Selamat datang kepada semua pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN. Diharap dengan kunjungan anda dapatlah kita berkongsi ilmu disamping menambah kenalan. Terima kasih atas kesudian bertandang ke sini.

Untuk makluman, di dalam blog ini sukatan cawan adalah menggunakan cawan metrik manakala sukatan sudu pula 98% adalah menggunakan sudu metrik.
Bagi yang sering bertanya apakah 'Tbsp' dan 'tsp'; 'Tbsp' = tablespoon & 'tsp' = teaspoon.

Thursday, 10 May 2012

SUP AYAM ALA UTARA


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Oleh kerana tergoda dengan rupa sup ni yang ditayang oleh Nani di blognya, Life Is Beautiful, maka dengan bersemangat Naz menyediakan sup ini untuk santapan keluarga. Sudahlah sehari sebelum tu terlihat juga sup ini  di blog Tun, Life is a constant battle. Memang menggamit-gamit betul sup ni sehingga terbawa-bawa ke dalam tidur dan termimpi-mimpikannya..hahahaha *psssttt...tapi tak terkeluar air liur tau masa tidur tu! 

Ok, cannot merapu lama-lama. Just want to share the marvellous recipe here. Naz buat untuk 6 ketul ayam yang dipotong kecil tetapi mengekalkan kuantiti kuah yang sama sebab orang dalam rumah ni memang suka makan nasi dengan kuah sup yang banyak. As for me, I suka hirup sup tu sebab kuahnya yang sedap dan pekat.

Boleh lihat juga pada link-link ini yang menggunakan sup utara ini untuk dimakan bersama mee :


Untuk resepi yang dikongsikan di bawah, Naz olah sedikit cara penulisannya untuk pemahaman sendiri di lain masa. Bagi resepi asal boleh klik pada link yang disertakan di bawah yer.


SUP AYAM ALA UTARA
SOURCE : Nani dan Tun
TRIED & TESTED : Naz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan Tumis : 
(boleh dimesin atau ditumbuk kasar) Naz guna terus tanpa dimesin atau ditumbuk kasar
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1 sudu besar ketumbar - Naz guna serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan manis - Naz guna serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar lada hitam - Naz guna serbuk lada hitam
  • 3 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu besar lada putih - Naz guna serbuk lada putih
Bahan Kisar :
  • 1 labu bawang besar - Naz guna 4 ulas bawang merah yang ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih - Naz tumbuk
  • 2 inci halia - dititik atau dikisar
  • 1 batang serai - dititik
  • 1/2 peket kecil serbuk rempah sup ADABI - bancuh dengan sedikit air utk dijadikan pes
  • Serbuk lada hitam secukupnya
Bahan-bahan lain :
  • 1/2 kilo ayam - potong kecil
  • Minyak masak (sekiranya guna cara menumis) Naz guna minyak jagung untuk menumis
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • Air secukupnya
  • Garam

Cara Penyediaan :
  1. Jika dibuat cara menumis - Panaskan minyak dan tumis rempah kasar sekejap. Kemudian masukkan bahan mesin/tumbuk dan kacau. Masukkan pes rempah sup ADABI dan kacau lagi.
  2. Masukkan serai dan halia. Kemudian masukkan air dan kacau untuk mengelakkan berkerak.
  3. Masukkan ayam. Tutup periuk dan biarkan ia mendidih baru kacau-kacau sedikit. Masak hingga empuk. Naz masukkan ubi kentang pada waktu ini. 
  4. Bila ayam hampir empuk, perasakan garam dan serbuk lada hitam. Biarkan mereneh seketika. Apabila daging ayam betul-betul empuk, padamkan api dapur.
  5. Boleh dihidang dengan taburan daun sup dan daun bawang, perahan air asam limau, potongan cili padi dan juga taburan bawang goreng.
Jika dibuat cara merebus - Masukkan air ke dalam periuk dan segala bahan-bahan lain sekaligus dan rebuslah hingga empuk (cara ni bagus sebab tak guna minyak dan sesuai untuk orang yang nak jaga badan).

NOTA NAZ : Naz tak letak banyak lada hitam semasa memasak. Begitu juga dengan lada putih sebab dikhuatiri menyengat tekak anak-anak ketika makan. Cuma untuk Naz dan encik hubby, kami tambahkan sendiri serbuk lada putih dan serbuk lada hitam dalam mangkuk sup yang ingin kami nikmati bersama potongan cili padi penambah selera.

SELAMAT MENCUBA!

    


Wednesday, 9 May 2012

KEK LAPIS CHEESE PESONA : Birthday anakanda Haris dan Hani

 

ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan peluang untuk meneruskan coretan resepi di dalam jurnal resepiku ini. Bersawang-sawang dah blog ni..hehehehe..

Ok, kek yang amat terkenal dan ramai yang telah mencubanya. Hasil idea kreatif dari Ryo, jejaka yang gemar dan pandai memasak. Tahniah Ryo! Adakah bakat ini turun temurun atau kerana mempunyai genetik yang sama dengan kekandanya Hasue yang teror juga dalam dunia masakan. hehehe.. 


Abang Haris dan adik Hani...

Kek ni Naz buat sempena hari lahir anakanda Mohd. Haris yang ke 11 tahun pada 6 Mei lepas dan hari lahir anakanda Maisarah Hani yang ke 2 tahun pada 10 Mei...esok daaaa.. (2 dalam 1 la kiranya ni). Walaupun Hani bukannya makan sangat pun kek ni. Yang banyak makan kek ni dah tentulah Haris yang always gemarkan apa-apa yang berasaskan keju. Naz pun makan juga kek ni tapi baru 2 potong jer tau! hehehe...Sebab sedap sangat, tu yang kontrol nafsu takut makan berlebihan mengalahkan birthday boy..hahahaha...


Ok, resepi tentulah diambil dari rumah tuan punya resepi asal. Oleh kerana ramai sangat yang dah membuatnya, jadi Naz terus je cari resepi ni dari blog Ryo. Cuma cara penulisannya Naz oleh sedikit untuk pemahaman dan rujukan Naz di lain masa. Minta halal ye Ryo!


KEK LAPIS CHEESE PESONA
RECIPE BY : Ryo Azhar
TRIED & TESTED BY : Nadz @ovenkecil.blogspot.com

Bahan-bahan : (Loyang saiz 9"X9") Naz guna loyang 7'X7'

A :
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat, lebih kurang 600 gm (ryo guna jenama LEE) 
  • 500 ml susu segar, dipanaskan - suam aje yer
B :
  • 500 gm krim keju (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar - Naz guna non dairy whipping cream
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 Tbsp susu tepung - ni Naz tambah sendiri

Caranya :
  1. Bahan B: Satukan krim keju dan gula halus. Pukul sebati.
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit. Jangan sampai adunan terlalu cair. Masukkan susu tepung.
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati. Ketepikan.
  4. Sediakan bekas yang dialaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper. Naz guna aluminium foil.
  5. Panaskan susu segar (bahan A) seketika. Padam api.
  6. Ambil sekeping biskut dan celup ke dalam susu (suam-suam panas). Terus susun ke dalam bekas. (celup 1 saat je tau!)
  7. Kemudian sapukan adunan keju di atasnya. Ratakan.
  8. Ulang langkah melapis biskut dan menyapu lapisan cheese hingga habis semua adunan cheese digunakan. Lapisan cheese perlu di atas sekali sebagai lapisan terakhir.
  9. Kisar baki biskut dan taburkan dengan cara menapis serbuk biskut itu di atas lapisan cheese. (Kalau pakai jenama LEE, boleh ramaskan dalam penapis tu, jadi serbuklah ia). Naz kisar beberapa keping biskut bersama 1 tsp serbuk nescafe. Kemudian tapis rata ke atas lapisan cheese.
  10. Tekan-tekan sikit permukaan kek. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 6 jam sebelum dipotong dan dinikmati.

 NOTA NAZ : Two tumbs up!!

SELAMAT MENCUBA!

Friday, 4 May 2012

BUTTER GOLDEN CHURN NZ HALAL?? PLEASE READ!!

Sumber gambar : Google
 ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Masih teringat lagi kekecohan pada tahun lepas tentang butter jenama ini yang diragui kesahihan halalnya. Kemudian keluar kenyataan pengesahan dari JAKIM dan JAIS tentang status butter ini yang tidak halal. Klik di SINI untk melihat keratan akhbar bertarikh 3 Ogos 2011. Sekarang keluar pula kenyataan pengesahan terkini tentang status terbaru butter ini.
Malas I nak ulas panjang-panjang. Boleh lihat pada link-link di bawah untuk isu terkini dan status terbaru  tentang butter Golden Churn ini. Salah satu link di bawah ini ada dinyatakan butter Golden Churn dari negara mana yang disahkan halal.
Jadi, BACA! JANGAN TAK BACA!!!




************************

p/s :
Selepas baca berita ni, Naz yang memang tak pernah guna butter jenis ni sejak dulu lagi (sebab boleh tahan juga harga butter ni), still ada rasa sangsi dgn produk ni. Jadi, kalau dah ada rasa was-was tu, memang eloklah kalau Naz tak guna terus butter ni. Lagi pun masih banyak options lain lagi sekiranya perlu menggunakan butter di dalam masakan.


Bagi orang lain yang dah tau tentang status butter ni, bolehlah fikir-fikir sendiri untuk buat keputusan. Jangan membuat keputusan berdasarkan keputusan orang lain yer. Kita dianugerahkan akal fikiran. Jadi gunakan ia sebaiknya.


***********************


PISANG SIRA GULA HANGUS



ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Salam di pagi Jumaat untuk semua. Semoga penghulu segala hari ini membawa penuh keberkatan kepada kita semua..Insyallah..

Resepi pisang sira lagi. Dua minggu lepas Naz ada masukkan entry pisang sira juga. Resepi yang sama cuba tang gulanya tu je yang berbeza sikit cara penggunaannya. Untuk resepi pisang sira yang terdahulu, air gulanya Naz cuma titiskan setitik pewarna kuning untuk mendapatkan warna dan untuk menambah seri. Pada resepi kali ini, gula tu Naz jadikan gula hangus dulu sebelum dicampurkan dengan air dan juga pisang untuk mendapatkan sedikit warna perang pada air gulanya.

Sedikit gula pasir dimasukkan ke dalam periuk.

Gula pasir tadi yang telah menjadi caramel atau gula hangus.

Potongan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang dimasukkan ke dalam periuk.

Pisang sira yang telah siap dimasak^_^

Guna mana-mana cara pun boleh. Kalau nak senang tak perlu buat gula hangus. Masak air gula biasa jer. Kalau rajin bolehlah buat gula hangus dulu seperti resepi di bawah.


PISANG SIRA GULA HANGUS
BY : Naz @ovenkecil.blogspot.com


Bahan-bahan :
  • 5 biji pisang nangka
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 helai daun pandan


Cara menyediakannya :
  1. Masukkan 3-4 sudu besar gula (ambil daripada jumlah gula yang perlu digunakan di atas) ke dalam periuk. Di atas api perlahan, cairkan gula ini menjadi gula hangus. Apabila gula telah perang, masukkan air dan biar gula larut sepenuhnya. 
  2. Seterusnya masukkan baki gula dan daun pandan. Besarkan api dapur dan biar hingga menggelegak dan gula larut sepenuhnya.
  3. Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.
  4. Kecilkan api dapur. Masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang.  
  5. Tutup periuk dengan tudungnya dan reneh sehingga pisang empuk (sekejap je tau! Lebih kurang 1-2 minit je). Tutup api. Boleh dihidang pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Sebenarnya resepi pisang sira ni, tak ada yang standart. Ianya bergantung kepada citarasa masing-masing. Kalau suka makan pisang sira dengan air gulanya yang banyak, tambahkan lagi air dan juga gulanya. Kalau suka air gulanya sedikit likat, perlulah lebihkan gula..(*jangan jadikan kebiasaan tau! Nanti kena diabetes pula).

Kalau part bahan rempah tu, iaitu bunga cengkih dan bunga lawang, boleh adjust ikut selera masing-masing juga. Mungkin ada orang yang suka bau rempah-rempah ni. Ada juga yang lebih suka menikmati pisang sira yang plain jer tanpa bau dari bunga cengkih dan juga bunga lawang tu. Jadi adjustlah sama ada nak letak banyak atau sikit bunga-bunga tu atau tak nak letak langsung pun buleh. Apa-apa pun, tepuk dada, tanya selera. Ok bye!

SELAMAT MENCUBA!

Thursday, 3 May 2012

SAMBAL TUMIS TELUR AYAM REBUS


ASSALLAMULALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Hari ni tayang lauk sempoi je. Telur rebus tu bukan hasil dari menghadiri kenduri kahwin tau. Telur tu juga bukan dengan sengaja direbus untuk buat lauk sambal tumis ni. Actually telur rebus tu sebenarnya telur separuh masak yang dah jadi telur seluruh masak..hahahaha..

Di rumah ni my laling encik hubby memang suka makan telur separuh masak. Kalau buat telur separuh masak, dia lebih suka masak atas api dapur yang perlahan daripada direndam dalam air panas mendidih jer. Tu la ada kerja senang, saja nak buat kerja susah..hihihi.. Jadinya, kadang-kadang tu terlupa tengah merebus telur nak buat half boil. Terus telur tu jadi whole boil..hehehehe.. Bukan I tau yg rebus. Ni my encik hubby yang rebus sendiri. Tu dah 3 kali terover rebuslah tu sampai dapat 6 biji. Tapi dalam gambar tu 5 biji jer ye sebab sebiji anakanda Husna dah makan sebelum masuk dalam sambal.

Jadi bila dah banyak telur rebus tu, Naz buat jer la sambal tumis. Mula-mula tu encik hubby cadangkan buat telur sambal goreng tapi Naz suka sambal yang sedikit basah. Jadi pilihannya tentulah sambal tumis. Resepi yang semua orang pun tau membuat nya.


SAMBAL TUMIS TELUR AYAM REBUS

Bahan-bahan kisar :
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh belacan
  • 15-20 sudu besar cili kering kisar (ikutlah banyak mana nak sambalnya)
Bahan-bahan lain :
  • 6 biji telur ayam - direbus dan dikupas kulitnya
  • 1 biji bawang besar - dimayang
  • 1 sudu besar asam jawa + 1/2 cawan air - ambil airnya sahaja
  • 1 kuib pati ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan :
  1. Panaskan minyak masak di dalm kuali. Tumis bahan kisar hingga garing.
  2. Masukkan bawang besar dan biar sedikit layu.
  3. Masukkan air asam jawa dan kiub pati ikan bilis. Gaul rata.
  4. Masukkan telur rebus, garam dan gula. Gaul rata dan rasakan masin dan manisnya. Tutup api.
  5. Boleh dihidang dengan nasi lemak atau nasi putih.
SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, 2 May 2012

BUBUR JAGUNG


ASSALLAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Semoga semua kawan-kawan dan pengunjung blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN sihat sejahtera hendaknya. 

2 hari lepas, mak saudara (belah hubby) Naz bagi 5 tongkol jagung. Bila bawa balik rumah, tersadai jer jagung ni di dapur. Hari ni projekkan jagung ni menjadi bubur. Kalau tak dibuat sesuatu, harus jagung tu mengecut nanti..hehehe...

 Isi jagung setelah dileraikan dari tongkolnya.

BUBUR JAGUNG

Bahan-bahan :
  • 5 tongkol jagung - dibuang kulitnya dan dikukus hingga empuk
  • 200 gm gula Melaka (1 ketul)
  • 5 cawan air (1250 ml)
  • 1 cawan santan pekat (250 ml) - Naz guna santan kotak
  • 3 helai daun pandan - dicuci dan disimpulkan
  • 1 tsp garam
  • 5 Tbsp biji sagu - dibilas dan direndam 10 minit

Cara penyediaan :
  1. Kikis isi jagung dari tongkolnya. Ketepikan.
  2. Masak gula Melaka bersama 5 cawan air hingga larut. Tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan daun pandan, garam dan biji sagu ke dalam periuk berisi larutan gula Melaka. Masak hingga menggelegak.
  4. Masukkan isi jagung dan santan pekat. Kecilkan api. Kacau sentiasa hingga menggelegak perlahan. 
  5. Tutup api dan boleh dinikmati pada suhu bilik atau disejukkan di dalam peti ais.
SELAMAT MENCUBA!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...