,
follower no.1130
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)
http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog
Assalam nadz sihat ke, cantik mulus sangat tgk puding tu, dh ramai yg menerai tapi akk belum lagi ni heheh. Semoga nadz n bby sihat2 aje ya. Raya ni kat mana ya nadz
Oooooo adinda dah jadi mak yong Rupanya.. Maafkan Kanda Tak Tau...
Huhu.. Tahniah Ada Geng La Ya ha Sue, Noorshadira Jaga Diri Tau...dah Bersalin Nnti Habaq Mai Naaa
nak masak pakai ape eh puding nie?kene kukus x?
Izzat Zefril,
1st sorry for the late reply.
Puding ni, lepas dikacau atas api dapur, just tuang je dlm bekas yg ada gula hangut tadi. Then biarkan sejuk pada suhu bilik dan kemudian bolehlah disejukkan di dalam peti ais pula..
Post a Comment