Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Recent Posts

Sunday, 21 July 2013

SWEDISH MEATBALL ala IKEA



Assallamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Tiba-tiba macam ada kerajinan pula untuk mengupdate blog ye..heheee.. Okey, rajin pun tak lah rajin sangat. Disebabkan tak berapa rajin tu, makan dipendekkan sessi membebel-bebel. 

Resepi SWEDISH MEATBALL ala IKEA ni rasanya memang dah terkenal lama dulu. Nadz je yang tak ada kerajinan nak membuatnya. Dulu Nadz pernah makan Sweedish Meatball original di IKEA ni masa keluar bersama SIL. Waktu tu Nadz tinggal di rumah SIL sebab bertugas di Bukit Jalil. Then, baru-baru ni ada sekali tu ikut encik hubby outstation ke KL. Anak-anak pun ikut sekali. Kebetulan adik ipar(belah suami) yang sama-sama tinggal di Kelantan tu pun ada di KL juga masa tu. Shopping barang-barang hantaran kahwin dengan tunangnya. Dia ajak kami makan Swedish Meatball ni di IKEA. Tak sangka pula anak-anak suka sangat dengan meatball ni. Jadi disebabkan dah ada peminat menu ni, Nadz pun buatlah sendiri bila dah kembali ke rumah. So, resepi yang dah lama famous ni, Nadz tepeklah ke dalam blog ini pula. Cara penulisan resepi Nadz ubah suai sedikit untuk pemahaman Nadz sendiri.

SWEDISH MEATBALL ala IKEA
RECIPE BY : Faa Rosli

Bahan-bahan :

  • Meatball jenama MARINA secukupnya digoreng tanpa minyak atas api sederhana. Pastikan selalu dibalik-balikkan agar tidak hangus (Nadz guna jenama FUSIPIM sebab ini saja yang dijumpai)
  • Fries aka kentang goreng secukupnya.
  • 1 sudu besar jem strawberry/ blueberry/ mixed fruit

Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 sudu besar butter (I used marjerin)
  • 1 1/2 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji bawang besar - didadu kecil
  • 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
  • 1 1/2 cawan air sejuk
  • 100 ml susu segar ATAU susu cair
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam ATAU serbuk lada hitam 
  • 1 kiub pati ayam (I used only 1/2 kiub pati ayam)
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 kiub pati daging ATAU serbuk gravy segera (I used only 1/2 kiub pati daging)

Cara penyediaan :
  1. Cairkan butter menggunakan api perlahan. Tumis bawang hingga layu dan warna kecoklatan tapi jangan sampai garing.
  2. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga berubah warna sedikit kecoklatan dan masukkan tomato. Biar hingga tomato layu.
  3. Masukkan air sejuk, susu segar. sos tomato, soso tiram, kicap manis, soso lada hitam, kiub pati ayam, gula dan kiub pati daging. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Sentiasa kacau agar tidak berketul. Perasakan garam (Nadz tak letak langsung garam sebab dengan kiub pati ayam dan daging tu pun dah masin). Dapatkan kepekatan kuah mengikut keinginan. Kalau terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair boleh tambah sedikit air tepung jagung (actually masa makan di IKEA tu, gravynya tak likat pun, so Nadz tak tambah apa-apa pun). 
  5. Bila dah puas hati dengan rasanya, tutup api. Kisar gravy tadi hingga halus dan tuang semula dalam periuk dan didihkan sebentar. Tutup api dan bolehlah dicurahkan ke atas meatball beserta fries dan jem strawberry yang dihidangkan bersama.
Nadz letak jem strawberry di dalam pinggan tu. Yang ini untuk Husna. Kami yang lain makan dengan gravy dan sos cili.

SELAMAT MANCUBA!

3 comments:

Mas said...

assalamualaikum kak..
dah banyak buat kuih raya...he3
sesekali makan omputeh gini sedapp kan kak..

Kalyan Panja said...

Just mouthwatering...looks delicious!

tun_telani said...

salam kak naz.. kalu guna chicken ball sure x aci kan.. hihi.. ai x makan daging la yu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...