Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday 25 July 2013

BISKUT SUJI KRISTAL (CRYSTAL SUJI COOKIES)


Assallamualaikum SWT dan salam sejahtera.

Buat biskut ni semalam. Buat pun satu adunan je pun. Sakit-sakit pinggang dan lenguh-lenguh bahu menggentel adunan biskut ni. Anakanda Maisarah Hani menunggu je bila biskut ni boleh dimakan. Maklumlah, ada kaler-kaler pada biskut ni kan.

Biasa Nadz buat biskut suji menggunakan resepi kak Hanieliza ni. Tapi kali ni saja nak cuba resepi yang lain pula. Resepi kali ini merupakan resepi daripada chef Asma tapi Nadz dapatkannya daripada blog Bdria. 

Bezanya resepi ini daripada resepi yang biasa Nadz guna dulu ialah di dalam resepi kali ini ada dimasukkan serbuk badam di dalam adunan dan juga agen penaik iaitu baking soda serta baking powder.


BISKUT SUJI KRISTAL
RECIPE BY : Chef Asma (Buku Festive Cookies, 2007)
SOURCE : Jurnal resepi bdaria
TRIED BY : Nadz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahannya:- 


Bahan A (diayak bersama) 
  • 250gm tepung gandum 
  • 1 sudu teh serbuk penaik 
  • 1 sudu teh baking soda 

Bahan B 
  • 125gm gula aising 
  • 1/8 sudu teh garam 
  • 100gm badam kisar (panggang terlebih dahulu) 
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 200gm minyak sapi (cairkan dan sejukkan) (Nadz cuma guna 150gm dan tak cairkan pun minyak sapi ni)
Pewarna: 
  • Pewarna pink, hijau dan kuning 

Hiasan: 
  • Gula kaster 

Cara-caranya:- 
1. Satukan semua bahan-bahan kecuali pewarna. Pukul perlahan sehingga menjadi doh 
2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan tiga jenis pewarna secukupnya. 
3. Susunkan ketiga-tiga doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10gm setiap doh. 
4. Bulat-bulatkan doh dan susun didalam loyang pembakar. 
5. Panaskan ketuhar dan bakar pada suhu 150c selama 15-20 minit. 
6. Biarkan sejuk dan salutkan dengan gula kastor.


Nadz sediakan cookies ni tak ikut cara-cara di atas. Nadz buat seperti di bawah :

  1. Satukan semua bahan A dan bahan B kecuali minyak sapi. Gaul rata. Guna tangan je.
  2. Kemudian masukkan minyak sapi dan uli sebati. Minyak sapi ni Nadz tak cairkan pun seperti dalam resepi asal.
  3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut warna pilihan.
  4. Cubit sedikit setiap bahagian doh yang bewarna, satukan dan bulut-bulatkan. Buat hingga habis dan susun di dalam loyang pembakar. Nadz buat bebola-bebola menjadi sebesar duit syiling 10 sen sebab biskut ni mengembang.
  5. Bakar pada suhu 150-160C selama 15-20 minit.
  6. Setelah sejuk, golek-golekkan bebola-bebola di dalam gula kastor. Masukkan ke dalam cawan kertas sekiranya suka.

SELAMAT MENCUBA!

13 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wahhhhh akak sudah tergoda Nadz.... nak cuba buat pulak... cuti tiga hari ni :D

JaSSNaNi said...

makin rajin makyong membuat biskut ye.. nak sambut raya katakan.. :) mak*TAK*yong ni tak buat2 lagi biskut.. silap2 jadi biskut tunjuk je... :P muahahahaha

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam naz
bikut warnawarni, comel2
baunya sedap minyak sapi
akak sukerrr

Sweet red cherry said...

hai, salam kak..

em, nampak comel biskut colorful tu..hehe, apapun biskut ni memang sedap..

tun_telani said...

uwaaaaa.. tun xsempat nk godek2 biskut raya lagiii TT sob sob

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Nadz,nampak sedap biskut suji tu,dah byk mengukis ya :)

Rohah said...

Cantik..

Unknown said...

cantiknyeee..nk try la buat..:)

Unknown said...

cantiknyeee..nk try la buat..:)

Unknown said...


Salam Jabat Erat Tangan Dari Kami .

blog ini lg Blogwalking...
Dan Kalo Ada Yang Mau Cari Alat Bantu Sex Atau Obat Kuat Dan Obat Perangsang Atau Pun Obat Pelangsing Badan Blog Kami Menyediakannya jika berkenan berkunjung ya.. makacih

Miss Nobody, Literally. said...

Thanks for the recipe. Dah 2 raya buat biskut ni. Sedap sangat sampai rakan kat office nak order pulak, walaupun I tak buat business.

norsadira said...

sedapnya kegemaran saya ni..
jemput singgah blog saya ea. dirawanhartawan.blogsport.com

Unknown said...

Kalu x pakai minyak sapi boleh tak...
Gantikan dengan planta ke butter ke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...